Hari ini, Samsung telah mengadakan acara Samsung Unpacked yang dijalankan secara stream siaran langsung. Acara ini telah memperkenalkan beberapa produk baru seperti Galaxy Watch 4, Galaxy Buds 2, Samsung Z Fold dan Flip yang akan tiba di pasaran tidak lama lagi.
Di acara Samsung Unpacked ini, mereka juga memperkenalkan konsep baru, iaitu Galaxy For The Planet dimana Samsung menjanjikan masa depan yang lestari dengan barangan mesra alam. Produk-produk baru Samsung kali ini akan memiliki ciri seperti penggunaan standby power di bawah 5mw dan menggabungkan bahan kitar semula pada semua produk. Mereka juga tidak akan menggunakan kaedah pembungkusan plastik bagi mengurangkan sisa di tapak pelupusan.
Galaxy Watch 4

Jam pintar dari Samsung ini telah dimodenkan dengan konsep minimalis sebagai pilihan, dan rekaan ‘timeless’ serta bezel yang berputar memberikan ciri klasik padanya. Ia juga direka dengan bentuk lebih nipis dengan pelbagai pilihan warna, strap dan muka jam yang boleh disesuaikan oleh pengguna. Galaxy Watch4 disertakan dengan Sensor BioActive dimana ia mempunyai chipset untuk tiga sensor kesihatan seperti Sensor Optical Heart (PPG), Sensor Electrical Heart (ECG) dan Sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA).
Selain itu, jam pintar ini mempunyai alat Body Composition baru untuk menganalisis otot rangka, jisim lemak, lemak badan, BMI dan air dalam badan pengguna. Sistem Smart Tracking pada Galaxy Watch4 mempunyai fungsi Fitness Routines, Group Challenges dan membolehkan anda untuk menyambung pada Samsung Smart TV bagi membuat latihan dalam rumah. Dengan sistem Sleep Management yang telah dimajukan juga, jam ini mampu mengesan dengkuran, oksigen darah, skor tidur dan Insight pengguna.

Samsung Galaxy Watch4 mempunyai gabungan dari platform Google untuk menjadikannya lebih banyak fungsi. Anda boleh mengakses aplikasi Samsung Apps, servis Google seperti kompas yang dibina dengan fungsi Google Map dan aplikasi dari third-party. Walaupun ia mempunyai satu sahaja antara muka, tetapi jam ini boleh berfungsi seperti telefon pintar, boleh diselaraskan untuk tetapan penting dan anda boleh menggunakan aplikasi yang selaras dengan peranti. Mereka juga menawarkan fungsi kawalan seperti Bixby Voice, putaran bezel dan sensor pergerakan pada Samsung Galaxy Watch4. Ia turut dicirikan dengan cross-device menggunakan ekosistem Galaxy yang boleh mengawal Switch dan bud.
Jam ini dibina dengan prosesor 5nm pertama yang memberikan 20% kepantasan pada CPU, peningkatan RAM sebanyak 50% dan mempunyai GPU 10 kali lebih hebat. Ia mempunyai paparan resolusi tinggi, 16GB memori dan jangka hayat baterinya boleh bertahan sehingga 40 jam bersama fungsi fast charging untuk 10 jam selepas 30 minit serta pengisian semula penuh kurang dari dua jam. Samsung Galaxy Watch4 mampu menyokong LTE pada model peranti terpilih dan dilengkapi dengan keselamatan dari sistem Samsung Knox.
Bagi pilihan rekaan jam pula, anda boleh memilih model moden yang mempunyai 4 warna iaitu Black, Grey, Green dan Pink Gold. Manakala untuk model Classic ia hanya didatangkan dengan 2 warna, iaitu Black dan Grey sahaja. Harga bagi Galaxy Watch4 Modern akan bermula pada harga $249.99 (anggaran RM1051.78) dan Watch4 Classic berharga $249.99 (anggaran RM1051.78). Ianya akan mula tersedia pada 27 Ogos 2021 di pasaran terpilih.

Berikut adalah spesifikasi untuk Samsung Galaxy Watch4:
GALAXY WATCH4 | GALAXY WATCH4 CLASSIC | |
PAPARAN | 44mm: 1.36″ (450×450), 330PPI 40mm: 1.19″ (396×396), 330PPI | 46mm: 1.36″ (450×450), 330PPI 42mm: 1.19″ (396×396), 330PPI |
PROSESOR | Exynos W920 (5nm Processor) | |
MEMORI | 1.5GB RAM + 16GB internal storage | |
DIMENSI DAN BERAT | Aluminum case – 44mm: 44.4 x 43.3 x 9.8mm, 30.3g – 40mm: 40.4 x 39.3 x 9.8mm, 25.9g | Stainless steel case – 46mm: 45.5 x 45.5 x 11.0mm, 52g – 42mm: 41.5 x 41.5 x 11.2mm, 46.5g |
BATERI | 44mm: 361mAh / 40mm: 247mAh (typical) | 46mm: 361mAh / 43mm: 247mAh (typical) |
SENSOR | – Accelerometer, Barometer, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Light Sensor – Samsung BioActive Sensor [ Optical Heart Rate Sensor (PPG), Electrical Heart Sensor (ECG), Bioelectrical Impedance Analysis Sensor (BIA) ] |
GALAXY BUDS2

Produk seterusnya yang diperkenalkan oleh Samsung adalah Galaxy Buds2! Earbud ini dibina berdasarkan legasi audio Samsung dengan rekaan yang selesa untuk penggunaan seharian dan mempunyai speaker 2 arah dinamik. Ia mempunyai noise cancelling aktif yang memberikan suara latar dikurangkan sehingga 98% serta mempunyai 3 tahap kawalan bunyi Ambient. Anda juga boleh memaksimumkan kejelasan panggilan yang dibantu oleh Machine Learning untuk 3 mikrofon (1 dalaman, 2 luaran dan Voice Pickup Unit).
Ia mempunyai jangka hayat bateri yang membolehkan pengguna untuk memainkan semula sehingga lima jam dengan aktif noise cancelling, dan bertahan selama 20 jam apabila dicas menggunakan case. Galaxy Buds2 juga telah diuji pada aplikasi Galaxy Wearable untuk memastikannya sesuai untuk dipasangkan dengan peranti lain. Earbud ini juga boleh dipasangkan untuk peranti Galaxy lain melalui Auto Switch dan Buds App di PC.
Terdapat empat warna yang boleh dipilih untuk Samsung Galaxy Buds2 seperti Graphite, White, Olive dan Lavender. Semua case akan didatangkan dengan berwarna putih, tetapi bahagian dalamnya diserasikan dengan warna earbud anda. Malah ia turut menyokong case third-party dan boleh diserasikan dengan case Buds Pro atau Live. Galaxy Buds2 mula tersedia pada 27 Ogos nanti dengan harga $129.99 (anggaran RM633.56).
GALAXY BUDS2 | |
---|---|
CONNECTIVITY | Bluetooth 5.2 |
DIMENSION | Earbud: 17.0 W x 20.9 H x 21.1 D mm || Charging case: 50 W x 50.2 H x 27.8 D mm |
WEIGHT | 5.0g / 41.2g (Earbud / Charging case) |
MIC | 3 Mics (2 outer + 1 inner) |
SPEAKER | 2 way, Woofer and Tweeter |
SENSOR | Accelerometer, Gyro, Proximity, Hall, Touch, VPU (Voice Pickup Unit) |
APS | In box || Charging cable (USB Type-C), Ear-tips, QSG |
BATTERY | 61mAh (Earbud), 472mAh (Charging case) |
IF CONNECTOR | USB Type-C |
PRICE | USD$149.99 |
AVAILABILITY | 27 August 2021 |
Samsung hari ini memperkenalkan perubahan baharu dalam inovasi peranti boleh lipat dengan dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G. Kedua-dua peranti adalah telefon pintar boleh lipat premium yang dibina dengan hasil rekaan dan inovasi andalan yang digemari dan diharapkan oleh pengguna Samsung. Peranti generasi ketiga yang menentukan kategorinya tersendiri ini menggabungkan penambahbaikan utama seperti yang diminta oleh pengguna telefon pintar boleh lipat Samsung—menjadikannya lebih tahan lama dengan pengalaman yang lebih optimum daripada rekaan sebelumnya. Dari reka bentuk ikonik hingga ke hiburan yang mengasyikkan, Z Flip3 dan Z Fold3 menawarkan kepada pengguna cara baharu yang unik untuk bekerja, menonton dan bermain.
Walau bagaimanapun, pengguna Galaxy Fold mengharapkan ciri baru pada model akan datang dari Samsung. Mereka meminta supaya Samsung dapat menghasilkan peranti ini untuk kalis air dan memberi sokongan S Pen. Malah, pengguna juga ingin memiliki Galaxy Fold yang lebih ringan dan mempunyai bentuk lagi langsing dari sekarang. Jadi, di acara ini Samsung telah memperkenal model baru untuk Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 yang mempunyai sokongan rangkaian 5G. Mari kita lihat kelebihan yang ada pada kedua-dua produk baru dari mereka!
Galaxy Z Fold3 5G

Peranti ini mempunyai ketahanan kalis air IPX8 yang boleh berfungsi walaupun berada dalam air sehingga 1.6m, dan bertahan 30 minit di air tawar. Ia juga merupakan telefon pintar pertama boleh dilipat kerana dibina dengan Armor Aluminium, iaitu bahan terkuat pernah digunakan untuk telefon pintar yang boleh menahan 10% lebih kuat pada bingkai logam serta engsel. Galaxy Z Fold3 menggunakan Gorilla Glass Victus yang 50% lebih kuat daripada Gorilla Glass 6 untuk penutup skin dan kaca belakang pada peranti ini. Ia mempunyai lapisan pelindung baru dengan struktur lapisan direka semula dan 80% lebih tahan lama serta tidak mudah calar.
Dari pembentangan Samsung, mereka membandingkan Galaxy Z Fold3 dan Z Fold2 dimana ia mempunyai pengurangan lebar lipatan dari 16.8mm menjadi 16.0mm. Z Fold3 mempunyai ketinggian 15.8cm, lebar 6.8cm, dengan nisbah paparan 6.2″ dan berat 271g. Ia mempunyai paparan AMOLED dua kali ganda lebih dinamik dengan sokongan kadar kesegaran 120Hz. Peranti ini turut mempunyai sokongan S Pen Fold Edition tanpa bluetooth, tetapi akan dijual berasingan.
Galaxy Z Fold3 mempunyai UX yang telah dioptimumkan untuk skrin besar dengan taskbar disematkan, menjadikannya interaktif lebih intuitif bersama seretan hyperlink bagi membuka tab baru seperti splitscreen. Aplikasi peranti juga dioptimumkan melalui Labs untuk memberikan anda mengguna fungsi multi-window, dan boleh bekerjasama dengan aplikasi third-party. Malah, kamera peranti ini direka pada tahap flagship dengan Dual Preview dan Capture View!
Galaxy Z Flip3 5G

Samsung juga memperkenalkan Galaxy Z Flip3 5G yang lebih besar dan penutup skrin dipertingkatkan dengan pelbagai fungsi! Ia boleh dipadankan dengan ring grip atau strap dan mempunyai empat arahan pada penutup skrin. Antara arahan yang boleh dibuat pada peranti ini adalah:
- Leret ke bawah untuk tetapan pantas
- Leret ke atas untuk Samsung Pay
- Leret ke kanan untuk notifikasi
- Leret ke kiri untuk widget sokongan
Skrin penutup Galaxy Z Flip3 telah di reka untuk disesuaikan dengan muka depan Galaxy Watch 4! Ia juga menggunakan prosesor SnapDragon 888 5G dan sistem suara Dolby Atmos bersama pembesar stereo.
GALAXY Z FOLD3 | GALAXY Z FLIP3 | |
---|---|---|
COVER SCREEN | 6.2-inch HD+ Dynamic AMOLED 2X Display (24.5:9), 2268 x 832, 387ppi, 120Hz adaptive refresh rate | 1.9-inch Super AMOLED Display 260 x 512, 302ppi |
MAIN SCREEN | 7.6-inch QXGA+ Dynamic AMOLED 2X Display (22.5:18), Infinity Flex Display (2208 x 1768), 374ppi, 120Hz adaptive refresh rate | 6.7-inch FHD+ Dynamic AMOLED 2X Display (22:9), Infinity Flex Display 2640 x 1080, 425ppi, 120Hz adaptive refresh rate |
DIMENSION | Folded: 67.1 x 158.2 x 16.0mm ~ 14.4mm || Unfolded: 128.1 x 158.2 x 6.4mm | Folded: 72.2 x 86.4 x 17.1mm – 15.9mm || Unfolded: 72.2 x 166.0 x 6.9mm |
WEIGHT | 271g | 183g |
AP | 5nm 64-bit Octa-Core Processor (2.84GHz + 2.4GHz + 1.8Hz) | 5nm 64-bit Octa-Core Processor (2.84GHz + 2.4GHz + 1.8Hz) |
COLOURS | Phantom Black, Phantom Green, Phantom Silver | Cream, Green Lavender, Phantom Black || Samsung.com Exclusive: Gray, White, Pink |
CAMERA | Cover camera: 10MP, F2.2, Pixel size 1.22μm, FOV: 80° | Front camera: 10MP Selfie camera, F2.4, Pixel size: 1.22μm, FOV: 80° |
Rear triple camera, super clear glass with Corning Gorilla Glass with DX – Ultra Wide: 12MP, F2.2, Pixel size: 1.22μm, FOV: 123° || Wide-angle: 12MP, Dual Pixel AF, OIS, F1.8, Pixel size: 1.8μm, FOV: 83° || Telephoto: 12MP, PDAF, F2.4, OIS, Pixel size: 1.0μm, FOV: 45°, Dual OIS, 0.5x out and 2x in optical zoom, up to 10x digital zoom, HDR10+ recording, Tracking AF | Rear dual camera, super clear glass with Corning Gorilla Glass with DX – 12MP Ultra Wide: F2.2, Pixel size: 1.12μm, FOV: 123° || 12MP Wide-angle: Dual Pixel AF, OIS, F1.8, Pixel size: 1.4μm, FOV: 78° | |
Under display camera: 4MP, F1.8, Pixel size 2.0μm, FOV: 80° | ||
NETWORK | LTE: Enhanced 4X4 MIMO, 7CA, LAA, LTE Cat.20 || 5G: Non-standalone (NSA), Standalone (SA), Sub6/mmWave | LTE: Enhanced 4X4 MIMO, 7CA, LAA, LTE Cat.20 || 5G: Non-standalone (NSA), Standalone (SA), Sub6/mmWave |
AUTHENTICATION | Lock type: Pattern, PIN, Password || Biometric Lock Type: Fingerprint sensor, Face recognition | Sensors: Capacitive fingerprint sensor (side), accelerometer, barometer, gyro sensor, geomagnetic sensor, hall sensor (analog), proximity sensor, light sensor |
BATTERY | 4400mAh (typical) dual battery | 3300mAh (typical) dual battery |
MEMORY | 12GB RAM with 256GB/512GB internal storage (UFS 3.1) | 8GB RAM with 128GB/256GB internal storage (UFS 3.1) |
OS | Android 11 | Android 11 |
PRICE | From USD $1799.99 | From USD $999.99 |
Dengan siri Galaxy Z, pengguna akan mendapat akses untuk lebih banyak aplikasi yang memanfaatkan sepenuhnya skrin boleh lipat. Samsung memperluas kerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Google, Microsoft, dan banyak lagi, agar pengguna dapat menikmati lebih banyak aplikasi yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Kerjasama yang berkesan dengan aplikasi Microsoft Teams: Nikmati pengalaman pertemuan yang dioptimumkan berdasarkan mod Flex siri Galaxy Z anda bersama-sama dengan kekuatan Office dan Teams. Untuk produktiviti terbaik di tempat kerja, mod dwi-panel Microsoft Outlook untuk Samsung boleh lipat membolehkan pengguna membaca e-mel penuh sambil melihat pratonton yang lain di sisi, seperti pengalaman desktop. Untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan, ciri Labs baharu Samsung menawarkan kepada pengguna kemampuan untuk mengoptimumkan lebih banyak aplikasi ke skrin yang boleh dilipat ketika mereka memerlukannya.
Selain itu, Samsung terus memikirkan semula bagaimana pembangun aplikasi dapat mencipta pengalaman pengguna yang luar biasa dari mana sahaja. Untuk memberi mereka lebih banyak pilihan selain memastikan pengoptimuman berkualiti tinggi, Samsung menyokong Remote Test Lab (RTL) , yang memberi pembangun aplikasi kemampuan untuk memasang dan menguji aplikasi mereka secara langsung dalam masa nyata, walau di mana sahaja mereka berada.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk-produk baru Samsung ini, anda boleh sahaja layari laman rasmi Samsung. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami berkaitan Samsung, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post