Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Samsung bakal memperkenalkan “virtual assistant” cantik bernama Sam! Bakal menggantikan Bixby!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2021
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Teknologi
0 0
0
Samsung bakal memperkenalkan “virtual assistant” cantik bernama Sam! Bakal menggantikan Bixby!
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mungkin sedang mencipta “virtual assistant” baru bernama Sam untuk menggantikan Bixby. Menurut laporan di Twitter, Lightfarm Studios dan Cheil Agency milik Samsung telah mempamerkan watak 3D itu dalam laman web mereka. Malangnya, posting itu telah dibuang kerana Lighfarm mungkin mengumumkan berita ini terlalu awal. Apa yang menarik perhatian semua orang ialah virtual assistant terbaru Samsung mengambil bentuk seorang wanita muda dengan pakaian moden. Sekiranya anda belum melihat Sam, inilah reka bentuk penuhnya:

Lightfarm Studios adalah pihak pertama yang mendedahkan gambar Sam di mana mereka mengeluarkan pernyataan rasmi untuk memberitahu apa yang boleh dibuat oleh Sam. Dengan kerjasama Samsung, kedua-dua syarikat itu menghasilkan watak Sam yang berinspirasikan dari anime dan reka bentuk ala-ala Disney. Sam mempunyai mata biru, kening yang tebal tapi teratur, rambut hitam, dan mata yang besar. Selain itu, dia juga memakai baju kemeja dengan logo rasmi Samsung Galaxy.

Buat masa ini, Samsung belum mengesahkan apa-apa berita mengenai Sam. Bagi mereka yang tertanya tentang apa yang boleh dibuat oleh virtual assistant baru ini, ada sumber melaporkan bahawa Sam secara khusus direka untuk melakukan pelbagai interaksi. Ini termasuk menjalankan tugas intensif dan mudah.

Sam dikatakan dapat memahami bahasa badan yang membolehkannya untuk mengenal pasti apa yang ingin dilakukan oleh pengguna, walaupun mereka tidak bercakap. Walaupun pengguna tidak mengucap sepenuhnya arahan, Sam sepatutnya akan faham arahan tersebut dan melaksanakannya tanpa masalah.

LOOK OMG pic.twitter.com/HVr2LgYNCm

— Lou♡ (@louxtenyaiida) May 31, 2021

Buat masa ini, saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang Sam, tetapi jika Samsung memutuskan untuk membuat pengumuman rasmi, saya akan terus laporkan kepada anda semua. Apa pendapat anda tentang virtual assistant Sam milik Samsung?

Sumber – Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidLightfarm StudiosSamSamsungSmartphonevirtual assistant
Previous Post

Laman web dan Twitter rasmi Game mobile SHAMAN KING : Funbari Chronicle dibuka!

Next Post

Watch Dogs: Legion of the Dead kini tiba dalam kemaskini terbaru kandungan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Watch Dogs: Legion of the Dead kini tiba dalam kemaskini terbaru kandungan!

Watch Dogs: Legion of the Dead kini tiba dalam kemaskini terbaru kandungan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd