Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sampai ingin bunuh diri?! Kajian terkini mendedahkan ramai pelakon suara anime sebenarnya menderita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Seiyuu
0 0
0
Sampai ingin bunuh diri?! Kajian terkini mendedahkan ramai pelakon suara anime sebenarnya menderita!
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi idola untuk orang awam sebenarnya sangat sukar, dan pelakon suara pun tidak terkecuali daripada tekanan. Walaupun kerjaya ini dilakukan di bilik rakaman, ada banyak cara untuk mengiklankan atau mempamerkan seorang pelakon suara. Perkara ini berlaku terutamanya di Jepun kerana pelakon suara amat dipandang tinggi sehingga ada beberapa yang mengakui ingin membunuh diri.

Baru-baru ini, Japan Actors Union melakukan tinjauan di kalangan pelakon suara untuk mengetahui bagaimana perasaan mereka terhadap kerjaya tersebut. Anime News Network berkongsi hasil kajian ini, di mana Union memberitahu 30% pelakon suara pernah ada niat untuk mati kerana kerja.

Maklumat itu dikumpulkan setelah Union menemu ramah seramai 166 pelakon. Daripada jumlah yang ditanya, 48 pelakon suara mengatakan bahawa mereka mempunyai pemikiran bunuh diri kerana kerjaya. Laporan penuh daripada Union masih belum selesai, tetapi pengumuman ini telah membuatkan banyak peminat di Jepun menilai semula pandangan mereka untuk pelakon suara secara keseluruhan.

Ramai pelakon suara yang bimbang tentang waktu kerja dan juga gangguan orang ramai. Union membawa seorang psikiatri untuk memberikan penjelasan penuh mengenai tekanan yang dialami oleh pelakon suara Jepun.

“Penghibur selalu dinilai berdasarkan layanan media sosial, dan mempunyai larangan diet dan tidur, jadi ia mudah untuk tertekan, dan mereka tidak mempunyai siapa-siapa untuk berkongsi kebimbangan ini, yang boleh menimbulkan pemikiran bunuh diri,” kata doktor.

Topik ini adalah isu yang sensitif, tetapi harus ditangani di Jepun dan di luar negara. Di Jepun, laporan baru menunjukkan bahawa punca utama kematian pra-matang adalah disebabkan oleh bunuh diri berbanding penyakit seperti COVID-19. Lebih daripada 13,000 nyawa telah hilang di Jepun tahun ini kerana bunuh diri, di mana mereka masih berada di kedudukan tertinggi sebagai negara dengan rakyat yang meragut nyawa sendiri. Inilah sebabnya Union mengumpulkan data sebelum mewujudkan perkhidmatan kesihatan mental bagi pelakon yang memerlukan kaunseling.

Gambar terakhir Hana Kimura

Saya berharap perbincangan yang lebih terbuka tentang kesihatan mental akan menurunkan kadar bunuh diri. Namun, kehilangan bakat seperti Hana Kimura, Yuko Takeuchi, dan lain-lain masih sedang berlaku. Kehilangan mereka pasti akan mendorong cara baru untuk menangani kesihatan mental, dan menjelaskan lagi mengapa pelakon suara memerlukan lebih banyak sokongan pada waktu ini.

Sumber – ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJapan Actors UnionJepunpelakon suaraseiyuu
Previous Post

Selepas temui kejayaan di Steam, Phasmophobia keluarkan update baru!

Next Post

Dah sedia untuk berperang? Spesifikasi muat turun Call of Duty: Black Ops Cold War telah didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dah sedia untuk berperang? Spesifikasi muat turun Call of Duty: Black Ops Cold War telah didedahkan!

Dah sedia untuk berperang? Spesifikasi muat turun Call of Duty: Black Ops Cold War telah didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd