Acara pre-registration Mega Man X Dive telah bermula sejak minggu lepas. Hari ini CAPCOM telah mendedahkan PV baru dan mengumumkan pemenang “Weapons Design Competition“. Selain itu, mereka yang suka RiCO akan berpeluang untuk memenangi tandatangan Ueda Reina, yang merupakan pelakon suara popular yang menyuarakan suara watak RiCO, sebaik sahaja mereka menyertai acara pada 12 Feb. Dalam video ini, pemain yang masuk ke dalam “Deep Log” akan menemui setiap bos daripada siri permainan Mega Man X; serta mode baru “Co-op” dan “PVP“. Selain itu, seorang watak misteri juga muncul pada penghujung video.
Kongsi dan Menang Autograph Pelakon Suara Popular “Ueda Reina”!
Selain daripada watak-watak daripada siri Mega Man, pemain juga amat meminati RiCO. RiCO adalah seorang navigator yang bersemangat dan sentiasa menemani pemain. Untuk memberikan personaliti kepada RiCO, pasukan pembangunan telah menjemput Ueda Reina, pelakon suara popular, untuk meminjamkan suara kepada RiCO. Sehingga 20 Feb 2020, pemain akan mendapat peluang untuk memenangi autograf “Ueda Reina” dengan cara berkongsi post tertentu di Mega Man X DiVE FB fan-page!
Pemenang “Weapons Design Competition” diumumkan!
Selepas satu dan setengah bulan menunggu, pemenang “Weapon Design Competition” akhirnya diumumkan. Di sini, sepuluh yang terbaik telah dipilih daripada beratus-ratus karya. Producer Mega Man X DiVE berkata bahawa acara ini dibahagikan kepada dua kategori: satu adalah senjata dengan butiran dan elemen dari Mega Man X, kedua adalah reka bentuk sendiri yang kreatif dan unik. Tiga karya terbaik ini mempunyai peluang untuk ditambah ke Mega Man X DiVE pada masa akan datang.
Pre-Register Event Starts
Pre-Register:https://t.co/8rnPOnawM4
Website:https://t.co/3QVEa4xwNX
It's available in the following regions: Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapore, Malaysia, Philippines, Indonesia, Thailand, Cambodia#MegaManXDiVE #RockmanXDiVE#ロックマンXDiVE pic.twitter.com/hvnBDQbg9A— MEGAMAN X DiVE【STEAM Ver.】 (@RX_DiVE_Asia) February 6, 2020
Acara Pre-Registration Mega Man X DiVE kini sudah mula. Pemain akan mendapat nombor siri untuk menebus “Alia” selepas permainan dilancarkan sebaik sahaja mereka mendaftarkan e-mel. Selain itu, pemain juga boleh menjemput rakan-rakan untuk memenangi ROG Phone II dan autograf daripada “Mizuno Keisuke“!

@gamersantaimy
Discussion about this post