Siapa yang dah kemaskini PUBG Mobile semalam? Sesiapa yang tak kemaskini tu dah boleh bersiap sedia untuk muat turunnya sambil-sambil tu boleh tengok PUBG Mobile Pro League MY/SG kat Facebook PUBG Mobile. Kemaskini kali ini membawa sesuatu yang menarik sempena menyambut ulangtahun ke-2 PUBG Mobile! Jadi para pemain dah boleh bersiap dengan pelbagai misi baru yang akan hadir!
Dalam kemaskini 0.17.0 ini, PUBG Mobile membawa kembali Hardcore mode, menambah senjata baru beserta senjata yang telah di upgrade, juga kandungan baru dalam mod Classic dan tidak terlupa Royale Pass Season 12 juga akan tiba!! Serta beberapa patch note lain yang turut dikemaskini.
Sebelum ini siapa masih ingat dengan Hardcore Mode? Ia merupakan salah satu mod yang popular ada di Arcade dalam waktu yang terhad sebelum ini, dan kini ia kembali lagi! Membawa kepayahan dalam PUBG Mobile dengan tiada sebarang bunyi tapak kaki musuh berdekatan juga aksi manual untuk membuka pintu dan sebagainya, sempat tak anda berpaling untuk menembak musuh!
Juga yang menjadi perhatian dalam kemaskini kali ini adalah senjata baru dan kandungan baru ditambah dalam permainan! Kini ada sebuah senjata bernama DBS yang eksklusif menjadi rakan-rakan senjata AWM, MK14, GROZA, AUG kerana ianya hanya boleh didapati di AirDrop! Ya, sebuah senjata Shotgun yang padu, menembak 2 peluru pada setiap mag dan menampung 14 peluru setiap reload. DBS boleh menggunakan Holo Sight, Red Dot serta scope 2x-6x!
Selain itu Brothers in Arms System telah dikenalkan! Disini pemain dapat mengenal pasti siapa yang baru main atau pemain lama. Pemain lama diberi misi untuk membimbing pemain baru dalam berlawan didalam permainan dengan mengajar mereka cara untuk bermain. Anda akan mendapat ganjara, pemain baru tu pun akan mendapat ganjaran!
Lagi menarik dalam kemaskini kali ini adalah dengan pengenalan Death Replay yang kami dah mengongsikanya baru-baru ini telah ditambah untuk mengfokuskan pada Project: Ban Pan. Disini pemain dapat melihat kembali aksi ketika dibunuh pihak lawan, jadi pemain dapat melihat semula sama ada aksi dari pihak musuh tersebut adalah para hacker/cheater atau tuah musuh tersebut dapat membunuh anda.
Juga terdapat cara ‘marking’ / tanda terbaru yang digelar Universal Marks yang membenarkan pemain menanda lokasi ping, menanda kawasan kenderaan, kotak mati, serta komunikasi visual bersama pasukan anda. Contoh jika anda terdengan tapak kaki musuh berdekatan boleh menggunakan tanda tersebut. Anda boleh membuka ‘enable’ fungsi ini di tetapan – Basic. Colourblind Mode juga boleh diakses dalam tetapan grafik. Lagi satu yang menarik, ketika anda terjun kini lebih laju dan bila mendarat anda akan berguling!
Yang terakhir menjadi satu penantian pada peminat tegar PUBG Mobile yang akan bermula 9 Mac 2020 ini iaitu kehadiran Royale Pass Season 12!! Dan kali ini, pas bermusim ini bertemakan ‘2gether We Play’ sempena sambutan ulangtahun ke-2 PUBG Mobile! Pelbagai acara gear, ganjaran dan misi untuk diselesaikan! Kemudian 12 Mac 2020, pemain berpeluang lepak di Taman Hiburan ‘Amusement Park’ di map Classic Erangle! Dalam tu nanti pelbagai siri permainan interaktif dapat dimainkan!
Okay pada anda yang ingin tahu Patch Note keseluruhan untuk kemaskini 0.17.0 ini bolehlah terus ke laman web rasmi PUBG Mobile! Jangan lupa beli Royale Pass musim 12 nanti okay!

@gamersantaimy
Discussion about this post