Setiap siri pasti ada perdebatan yang berlaku dalam kalangan peminat seperti watak mana paling hebat, serangan terkuat, pasukan terbaik dan banyak lagi. Naruto juga seudah tentu tidak terlepas daripada perbincangan hangat yang dilakukan oleh peminat di seluruh dunia. Tiada watak yang sempurna dalam setiap siri. Mereka pasti mempunyai kelemahan dan kekuatan mereka tersendiri. Dalam satu siaran viral di Twitter, seorang peminat telah memulakan perbincangan mengenai Sakura dan Hinata. Berikut adalah tweet tersebut:
Baru-baru ini di Twitter, SShadokage telah memulakan perbincangan mengenai watak Naruto melawan watak Boruto. Ianya berpusat kepada siapa yang akan menentang apabila bertarung antara satu sama lain. Untuk beberapa siaran awal, ianya tidak mempunyai banyak respon sehinggalah Sakura dan Hinata muncul. Boleh tahan juga mereka ini cuba mempertahankan watak mana yang lebih kuat antara Sakura dan Hinata.
Jika anda membaca reply pada “debat” itu, nampaknya ramai yang mengundi Sakura untuk menang jika mereka berdua bertarung. Tetapi sudah tentu ada yang mempertahankan Hinata. Mereka percaya bahawa Hyuga sememangnya sesuai untuk pertempuran ini, tetapi ramai yang merasakan bahawa Hinata terlalu lemah untuk berlawan. Kelihatan seperti mereka ini tidak mengikuti perkembangan lanjut mengenai Hinata. Sama juga seperti Sakura, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai watak yang tidak begitu berguna, tetapi dia sememangnya seorang yang kuat lebih-lebih lagi jika dia menggunakan byakugo.
Memang tidak dinafikan Sakura dan Hinata, akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan orang yang mereka sayangi. Ada juga peminat yang mengongsikan statistik antara watak, dan ia jelas menunjukkan bahawa Sakura yang akan memenangi perlawanan itu.
Anda boleh pergi ke tweet asal dan melihat kesemua reply padanya. Apa pula pendapat anda mengenai pertarungan ini. Adakah anda juga fikirkan Sakura akan menang atau sebaliknya? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk membaca fakta dan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post