Kejohanan MSI Gaming Arena (MGA) 2024 Dota 2 kini berada di kemuncaknya dengan grand final yang berlangsung di Bangkok, Thailand!
Dianjurkan oleh MSI, grand final ini menghimpunkan empat pasukan terbaik dari seluruh Asia Tenggara: Please Report Timbersaw dari Thailand, Team Essence dari Indonesia, Myth Avenue Gaming dari Malaysia, dan Team Whoops dari India.
Pasukan-pasukan ini akan berentap di Thailand Game Show 2024, bertempat di Queen Sirikit National Convention Center, dengan aksi utama berlangsung di kawasan MSI A4.
Jadual Grand Final
- Separuh Akhir Perlawanan 1: 19 Oktober, 11:30 (GMT+8)
- Separuh Akhir Perlawanan 2: 19 Oktober, 15:30 (GMT+8)
- Grand Final: 20 Oktober, 11:30 (GMT+8)
Bagi peminat yang tidak dapat hadir secara fizikal, MSI menawarkan siaran langsung melalui saluran rasmi mereka di YouTube dan Twitch. Penonton boleh mengikuti perlawanan dari mana-mana sahaja dan menyokong pasukan kegemaran mereka.
Kejohanan ini akan menggunakan format best-of-three (BO3), memastikan setiap perlawanan akan menampilkan persembahan penuh dengan kemahiran dan strategi.
- Halaman YouTube MSI
- Halaman Twitch MSI
Hadiah dan Cenderahati
Penonton dalam talian dan pengunjung acara berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Hadiah-hadiah ini termasuk peralatan gaming terbaik seperti konsol handheld, monitor, kad grafik, SSD, dan set gaming mouse-and-keyboard. Bagi mereka yang menghadiri acara di Bangkok, MSI turut menyediakan cenderahati eksklusif seperti rantai kunci Lucky dan mouse pad MGA.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi MGA 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post