Setiap permainan video kebanyakkanya dilengkapi dengan jalan penceritaan, setiap jalan penceritaan mempunyai senario yang tidak dapat diramalkan. Sama seperti kehidupan realiti dimana kehidupan kita sebenarnya telah ditentukan cuma hanya perlu untuk dibawa ke jalan yang benar. Rasanya, salah satu pekara yang kerap terjadi adalah istilah “Tikam Dari Belakang”, atau senang cerita pengkhianat yang sering tidak berpuas hati kepada kita atau pun sesuatu untuk menjatuhkan kita. Sebenarnya jalan cerita dalam permainan juga ada terselit watak serbegini rupa. Ada yang mengkhianati rakan sendiri, syarikat atau angkatan sendiri, ada juga keluarga sendiri!
Jadi hari ini kami ingin mengongsikan beberapa watak dalam permainan video yang mengkhianati didalam jalan penceritaan permainan kegemaran anda dan membuat ada geram! Jom lihat siapa yang popular sangat berperangai khianat ni!
Gary Smith (Bully)

Siapa tak pernah main permainan Bully rugilah anda! Merupakan sebuah permainan eksklusif di PlayStation 2 dan menjadi kegemaran ramai peminat ketika itu. Bukan setakat kepopulariti itu berakhir di PS2, setelah dikeluarkan semula dalam platform PC dan mobile, formula kecemerlangan dalam gameplay yang unik bersama pelbagai watak menambah-nambah lagi peminat permainan ini. Antara watak yang popular sudah semestinya watak utama Jimmy Hopkins dan juga kawanya Gary Smith, Paling sakit hati apabila Gary sebenarnya mempunyai niat buruk dan sifat pengkhianat. Gary selalu memerangkap Jimmy dalam pelbagai situasi yang selalu membuat Jimmy berakhir dalam masalah besar.
Big Smoke dan Ryder (Grand Theft Auto: San Andreas)
Siapa hantu main Grand Theft Auto: San Andreas? Yang mengikuti siri GTA ini sudah pasti mengenali dua watak popular didalam permainan ini iaitu Big Smoke dan Ryder. Kedua watak ini mula-mula sentiasa menjadi partagonis utama disebalik watak utama Carl Johnson (CJ). Tetapi, akhirnya kedua watak tersebut ‘kantoi’ mengkhianati CJ dengan merancang membunuh Sweet (abang CJ) yang juga merupakan ketua Grove Street Families. Tetapi ianya gagal lalu membunuh ibu mereka. Juga Big Smoke diikuti Ryder juga mengkhianati CJ dengan berpaling kepada The Ballas untuk urusan dadah.
Eric Sparrow (Tony Hawk: Underground)

Eric Sparrow merupakan antagonis utama dalam permainan video Tony Hawk Underground 2003. Pada mulanya dia merupakan kawan baik kepada skater terkenal ini kemudianya menjadi pesaing dan musuh dia, sentiasa berusaha untuk mensambotaj kerjayanya sebagai skater. Sekali lagi dia juga muncul di Tony Hawk Underground 2 dan Tony Hawk’s Proving Ground dalam peranan antagonis yang sombong dan merupakan pro skater yang menipu.
Lance Vance (Grand Theft Auto: Vice City)
Tadi GTA San Andreas kali ini, Lance Vance sebenarnya bermula sebagai kawan dan rakan kongsi kepada Tommy Vercetti di dlam GTA: Vice City daripada awal permainan. Dia seperti pengikut setia anda dan seronok adanya di sisi kita. Walau bagaimanapun, ternyata Lance tidak suka dilihat sebegitu. Disebabkan itu Lance berpaling tadah. Di samping itu, Tommy juga sering membantah Lance kerana kekuranganya dan sering membayangkan bahawa “empayar” Vercetti adalah milik dan pekerjaan sendirian. Walaupun Lance tidak sepenuhnya tidak bersalah, terasa masih sedih untuk membunuhnya kerana dia adalah kawan Tommy sejak dari awal.
Pengkhianatan General Shepherd merujuk kepada detik dalam Call of Duty: Modern Warfare 2 di mana pemain sebagai watak Roach dan Ghost ditembak oleh General Shepherd, yang dianggap sebagai sekutu pada titik kritikal dalam plot permainan. Momen ini adalah salah satu siri yang paling tidak dapat dilupakan untuk peminat Call of Duty, dan telah diperli dan diedit dalam pelbagai memes.
Jadi cukup sampai disini, nanti panjang sangat malas pula anda nak baca kan. Gurau-gurau~ Ramai lagi sebenarnya pengkhianat didalam permainan video ni, cotohnya seperti Albert Welsker dalam Resident Evil, Edgar Ross dalam Red Dead Redemption, dan banyak lagi lah kalau nak dikongsikan! Siapa-siapa sahaja yang dah bermain permainan ini semua pasti geram je dapat tahu cerita sebenar yang orang terdekat anda tu pengkhianat? Jadi adat realiti dan dalam permainan pun lebih kurang. Okay, hingga nanti kami akan kongsikan lagi pekara menarik lain okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post