Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sakamoto Days Sah Dapat Anime, Akan Tayang Januari 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Sakamoto Days Sah Dapat Anime, Akan Tayang Januari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi video “Jump Press” pertama, Shueisha mengumumkan bahawa manga Sakamoto Days oleh Yuto Suzuki sah akan menerima siri anime televisyen pada Januari 2025 yang dibintangi Tomokazu Sugita sebagai protagonis Taro Sakamoto.

Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer pertama, poster rasmi, dan lakaran watak yang anda boleh lihat di bawah:

Video itu mendedahkan kakitangan utama untuk anime Sakamoto Days – Masaki Watanabe akan mengarahkan anime tersebut di TMS Entertainment. Taku Kishimoto akan menyelia skrip siri dan Yō Moriyama bertanggungjawab sebagai pereka watak.

Kredit: TMS Entertainment

Sakamoto Days ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Yuto Suzuki. Ia diterbitkan dalam majalah shōnen manga Weekly Shōnen Jump terbitan Shueisha  sejak November 2020, di mana bab-babnya dikumpul dalam 16 tankōbon setakat April 2024. Bagi mereka yang berminat untuk baca, manga ini boleh didapati secara percuma di laman web dan aplikasi Manga Plus.

Kredit: TMS Entertainment

Sinopsis

Cerita ini berkisar tentang Taro Sakamoto, dahulu seorang pembunuh bayaran tiada tandingan yang memperoleh status legenda di underworld. Tetapi satu hari, perkara yang tidak disangka berlaku. Sakamoto jatuh cinta.

Dia mula berpacar-pacaran, bersara, berkahwin, dan mempunyai seorang anak, sehingga menambah berat badan. Walaupun kini bekerja sebagai pemilik kedai serbaneka yang kecil, kehidupannya yang aman diganggu apabila bekas musuh dan rakan sekerjanya dari zaman pembunuh upahan datang untuk membalas dendam.

Untuk melindungi keluarga dan orang tersayang, Sakamoto, bersama dengan Shin, seorang lelaki muda dengan kuasa telepati dan juga pekerja di kedai kecilnya, mesti menggunakan kemahiran tempurnya yang luar biasa untuk berhadapan dengan pelbagai musuh sambil mengekalkan identiti rahsia demi melindungi kehidupannya yang sederhana, atau mati mencuba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeSakamoto Days
ShareTweetSend
Previous Post

COVER Corp Umum 3D Showcase untuk HOLOSTARS English -TEMPUS-

Next Post

Bleach: Brave Souls Akan Datang Ke Nintendo Switch & Xbox, Bersama Content Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Bleach: Brave Souls Akan Datang Ke Nintendo Switch & Xbox, Bersama Content Baru!

Bleach: Brave Souls Akan Datang Ke Nintendo Switch & Xbox, Bersama Content Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd