Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Saiz untuk game Sifu di PS5 hanya 7GB sahaja! Tak perlu buang game lain!

Maira by Maira
January 26, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Fighting, Game, PC, PS4, PS5
0 0
0
Saiz untuk game Sifu di PS5 hanya 7GB sahaja! Tak perlu buang game lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin maju teknologi yang digunakan untuk game AAA, saiznya juga semakin bertambah. Kebanyakkan game AAA kini mencecah hampir 100GB dan kita terpaksa membuat pilihan untuk membuang game lain untuk memberi ruang kepada game baru. Baru-baru ini, ada kebocoran yang mengatakan bahawa game Sifu hanya bersaiz 7GB sahaja untuk konsol PS5. Boleh tahan juga kecil saiznya.

Menurut PlayStation Game Size di Twitter, didedahkan bahawa pre-load untuk Sifu pada PS5 aka bermula pada 6 Februari, dua hari lebih awal daripada pelancaran rasmi game tersebut. Dengan hanya bersaiz 7.1GB dan kelajuan Internet yang tinggi, sudah pasti ianya bukan suatu masalah untuk pemain memuat naik pre-load itu. Saiz tersebut mungkin akan dibandingkan dengan saiz di platform lain, jadi kita perlu tunggu maklumat lanjut mengenainya.

🚨 Sifu (PS5)

▶️ Download Size : 7.160 GB (Version : 01.002.000)

🟩 Pre-Load : February 6 (Feb 4 For DE Version)
🟫 Launch : February 8 (Feb 6 For DE Version)

🟨 #PS5 #sifugame
🟧 @SifuGame pic.twitter.com/yQBlaX3A9o

— PlayStation Game Size (@PlaystationSize) January 25, 2022

Bukan setakat itu sahaja, senarai misi dalam Sifu juga telah dibocorkan. Nampaknya pemain perlu bersedia untuk bermain enam level tersedia iaitu Prologue, Squats, Club, Museum, Tower dan Sanctuary. Kebanyakkan level itu telah didedahkan dalam treler yang dilepaskan tetapi kita masih lagi tidak tahu sebesar mana stage itu yang sebenar. Mungkin, seorang bos unik akan menunggu anda pada akhir setiap misi untuk menguji kemahiran seni mempertahankan diri anda.

Dibangunkan oleh Sloclap, Sifu akan memberikan anda pengalaman bermain dengan menggunakan seni mempertahankan diri. Anda bermain sebagai anak muda yang berlatih Kung-Fu yang ingin membalas dendam terhadap pembunuh yang telah membunuh seluruh keluarganya. Game ini mempunyai mekanik unik dimana anda akan menjadi bertambah tua. Apabila anda melakukan kesilapan, anda boleh gunakan nyawa anda untuk mulakan permainan semula. Jika anda terlalu tua juga, anda akan restart semula permainan.

Kalau anda sukakan mekanik pertempuran Sifu, anda mungkin ingin menghabiskannya banyak kali dengan beberapa faedah tambahan. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa “rahsia tersembunyi” pada penceritaan game ini. Jadi, anda bolehlah membongkar rahsia tersebut semasa mengulanginya. Sifu akan dilancarkan pada 8 Februari 2022 di pelbagai platform seperti PS4, PS5 dan PC melalui Epic Games Store.

Sumber: Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5saizSifu
Previous Post

Naruto: Kisah tragis setiap ahli Akatsuki & bagaimana mereka jadi jahat

Next Post

The Rock akan membintangi filem baru berdasarkan sebuah game popular

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Rock akan membintangi filem baru berdasarkan sebuah game popular

The Rock akan membintangi filem baru berdasarkan sebuah game popular

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd