Nampaknya permainan dari siri anime popular ONE PUNCH MAN: A HERO NOBODY KNOWS kini boleh didapati dengan harga yang sangat mur-mur di Steam! Ya betul tu, Saitama dan rakan-rakannya bersedia untuk berjuang bersama anda di PC sekarang.
One Punch Man: A Hero Nobody Knows adalah sebuah permainan yang dihasilkan oleh Spike Chunsoft dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Merupakan sebuah permainan 3D arena ‘Fighting Game’ dimana pemain akan mendapat 3 watak dalam satu pasukan untuk berlawan dengan musuh tidak kira dari segi PvP atau pun misi dalam dunia One Punch Man.

Untuk permainan ini, kita boleh lihat bagaimana Saitama digunakan dalam gameplay teras. Dia benar-benar tidak dapat dikalahkan dan memusnahkan segala-galanya dengan satu tumbukan, tetapi ia akan mengambil sedikit masa sebelum korang boleh menggunakan kebolehannya yang luar biasa.One Punch Man: A Hero Nobody Knows menggunakan sistem Hero Arrival. Ketika pertempuran berlangsung, Saitama akan menuju ke medan perang. Dengan berlawan dengan lebih baik menggunakan kombo dan block yang sempurna, Saitama akan lebih laju, dengan itu mempercepatkan ketibaannya untuk menyertai pertarungan. Korang harus bertahan cukup lama dan lakukan yang terbaik untuk Saitama beraksi.

Antara ciri selebihnya:
- Selami pengalaman permainan bertarung dinamik dengan watak-watak tercinta dari Season One One Punch Man yang pertama! Bermainlah sebagai wira kegemaran anda – atau menjadi satu!
- ANDA adalah wira!
- Buat avatar wira anda sendiri dan pilih set kekuatan dan kebolehan anda sendiri!
- Simpan pertempuran tempat duduk anda!
- Pertarungan 3v3 dinamik yang memaparkan peristiwa seperti yang dilihat dalam One Punch Man seperti meteor dan pahlawan lain.
Jika anda berminat untuk mendapatkan permainan ini, berikut adalah spesifikasi PC yang diperlukan untuk memuat turun permainan ini:
[wpdatatable id=7]Baru-baru ini, Bandai Namco telah mengumumkan bahawa server multiplayer permainan pertempuran ini akan ditutup pada 28 Februari 2022. Walaupun server multiplayer ditutup, syarikat itu menyatakan bahawa jenis permainan offline, seperti mod 1v1 local multiplayer dan story mode, masih akan dapat dimainkan setelah server multiplayer ditutup pada bulan Februari depan.

Jadi, pada yang minat tegar Saitama tu, inilah masanya untuk korang sauk game ni sekarang sebelum diskaun tamat dalam waktu yang terhad! Dapatkan ONE PUNCH MAN: A HERO NOBODY KNOWS di Steam dengan edisi biasa hanya RM22.24 atau Edisi Deluxe RM30.24. Banyak lagi yang mempunyai diskaun di Steam termasuk francais Assassins Creed! Masa untuk membeli belah lah geng!
@gamersantaimy
Discussion about this post