Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sailing Era Review — Meneroka Lautan Luas dan Alami Budaya Pelbagai Negara!

Maira by Maira
February 24, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, Game Review, PC, Review, Simulator, Steam
0 0
0
Sailing Era Review — Meneroka Lautan Luas dan Alami Budaya Pelbagai Negara!
Share on FacebookShare on Twitter

Teringin untuk berlayar sambil meneroka dunia yang luas ini? Kami ada satu game yang boleh berikan pengalaman itu kepada anda. Game tersebut ialah Sailing Era, sebuah game simulasi yang dibangunkan oleh GY Games. Ingin tahu best atau tidak game ini, teruskan membaca review kami!

Penceritaan

Dalam Sailing Era, kita akan diperkenalkan kepada empat watak iaitu Andrew, Abdullah, Yun Mu dan Yoshitaka Shizuma. Mereka semua akan meneroka dunia dengan matlamat tersendiri. Sebagai contoh, Andrew ingin menjadi pelayar terhebat dunia, Abdullah ingin membalas dendam kepada lanun yang menyerangnya, Yun Mu pula ingin menjadi peniaga berjaya manakala Yoshitaka pula ingin belajar untuk menjadi pembina kapal hebat.

Kami telah menghabiskan 12 jam dalam game ini, tetapi kesemua watak ini tidak berjumpa antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan dengan masa yang berbeza untuk setiap watak. Game ini juga tidak pernah menyatakan tarikh mahupun tahun watak-watak ini tinggal. Tetapi semasa bermain Yun Mu dan Yoshitaka, kami telah berjumpa NPC sama yang akhirnya menyertai krew kapal kita. Sejujurnya, kami ingin lihat watak-watak ini berjumpa semasa mereka mengembara dan melihat bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Mulakan pelayaran dan Terokai Dunia

Pada mulanya kami fikirkan game ini mudah sahaja dan tidak perlu buang tenaga dan masa sangat, tetapi jangkaan kami salah. Banyak benda yang anda perlu uruskan seperti kapal, anak kapal, bekalan, duit dan banyak lagi. Sebelum belayar, ada perlu lakukan perkara seperti memberikan tugas kepada watak. Setiap watak mempunyai kebolehan tersendiri, jadi kalau anda memberikan tugasan yang betul, terdapat bonus yang anda boleh dapat semasa berlayar.

Selain itu, kita juga mengupah anak kapal serta menambah bekalan sebelum mula berlayar. Kalau tiada kedua-dua ini, nak pergi ke pelabuhan lain sahaja mungkin menjadi satu tugasan yang susah. Bekalan yang dibawa juga perlu mengambil faktor ruang dalam kapal anda. Kalau anda ingin tumpu kepada perniagaan, jadi anda perlu berikan ruang lebih untuk barang dagangan anda. Setelah segala persiapan selesai, barulah kita boleh berlayar dan terokai segala benda menarik di seluruh dunia.

Untuk gerakkan kapal, anda boleh sahaja gunakan controller ataupun mouse dan keyboard. Tetapi kalau anda bermain dengan controller, anda tidak boleh untuk map semula butang. Jadi kena biasakan diri dengan butang preset. Berbeza pula untuk mouse dan keyboard, anda bebas untuk map semula mengikut butang yang anda selesa untuk gunakan sepanjang bermain.

Quest dan Pelabuhan

Setiap bab akan mempunyai quest tersedia untuk anda selesaikan. Tetapi untuk selesaikan satu bab, anda perlu menyelesaikan main quest. Sudah tentu terdapat side quest tersedia untuk anda biasakan diri dengan mekanik, peta dan juga urusan perdagangan. Cuma ada satu masalah, objektif untuk setiap quest berikan petunjuk yang agak samar. Kalau diberikan peta, ia langsung tidak ditandakan pada peta in-game. Banyak juga masa yang kami habiskan untuk cari lokasi tertentu, sesat itu sudah pasti. Kami sampai buka peta dunia sebenar dalam browser supaya tidak berlayar jauh daripada lokasi quest.

Sepanjang pelayaran, kita akan jumpa pelabuhan-pelabuhan daripada pelbagai negara. Pelabuhan ini boleh dijadikan tempat berehat, menjalankan perniagaan, dan menambah bekalan untuk teruskan perjalanan.

Terdapat beberapa pelabuhan yang mempunyai “post”, di mana anda akan meneroka kawasan di wilayah itu. Terdapat beberapa quest yang akan minta anda untuk buat “land exploration”. Jadi nak atau tidak, kenalah anda teroka untuk ke bab yang seterusnya. Untuk eksplorasi ini, ia dilakukan seperti board game yang mempunyai grid hexagon dan anda perlukan bekalan dan item sebelum mulakannya. Bunyi macam senang tetapi ia jadi tidak seronok apabila tidak jumpa goal eksplorasi tersebut.

Bekalan pula cepat habis dan anda terpaksa mengulangi proses yang sama. Duit juga sudah pasti digunakan dengan banyak. Boleh sahaja anda tambah bekalan dengan memancing. Anda boleh memancing banyak kali tetapi ia akan bergantung kepada ketahanan joran anda. Kalau joran sudah rosak, terpaksalah gunakan joran lain pula.

Selain daripada post, terdapat teahouse atau tavern untuk anda naikkan level watak. Bukan setakat itu sahaja, kalau anda belanja anak kapal minuman, ia akan menaikkan morale mereka. Di sini juga tempat untuk anda rekrut anak kapal baru. Paling menarik sekali, anda boleh dapatkan maklumat menarik dan juga mendapatkan side quest baru.

Sesetengah bandar akan mempunyai perpustakaan untuk anda dapatkan lebih banyak pengetahuan di seluruh dunia. Tetapi masih perlukan skill tertentu untuk terjemah segala bahan bacaan di perpustakaan tersebut. Jadi kenalah naikkan level skill watak kerana terdapat quest yang memerlukan anda untuk membaca di perpustakaan.

Kalau berlayar, mesti kita akan kaitkan dengan perdagangan. Terdapat Trade Market dan Black Market untuk anda berjual beli. Ini merupakan salah satu cara untuk anda dapatkan wang. Seperti yang dinasihatkan oleh NPC “beli semasa rendah, jual semasa tinggi”. Ikut sahaja nasihat NPC tersebut dan anda tidak akan risau mengenai wang selepas itu.

Berperang di lautan

Combat dalam game ini biasa-biasa sahaja. Anda cuma perlu layan lanun di kawasan tersebut atau anda sendiri menyerang kapal lain untuk dapatkan item lumayan. Lanun ini lebih mudah dijumpai apabila anda berada di kawasan “dangerous water”. Terdapat dua cara untuk anda combat iaitu Ship Battle ataupun Hand-to-Hand Combat.

Untuk Ship Battle, anda hanya perlu mengawal kapal anda dan lancarkan peluru anda ke arah pihak musuh. Jadi ia tidaklah begitu mencabar sangat, tetapi kalau kuasa kapal anda lemah, ia akan memberikan damage yang rendah kepada musuh. Jadi sentiasa upgrade kapal untuk kekal berlayar.

Ship Battle memang memakan banyak masa. Hampir 15 minit kami habiskan untuk kalahkan 2 kapal lanun, yang tidak akan berhenti menyerang. Jadi kita akan habiskan masa untuk mengelak serta mendapatkan jarak untuk lepaskan tembakan kita pula. Kalau anda kalah, memang anda terpaksa load balik save point yang lama untuk teruskan pengembaraan ini.

Hand-to-Hand Combat pula anda hanya perlu langgar kapal mereka, dan battle akan mula secara automatik. Bagi kami inilah cara paling mudah untuk melemahkan pihak musuh. Yang penting anda perlukan anak kapal yang mempunyai morale yang tinggi serta watak-watak dengan level yang tinggi. Kalau ada kesemua itu, memang senang sahaja untuk menang combat ini.

Grafik dan Persembahan

Sekilas pandang, gaya seni untuk Sailing Era mengingatkan kami kepada game Granblue Fantasy dan Octopath Traveler. Setiap watak mempunyai ciri unik tersendiri yang membuatkan pelayaran anda berbeza. Cuma satu sahaja kekurangan watak ini, mereka tidak mempunyai voice line, jadi anda hanya mendengar keluhan mereka sahaja.

Alang-alang cerita tentang suara, setiap NPC boleh berkata-kata mengikut bahasa wilayah mereka. Sebagai contoh kalau anda di Jepun, NPC akan berbahasa Jepun. Kami sempat juga ke Melaka, jadi semua NPC berbahasa Melayu. Boleh tahan juga kualiti voice line mereka. Bukan setakat itu sahaja, setiap tempat berbeza akan mempunyai ayat yang berbeza.

Jadi rasanya kita semua boleh agak kenapa watak utama tiada voice line tersendiri. Walaupun begitu, kami tetap sukakan usaha pembangun kepada kesemua NPC ini.

Kesimpulan

Sailing Era memberikan kami satu pengalaman baru untuk game simulasi tetapi anda perlu luangkan masa yang banyak untuk habiskan game ini. Sambil anda meneroka dunia, pelbagai cabaran yang akan dihadapi seperti lanun, cuaca, ribut dan sebagainya. Perdagangan memang mudah tetapi perlu berikan perhatian kepada pasaran setiap pelabuhan. Kami betul-betul terkejut apabila mendengar NPC bercakap mengikut bahasa masing-masing. Kami tidak pula rasa janggal dengan intonasi bahasa Melayu yang digunakan.

Kalau anda ingin santai meneroka dunia di atas kapal dan tidak kisah untuk luangkan masa, anda pasti akan suka game ini.

Sailing Era tersedia di PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Sailing Era

7 Score

PROS

  • Dapat mengenali budaya di seluruh dunia
  • Lautan luas untuk diterokai
  • Peta dunia yang tepat secara geografi
  • NPC mempunyai voice line tersendiri mengikut bahasa wilayah masing-masing

CONS

  • Banyak mekanik untuk dipelajari
  • Battle mengambil masa yang lama untuk tamat
  • Terlampau banyak teks untuk dibaca

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: BilibiliGY GamesSailing Era
Previous Post

Eiichiro Oda minta ‘AI ChatGPT’ untuk merangka kisah One Piece – siap ada alien lagi!

Next Post

Rogue-lite terbaru Madshot: Road to Madness kini tersedia di Steam!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Rogue-lite terbaru Madshot: Road to Madness kini tersedia di Steam!

Rogue-lite terbaru Madshot: Road to Madness kini tersedia di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd