Selepas spekulasi dan rumor yang didedahkan, nampaknya Sony telah mengesahkan mereka akan adakan acara yang diberi nama “The Future of Gaming” bagi pendedahan game konsol next-gen PlayStation 5! Sebelum ini kami telah mengongsikan sebuah artikel mengenai acara ini teteapi tarikh yang disebutkan adalah 3 Jun 2020. Serta siang tadi kami turut mengongsikan sebuah lagi artikel bahawa 38 game yang telah pasti akan hadir di PlayStation 5. Nampaknya, kesemua ini hampir betul dengan “The Future of Gaming” akan diadakan tetapi pada tarikh 4 Jun (1pm PT) dan itu jatuh pada tarikh 5 Jun 2020, 4 pagi waktu Malaysia!
Nampaknya kemungkinan besar 38 game yang dikongsikan kami tersebut bakal didedahkan dalam acara “The Future of Gaming” ini! Jom usha treler showcase tersebut disini;
Peminat yang menantikannya boleh tonton siaran lansung ini di Twitch, YouTube atau di laman web rasmi PS5.
The Future of Gaming akan berlangsung selama “sedikit lebih dari satu jam,” dan menampilkan “pandangan pertama pada permainan yang akan anda mainkan setelah PlayStation 5 melancarkan percutian ini,” menurut Jim Ryan, presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment.
https://www.facebook.com/PlayStationAsia/photos/a.159028020796545/3269342209765095/?type=3&theater
“Permainan yang datang ke PS5 mewakili yang terbaik dalam industri dari studio inovatif yang merangkumi dunia. Studio, yang lebih besar dan lebih kecil, yang lebih baru dan yang lebih mapan, semuanya telah berusaha keras untuk mengembangkan permainan yang akan memperlihatkan potensi perkakasan, ”kata Ryan. “Pameran digital ini akan berlangsung lebih dari satu jam dan, untuk pertama kalinya, kita semua akan bersama-sama mengalami kegembiraan bersama.”
jadi jangan lupa kunci tarikh anda 5 Jun 2020 ini jam 4 pagi dan tonton secara lansung “The Future of Gaming” di Twitch, YouTube atau di laman web rasmi PS5.
@gamersantaimy
Discussion about this post