Selepas kehilangan Kurama, Naruto kini menjadi lebih lemah.. tetapi dalam bab terbaru untuk manga Boruto: Naruto Next Generations, kita dapat tahu bahawa Hokage ke-7 tersebut masih mampu menggunakan salah satu jutsu utamanya iaitu Sage Mode.
Bagi mereka yang tidak tahu, Kurama merupakan sumber tertinggi kepada kekuatan Naruto di mana dia menyumbangkan bekalan chakra hampir tiada had. Bukan setakat itu sahaja, Naruto juga dapat mengakses beberapa jutsu dan transformasi hebat seperti Baryon Mode bersama bantuan Kurama. Namun, peminat kini tertanya-tanya sejauh mana kekuatan Naruto berikutan kematian Kurama dalam pertempuran dengan Otsutsuki Isshiki.
AMARAN! Berikut adalah spoiler untuk Boruto: Naruto Next Generations #64

Dalam bab terbaru untuk manga, Naruto mendedahkan kepada Shikimaru bahawa dia masih boleh mengakses Sage Mode (versi asas), dan sebenarnya telah belajar cara untuk kekal dalam bentuk ini untuk tempoh masa yang lebih lama daripada sebelum ini. Naruto tidak menjelaskan bagaimana dia belajar, dan sebaliknya jawab “kebijaksanaan meningkat umur”.
Naruto asalnya mempelajari Sage Mode di Gunung Myoboku di bawah bimbingan Fukasaku dan berjaya mencapai mode versi “sempurna” dalam masa yang sangat singkat. Walaupun mode ini mempunyai had masa, setelah menjadi “Perfect Jinchuriki”, had itu telah dipecahkan sepenuhnya. Malah dengan menggunakan Kurama untuk mengumpulkan chakra, Naruto boleh menjadi lebih kuat lagi. Akhirnya, dia membuka Six Paths Sage Mode daripada Otsutsuki Hagoromo, yang menjadikan Naruto sebagai salah satu watak terkuat dalam siri.
Apabila Kurama mati, teori di internet berkata bahawa Naruto telah kehilangan akses kepada kebanyakan jutsu utamanya, seperti kebolehan untuk mencipta seribu Shadow Clone, dan transformasi Nine Tails Chakra Mode serta Six Paths Sage Mode. Bab terbaru Boruto pula menunjukkan bahawa teori ini mungkin agak “tersasar” kerana Naruto sebenarnya masih boleh menggunakan kebanyakan jutsu. Dia hanya kehilangan jurus yang berkait secara langsung dengan Kurama sahaja.
Pada penghujung bab tersebut, Naruto (dalam bentuk Sage Mode) sedang bergegas lari untuk membantu Boruto dan Kawaki. Kemungkinan besar, kita dapat melihat beberapa jutsu atau teknik baru yang dicipta oleh Naruto untuk menggantikan kehilangan Kurama. Pada masa yang sama, ini juga boleh memberi gambaran yang lebih tepat tentang kekuatan semasa Naruto.
Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.
Sumber – MangaPlus
@gamersantaimy
Discussion about this post