Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rupanya pelakon suara Luffy tidak pernah baca manga One Piece

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Rupanya pelakon suara Luffy tidak pernah baca manga One Piece
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang korang semua tahu, francais One Piece kini berusia lebih dua dekad dan itu boleh menjadi halangan besar untuk mereka yang berminat untuk tahu kisah siri ini kerana bab dan episod di dalam manga mahupun anime sangat banyak. Bukan peminat biasa sahaja, malah pelakon suara Luffy pun tidak pernah baca manga One Piece, cuma alasannya lebih baik.

https://twitter.com/7rules_ktv/status/1557009302652522496

Pelakon suara Monkey D. Luffy, Mayumi Tanaka, baru-baru ini mendedahkan tentang prinsipnya ketika membuat persembahan untuk anime. Dalam temu bual bersama “7 Rules” di Jepun baru-baru ini, Tanaka mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak pernah membaca manga One Piece walaupun dirinya memainkan peranan yang sangat penting dalam anime. Sebab yang diberi adalah untuk memastikan persembahan dan reaksinya sebagai Luffy amat tulen dan autentik.

“Saya tidak membaca manga. Sebenarnya mungkin lebih bagus jika saya melakukannya, tetapi gaya saya adalah untuk melakukan persembahan sambil mengekalkan perasaan terkejut dan berkata ‘Whoa, jadi inilah yang berlaku!’ – yang datang daripada membaca skrip buat kali pertama dan melihat karya seni itu juga buat kali pertama.”

Oleh itu, walaupun siri manga amat susah untuk kejar keranan bab-nya yang sudah cecah 1000+, Tanaka tidak membaca mana-mana bab manga untuk memastikan reaksi dan prestasi sentiasa “fresh” untuk projek.

Mungkin ada yang terkejut atau rasa pelik selepas mendapat tahu bahawa pelakon suara utama untuk salah satu anime terbesar di dunia sebenarnya tidak membaca bahan sumber, tetapi tiada siapa pula yang mengadu setakat ini, malah ramai yang memuji lakonannya sebagai Luffy dan menyifatkannya sebagai natural.

Apakah pendapat anda tentang suara Luffy? Adakah dia sepatutnya membaca manga sebagai bahan sumber? Jom kongsikan pendapat korang di ruang komen!

Pada masa yang sama, filem One Piece: Filem Red rasmi akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022! Untuk baca lebih lagi tentang movie ini termasuk tarikh fan screening, sila tekan pautan ini.

Sumber – SoraNews24

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeluffymangaMayumi Tanakaone piece
Previous Post

Gundam: The Witch From Mercury Prologue mula ditayangkan pada 1 September 2022!

Next Post

Sah! DEATH STRANDING Akan Tiba ke PC Game Pass 23 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Sah! DEATH STRANDING Akan Tiba ke PC Game Pass 23 Ogos ini!

Sah! DEATH STRANDING Akan Tiba ke PC Game Pass 23 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd