Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Rupa macam game PS2” – Netflix dedah teaser Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Rupa macam game PS2” – Netflix dedah teaser Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara siaran langsung Tudum Japan, Netflix telah mendedahkan visual utama dan teaser trailer untuk filem anime akan datang, The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1 – cuma siapa sangka ia teruk dikecam oleh peminat.

The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh akan dikeluarkan sebagai dua filem animasi 3D oleh Alfred Imageworks dan Marvy Jack, yang memfokuskan pada Tristan, anak kepada protagonis Meliodas dan antara watak utama dalam The Seven Deadly Sins: Four Knights of the Apocalypse.

Lastly, a The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1 author comment and illustration! #TUDUM pic.twitter.com/FeDGhbLveg

— Netflix Anime (@NetflixAnime) September 25, 2022

Jadi apa masalahnya? Seperti yang korang dapat lihat melalui trailer, animasi 3D-nya memang kurang memuaskan dan lebih mirip animasi untuk game. Anime The Seven Deadly Sins pun terkenal di kalangan komuniti kerana memaparkan kualiti animasi yang teruk di sesetengah episod, jadi kemunculan trailer baru ini tidak bantu menaikkan imej francais.

Berikut antara komen-komen di YouTube:

“Saya antara peminat terbesar Seven Deadly Sins terbesar, dan telah menonton setiap episod sekurang-kurangnya 100 kali dan mempunyai koleksi manga penuh, serta setiap buku tambahan. Tetapi saya bercakap untuk pihak semua orang bahawa kita MEMERLUKAN studio sebenar untuk melakukan [anime] ini. Walaupun sebagai peminat besar, saya pun hadapi masa sukar menonton CGI yang teruk.”

“Saya tidak tahu sama ada ini lebih baik atau lebih teruk. Animasi pada musim-musim kemudian memang buruk, tetapi CGI ini nampak seperti cutscene PS2.”

“Saya tidak mahu tahu apa yang sedang dilalui oleh pelukis 7 Deadly Sins sekarang. Bayangkan bagaimana rasanya melihat karya anda diadaptasi seperti ini.”

Ini merupakan filem ketiga dan terbaharu dalam francais, berikutan The Seven Deadly Sins the Movie: Prisoners of the Sky pada 2018 dan The Seven Deadly Sins: Cursed by Light pada 2021. Berikut adalah sinopsis:

Dibahagikan kepada dua bahagian, cerita akan mengikuti Tristan, anak kepada protagonis The Seven Deadly Sins, Meliodas dan Elizabeth. Tristan mewarisi kuasa Goddess Clan dan boleh menyembuhkan luka dan kecederaan orang, tetapi dia sering mencederakan orang lain kerana tidak dapat mengawal kuasa Demon Clan.

Untuk melindungi keluarganya, Tristan menuju ke Edinburgh Castle dan bertemu dengan ramai kawan baharu sepanjang perjalanan.

Buat masa ini, filem The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1 dijangka akan ditayangkan di Netflix pada Disember 2022. Untuk segala liputan kami tentang 7DS, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenetflixSeven Deadly Sins
Previous Post

Remaja 17 tahun ditahan, mungkin dalang di sebalik kebocoran GTA 6!

Next Post

Anime Moonrise Akan Hadir ke Netflix Pada 2024, Watak Direka Oleh Pelukis Fullmetal Alchemist!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Anime Moonrise Akan Hadir ke Netflix Pada 2024, Watak Direka Oleh Pelukis Fullmetal Alchemist!

Anime Moonrise Akan Hadir ke Netflix Pada 2024, Watak Direka Oleh Pelukis Fullmetal Alchemist!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd