Rumble League merupakan sebuah game mobile yang menampilkan 12 watak dalam sebuah arena; dan ianya memiliki mekanisma yang mirip seperti Overwatch dimana anda perlu menubuhkan pasukan dengan pemain lain untuk pertempuran King of the Hill atau merebut payload. Ianya sebuah game pantas mobile yang berasaskan permainan berpasukan yang hanya memerlukan beberapa minit untuk melengkapkan satu pusingan.
Rumble League juga akan membuat roadshow di Singapura bersempena dengan Campus Game Fest 2019 yang bertempat di Singapore Indoor Stadium, pada 3-4 Ogos ini.
Rumble League juga telah mengumumkan S.E.A. SLAM, iaitu kejohanan online pertama game ini. Pemain yang terdaftar dalam senarai 32 teratas dalam carta pendahulu akan bertarung dalam fasa seterusnya dengan 8 influencer yang terpilih. Untuk mendaftar, anda boleh ke pautan ini.
Influencer tersebut adalah:
- Bro Pasta (Indonesia)
- Leoanoga (Indonesia)
- MasterRamen (Malaysia)
- DaddyHood (Malaysia)
- SoloZ (Malaysia)
- RikuPH (Philippines)
- Ashley Gosiengfiao (Philippines)
- SynC (Singapore)
Sumber: Gameishard
@gamersantaimy
Discussion about this post