Raja YouTube Felix “PewDiePie” Kjellberg adalah YouTuber dengan subscriber yang paling banyak di dunia tetapi kemasyhurannya meletakkan dirinya dalam risiko, kerana seorang pencuri telah memecah masuk rumahnya dan mencuri banyak barang-barang berharga yang tidak ternilai. Isteri PewDiePie, Marzia Kjellberg, memuat naik gambar di story Instagram-nya yang mendedahkan bahawa seorang pencuri telah memasuki rumah mereka, dan mencuri barang-barang berharga termasuk barangan perhiasan dan koleksi eksklusif.

Menurut Marzia, “90%” dari barang-barang “berharga” yang dia telah mengumpul selama bertahun-tahun ini telah diambil. Saya tahu ia sangat materialistik, dan saya perlu gembira dengan apa yang saya ada. Tetapi saya tidak dapat menyembunyikan kesedihan,” dia menulis di Instagram.
Walaupun PewDiePie masih belum bercakap mengenai kes ini dan mengesahkan sama ada barang-barangnya sendiri juga dicuri, peminat di seluruh dunia menghantar simpati mereka dan berharap pencuri itu dapat diberkas.
Tidak jelas siapa yang mencuri rumah mereka atau apa motif mereka untuk berbuat demikian, tetapi rumah PewDiePie telah berjaya ditemui oleh beberapa peminat gila pada masa lalu. PewDiePie kemudian membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang memohon peminat untuk tidak mengganggu PewDiePie dan keluarganya.
Sumber – Metro UK
@gamersantaimy
Discussion about this post