Berita sedih buat gamer di seluruh dunia kerana NetEase telah mengumumkan bahawa game battle royale “free-to-play” Rules of Survival (RoS) akan tutup pada 27 Jun 2022.
Pengumuman itu dibuat melalui media sosial Facebook dan Twitter. Di sana, korang boleh baca pernyataan rasmi tentang penutupan servis RoS, serta maklumat untuk pengguna “refund Diamond” (mata wang dalam permainan) yang tidak digunakan.
Kenyataan penuh adalah seperti berikut:
“Pemain yang dihormati:
Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang berterusan anda terhadap Rules of Survival.
Dukacita dimaklumkan bahawa Rules of Survival akan menghentikan operasi pada 27 Jun 2022 jam 15:00:00 (UTC+8). Selepas itu, pemain tidak lagi dapat mengakses game server Rules of Survival, dan semua data akaun serta maklumat watak (termasuk tetapi tidak terhad kepada watak, Diamond, item, bahan) akan dipadamkan.
Anda boleh memohon bayaran balik untuk Diamond yang tidak digunakan pada platform yang sepadan dari 06/28/2022 10:00:00 – 09/28/2022 18:00:00 (UTC+8).
Kami ikhlas memohon maaf atas perkara ini dan terima kasih sekali lagi atas sokongan padu anda terhadap Rules of Survival.”
RoS pada mulanya dikeluarkan pada 2018 di PC, lalu diikuti dengan keluaran pada Android dan iOS dan merupakan salah satu game paling popular dalam era yang didominasikan oleh genre battle royale. Jadi, tidak heran lah ia berjaya meraih sambutan yang tinggi.

Malangnya, RoS tidak dapat bersaing dengan peredaran masa dan pencabar baru walaupun menambah pelbagai update menarik. Walaupun begitu, memang tidak boleh dinafikan bahawa RoS pernah menghiburkan ramai orang sehingga jadi esports besar pada satu ketika dahulu.
Apa pendapat korang selepas mendengar berita Rules of Survival akan tutup? Sedih atau memang dijangka? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Rules of Survival, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post