Aniplex secara rasmi mengumumkan adaptasi anime Nier Automata, game action-RPG popular pada 2017 yang dibuat oleh Square Enix, Platinum Games dan pengarah Yoko Taro.
Aniplex, yang dimiliki oleh Sony, mendedahkan adaptasi anime Nier Automata dengan teaser trailer yang menunjukkan protagonis permainan, 2B. Maklumat tambahan tentang anime ini, seperti pelakon dan tarikh tayangan perdana, masih belum diumumkan. Teaser itu didedahkan semasa siaran langsung yang meraikan ulang tahun ke-5 Nier Automata.
Berikut adalah sinopsis:
Nier Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.

Game pertama Automata diterbitkan oleh Square Enix dan dihasilkan oleh Platinum Games, serta diarahkan oleh Yoko Taro, yang sebelum ini menerajui siri Drakengard dan Nier. Walaupun game Nier pertama tidak berjaya dari segi jualan, ia memperoleh sambutan yang besar oleh para peminat setia lalu mendorong Square Enix untuk melancarkan sekuel pada 2017.
Sekuel ini pula dilancarkan untuk PC dan PS4, tetapi kemudiannya diadaptasikan ke Xbox One. Automata menerima sambutan yang lebih positif berbanding pendahulunya, di mana ramai yang memuji jalan ceritanya yang penuh emosi, soundtrack yang kena dengan tema dan gameplay yang lebih digilap. Sekuel ini berjaya menjual lebih dari 6 juta salinan setakat 2021.

Kejayaan Automata juga mengubah Nier menjadi salah satu francais paling menguntungkan bagi Square Enix. Sebuah remaster untuk game pertama, bertajuk Nier Replicant ver.1.22474487139…, telah dikeluarkan pada tahun 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC manakala sebuah spin-off bernama Nier Reincarnation dikeluarkan untuk platform mobile pada tahun yang sama.
@gamersantaimy
Discussion about this post