Berita Psyonix telah dimiliki oleh Epic Games telah pun tersebar; dan ini menandakan game terbaik Psyonix iaitu Rocket League juga dimiliki Epic Games. Walaupun sesetengah peminat menyukai berita ini; baki setengah lagi tidak berapa gembira. Terdapat laporan yang mengatakan game ini bakal meninggalkan Steam tidak lama lagi, setelah ianya berada di Epic Games Store. Walaupun laporan ini tidak lagi memiliki kredibiliti, namun masih terdapat peminat game ini masih tidak berpuas hati.
Shawn daripada Evolve PR team menyedari bahawa game multiplayer ini mendapat review yang sangat teruk ekoran berita pemilikan Epic Games. Tweet di bawah menunjukkan satu lagi contoh sebuah game yang dimusnahkan oleh “review bombing”.
Review bombing for #RocketLeague is go because GAMERS™️
At least the one guy had a change of heart, haha. Seriously though, this tactic is getting old. Y'all need a new hobby or something. pic.twitter.com/xLvSPWvJLX
— Shawn // Evolve PR (@callmeshawnp) May 1, 2019
Kita dapat lihat kebanyakkan review tersebut adalah berkenaan perjanjian antara Psyonix dan Epic dan bukan berkenaan game itu sendiri. Pihak Steam pasti sedar akan masalah ini dan mungkin tidak akan memadamkan review tersebut kerana keadaan semasa.
Tetapi ini sentiasa menjadi masalah di Steam. Sebelum ini sudah terdapat review bomb yang sama dimana review dibuat tidak berdasarkan game itu sendiri. Ini bukanlah cara terbaik. Apa yang tidak masuk akal adalah, seorang gamer yang memainkan Rocket League selama 111 jam mengatakan game ini sangat teruk:
I really like the guy with 111 hours in who has very suddenly decided that Rocket League is the worst game he has EVER played.
— Shawn // Evolve PR (@callmeshawnp) May 1, 2019
Tetapi pihak Psyonix ada mengatakan game ini akan terus menerima sokongan di Steam. Walaupun selepas ia membuat kemunculan di Epic Games Store.
Rocket League kini berada di PS4, Nintendo Switch dan Xbox One.
Sumber: Gamerevolution
@gamersantaimy
Discussion about this post