Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Roblox Gift Card kini boleh didapati di 7-Eleven Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2021
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Roblox Gift Card kini boleh didapati di 7-Eleven Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

7-Eleven Malaysia telah memperkenalkan Roblox Gift Card yang kini boleh didapati di semua kedai 7-Eleven (7E) di seluruh Malaysia. Netizen Malaysia kini dapat menggunakan gift card ini untuk membeli Robux, mata wang maya yang digunakan dalam Roblox, atau langganan Roblox Premium. Gift card ini boleh didapati dalam nilai RM50 dan RM125, lantas menjadikannya hadiah yang sesuai untuk rakan-rakan yang minat Roblox.

“Populariti Roblox telah melambung tinggi di seluruh dunia, dan kami sangat gembira untuk melancarkan gift card ini di Malaysia, yang boleh didapati di kedai 7-Eleven di seluruh negara kerana kami selalu ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan terkini untuk memenuhi keperluan semua pengguna terutamanya dari generasi millenial.”

“Dengan pengenalan Roblox gift card, penggemar dari semua peringkat umur kini dapat menikmati pengalaman yang dipertingkatkan dan pembelian mudah walaupun tanpa akses ke pembayaran dalam talian, kerana kad hadiah tersebut tersedia di 7-Eleven terdekat sebab kami Selalu Ada Untuk Anda,” kata Ronan Lee, Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia.

Roblox adalah platform dalam talian antarabangsa yang membolehkan berpuluh-puluh juta pengguna berkongsi pengalaman permainan yang sama. Setiap hari, pengguna dari seluruh dunia dapat bergembira dengan rakan-rakan ketika mereka meneroka berjuta-juta pengalaman digital yang dibina oleh komuniti Roblox (terdiri daripada lebih lapan juta pencipta). Terdapat pelbagai jenis kandungan untuk dinikmati termasuk konsert muzik, pertunjukan fesyen, perlumbaan, role-play, simulasi, dan lain-lain.

Jangan tunggu lagi! Anda boleh pergi ke kedai 7E terdekat hari ini untuk dapatkan gift card Roblox! Selain itu, gift card lain juga boleh didapati di kedai 7-Eleven seperti Google Play, Spotify Premium, PlayStation Plus, PlayStation Store, Netflix dan banyak lagi. Untuk tahu tentang promosi lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 7-Eleven7-Eleven MalaysiaMalaysiaRobloxRoblox Gift CardRoblox PremiumRobux
Previous Post

Unboxing PlayStation 5 DualSense: Mari usya versi Cosmic Red & Midnight Black!

Next Post

[E3 2021] Soulstice didedahkan sebagai game seperti Souls dan eksklusif untuk konsol next-gen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
[E3 2021] Soulstice didedahkan sebagai game seperti Souls dan eksklusif untuk konsol next-gen

[E3 2021] Soulstice didedahkan sebagai game seperti Souls dan eksklusif untuk konsol next-gen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd