Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Riwayat hidup & asal-usul ayah Ichigo, Kurosaki Isshin daripada BLEACH!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Riwayat hidup & asal-usul ayah Ichigo, Kurosaki Isshin daripada BLEACH!
Share on FacebookShare on Twitter

Kurosaki Ichigo ialah hero kepada siri manga/anime Bleach oleh Tite Kubo, tetapi bapanya, Kurosaki Isshin, mungkin meletakkan contoh terbaik antara semua watak dalam siri. Seperti yang diketahui ramai peminat, identiti pentingnya dirahsiakan buat masa yang sangat-sangat lama dan diperkenalkan sebagai ayah Ichigo yang aneh.

Pada mulanya, Isshin nampaknya tidak menyedari aktiviti Shinigami yang dilakukan oleh Ichigo dan Rukia. Rupanya ini semua adalah lakonan. Isshin sebenarnya ialah seorang Shinigami sebelum Ichigo dilahirkan, dan dia tahu cara mengendalikan Zanpakuto dan Hollow seperti mana-mana kapten Gotei 13. Diam-diam, dia mengumpul semula kekuatan lamanya sedikit demi sedikit sehingga dia bersedia untuk berlawan sekali lagi, dan bahkan mengajar Ichigo sedikit tentang seni pertempuran. Selama ini berlaku, dia tetap menguruskan klinik Kurosaki dan menjadi bapa yang cemerlang bagi Ichigo, Yuzu dan Karin. Hidupnya adalah sebuah kisah yang rendah diri tetapi amat mengagumkan.

Antara kapten paling disayangi di Gotei 13

Pada pertengahan story arc Thousand-Year Blood War, kita mempelajari sepenuhnya latar belakang Kurosaki Isshin buat pertama kalinya. Sekitar 20 tahun yang lalu, ketika Kurosaki Masaki (ibu Ichigo) dan Ishida Ryuken (ayah Uryu) adalah pelajar sekolah menengah, Shiba Isshin adalah kapten Skuad 10. Sebagai kapten yang kuat dan seorang daripada puak Shiba yang dihormati, dia memiliki semuanya, dan bersama Leftenan Matsumoto Rangiku dan Hitsugaya Tōshirō, menjalani kehidupan yang gembira. Malangnya, hari-hari riang itu akan berakhir, ketika seekor Hollow yang kuat dan aneh mengamuk di dunia sebenar. Isshin tidak begitu menyukai kerja ofis, tetapi sentiasa bersedia untuk pertarungan lalu segera menghadapi Hollow tersebut.

 

Rupanya, ia bukan Hollow biasa. Dinamakan sebagai White, ia ialah Hollow khas yang dicipta oleh Aizen Sosuke, dan ingin membunuh Masaki. Baki-baki Quincy di bumi (termasuk Masaki) melakukan apa yang mereka mampu, tetapi hanya kekuatan seorang kapten seperti Isshin yang dapat menangani White. Isshin mengaktifkan shikai (tahap kedua zanpakuto sebelum bankai) dan ia sudah cukup untuk mengalahkan Hollow tersebut, membuatkan Aizen menganggap ciptaannya gagal. Isshin tidak menyedari penglibatan Aizen dalam hal ini, tetapi dia membuat keputusan berani untuk menyelamatkan nyawa Masaki. Masaki terbaring di ambang kematian, tetapi dengan pertolongan Urahara Kisuke, Isshin meminjamkan kekuatan Shinigami kepada Masaki dan terpaksa berubah menjadi manusia biasa. Isshin tahu perkara ini akan berlaku, dan dia tidak ragu-ragu melakukan aksi tersebut.

Memulakan hidup keluarga bersama Masaki

Setelah mengubah nama kepada Kurosaki Isshin, Masaki menjadi kawannya yang pertama dan kemudian, isterinya. Tidak banyak yang kita tahu tentang kehidupan mereka semasa berpacaran, tetapi Isshin mengatakan bahawa setiap kali dia merokok, isterinya akan memanggilnya “cool”, dan inilah sebab utama rokok menjadi objek yang istimewa di hati Isshin. Sebagai dua manusia biasa, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Ichigo, dan anak perempuan kembar, Yuzu dan Karin. Kemudian, muncul lah Grand Fisher.

Seperti yang kita lihat di permulaan Bleach, Grand Fisher membunuh Masaki di depan Ichigo yang muda. Isshin yang kini menjadi bapa tunggal, memikul tanggungjawab ini dengan tabah. Dia menjaga kedua-dua anak perempuannya dan amat tegas pada Ichigo, tetapi sudah pasti menyayangi anak lelakinya. Kapten yang lucu itu berubah kepada seorang ayah yang Yuzu benar-benar memandang tinggi manakala sentiasa diejek oleh Ichigo dan Karin kerana kerenah peliknya. Di sebalik personaliti gembira ini, Isshin menyembunyikan kesakitan yang mendalam, termasuk peristiwa pelucutan jawatan Shinigami dan kematian isterinya (dia sentiasa menziarah kubur Masaki apabila ada masa).

Ia lebih mengejutkan apabila Isshin memakai jubah Shinigami sekali lagi. Grand Fisher (kini seekor Arrancar primitif) telah mengganas di bumi sekali lagi dan Isshin menghadap raksasa itu. Selepas menjelaskan serba sedikit tentang sifat zanpakuto, Isshin membunuhnya. Tidak lama kemudian, Kisuke datang untuk berbual, dan mereka bersetuju bahawa Arrancar adalah ancaman yang besar. Isshin berjumpa Ishida Ryuken, dan mereka memberi komen tentang bagaimana anak lelaki masing-masing sudah bersedia untuk membuat keputusan sendiri.

Tokoh ibu bapa yang bagus

Segala tindakan Isshin setakat ini, dan yang bakal anda lihat di musim terakhir anime Bleach akan datang (2021), memperkuatkan konsep bahawa dia adalah lelaki yang mulia dan bertanggungjawab. Isshin tidak berminat untuk menewaskan Aizen seorang diri tetapi menolong Ichigo membuka potensi sebenar Zangetsu, lalu menghadapi pengkhianat itu bersama-sama. Dengan bantuan Kisuke, Aizen akhirnya tewas buat selama-lamanya, dan Isshin sangat gembira untuk kembali ke kehidupan biasa di klinik Kurosaki.

Isshin mendahulukan tanggungjawab dahulu. Walaupun sebagai kapten, Isshin memuji Toshiro untuk etika kerjanya yang sangat baik, dan bukannya kerana kekuatannya sendiri. Isshin menyerahkan seluruh hidupnya untuk menyelamatkan Masaki, dan tidak pernah terfikir untuk membiarkan Masaki mati. Tanggungjawab datang dahulu, dan dia sanggup buat apa-apa sahaja untuk itu. Jangan lupa pula yang Isshin ialah seorang bapa tunggal yang bagus, dan sentiasa berada di sisi anaknya lagi-lagi apabila Ichigo memerlukan pertolongan semasa bertarung Aizen.

Kurosaki Isshin adalah hero yang rendah diri, tidak mementingkan diri sendiri, mulia dan juga antara modal ayah yang terbaik dalam sejarah anime. Jangan lupa untuk saksikan kepulangan anime Bleach Thousand-Year Blood War arc pada 2021. Untuk info lanjut tentang anime baru Bleach, sila baca di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachFaktaKurosaki IchigoKurosaki IsshinKurosaki MasakimangaTrivia
Previous Post

Tembak tanpa henti! HYPER SCAPE secara rasmi hadir di PC, PS4 dan Xbox One!

Next Post

MSI tengah SALE! Laptop & Komponen untuk didapati sempena bulan KEMERDEKAAN ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MSI tengah SALE! Laptop & Komponen untuk didapati sempena bulan KEMERDEKAAN ini!

MSI tengah SALE! Laptop & Komponen untuk didapati sempena bulan KEMERDEKAAN ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd