Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Risk of Rain 2 Umum DLC Terbaru ‘Alloyed Collective’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2025
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Epic Store, PC, PS4, PS5, Roguelike, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Risk of Rain 2 Umum DLC Terbaru ‘Alloyed Collective’
Share on FacebookShare on Twitter

Gearbox Publishing dan Gearbox Software telah mengumumkan DLC baharu untuk Risk of Rain 2 bertajuk “Alloyed Collective.” Walaupun tarikh pelancarannya masih belum ditetapkan, DLC ini menjanjikan pengalaman baharu dalam dunia roguelike third-person yang popular itu.

“Alloyed Collective” direka khusus untuk gameplay secara cooperative. Menariknya, hanya seorang pemain dalam satu lobi perlu memiliki DLC ini untuk membuka akses kepada monster, stage, dan item baharu untuk keseluruhan kumpulan.

Namun, pemain yang tidak memiliki DLC tidak akan dapat memilih dua survivor baharu atau membuka item, buku log, dan kandungan lain secara kekal.

Kredit: Gearbox Software

DLC ini menambah enam stage baharu dengan persekitaran unik dan bahaya tersendiri, membawa pemain lebih jauh ke dalam wilayah misteri Solus. Setiap lokasi menawarkan cabaran dan suasana yang berbeza:

  • Pretender’s Precipice: Tebing dipenuhi teknologi Solus yang rosak, memaksa pemain menavigasi laluan sempit dan bangkai besar Solus yang kosong.
  • Iron Alluvium: Pos perlombongan gurun dengan gerudi besar yang menggali hingga ke teras Petrichor V, menyembunyikan loot dalam gua.
  • Repurposed Crater: Kubu industri di mana Solus berkuasa menjaga platform pembinaan dan tatasusunan solar. Pemain mesti menggagalkan rancangan mereka di tengah-tengah tapak pembinaan.
  • Conduit Canyon: Gaung sempit dengan saluran elektrik hidup dan sistem mesin yang aktif, memerlukan pertempuran jarak dekat untuk mencapai teras planet.
Kredit: Gearbox Software

“Alloyed Collective” menambah dua survivor baharu—satu adalah watak yang kembali, dan satu lagi membuat kemunculan sulungnya. Kedua-duanya direka untuk berkembang dalam suasana kekacauan gameplay.

Selain itu, pemain kini boleh mengawal tujuh jenis dron baharu, setiap satu dengan keupayaan unik. Dron ini boleh disesuaikan di stesen modification baharu, memberi peluang kepada pemain untuk menyesuaikan gaya permainan mereka.

Kredit: Gearbox Software

Unit Solus, yang rosak dan ditinggalkan, kini kembali bangkit dari timbunan sisa untuk menuntut masa depan mereka. Dihancurkan dan dikhianati, mereka kini menjadi musuh yang mengancam pemain di seluruh Petrichor V.

Terdapat tujuh jenis musuh baharu yang akan mengejar pemain, disokong oleh pertemuan Teleporter yang lebih mencabar dan final boss baharu yang mengubah pengalaman endgame.

Kredit: Gearbox Software

DLC ini menambah 15 item baharu yang digambarkan sebagai “harta UES yang tersalah letak.” Item-item ini akan memperkayakan strategi pemain, menambah variasi dan ketidaktentuan dalam setiap sesi permainan.

Risk of Rain 2 kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store, manakala DLC “Alloyed Collective” akan tersedia sebagai expansion berbayar. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCRisk of Rain 2
ShareTweetSend
Previous Post

Borderlands 4: Info Baharu Tentang Naratif, Vault Hunter, Gameplay!

Next Post

Patut Keluar Tahun Ini, Marvel 1943: Rise of Hydra Ditunda Ke 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Square Enix Batalkan Kingdom Hearts Missing-Link, Kini Fokus Pada Kingdom Hearts IV
Berita

Square Enix Batalkan Kingdom Hearts Missing-Link, Kini Fokus Pada Kingdom Hearts IV

May 14, 2025
Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Patut Keluar Tahun Ini, Marvel 1943: Rise of Hydra Ditunda Ke 2026
Berita

Patut Keluar Tahun Ini, Marvel 1943: Rise of Hydra Ditunda Ke 2026

May 14, 2025
Next Post
Patut Keluar Tahun Ini, Marvel 1943: Rise of Hydra Ditunda Ke 2026

Patut Keluar Tahun Ini, Marvel 1943: Rise of Hydra Ditunda Ke 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd