Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rise of the Ronin Akan Tiba Mac 2024, Game Samurai/Ninja Oleh Pencipta Nioh

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Rise of the Ronin Akan Tiba Mac 2024, Game Samurai/Ninja Oleh Pencipta Nioh
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara The Game Awards minggu lepas, Sony Interactive Entertainment dan Team NINJA mengumumkan game samurai/ninja baru bernama Rise of the Ronin yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 22 Mac 2024. Bukan itu sahaja, pre-order turut akan dibuka pada 14 Disember.

Sempena pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer pertama yang menunjukkan aksi dan naratif di dalam game:

Nasib baiklah info pun banyak bersama penjelasan oleh Fumihiko Yasuda sebagai pengarah dan presiden Tean NINJA di PlayStation Blog:

Kredit: Team NINJA

Rise of the Ronin menampilkan latar belakang sejarah yang penting seperti dilihat dalam majoriti game Koei Tecmo, sambil mempunyai aksi dan pertempuran ikonik oleh Team Ninja sendiri. Bak kata pengarah studio, mereka ingin mencipta pengalaman yang membolehkan pemain menjelma sebagai Ronin (samurai yang tidak bertuan) sepenuhnya semasa hujung-hujung era Kesyogunan Tokugawa.

Kredit: Team NINJA

Khususnya, ini berlaku pada akhir abad ke-19, zaman yang penuh penindasan dan kesukaran. Walaupun begitu, tokoh genius seperti Ryoma Sakamoto dan Shoin Yoshida berusaha untuk memodenkan negara. Takdir Ronin akan saling berkaitan dengan watak-watak ini dalam beberapa cara yang berbeza di mana pilihan anda akan menentukan siapakah musuh dan rakan anda.

Kredit: Team NINJA

Ronin akan meneroka dunia luas Jepun zaman Edo menggunakan kuda dan glider, sambil melawan musuh menggunakan pelbagai jenis senjata dan peralatan—senjata jarak dekat seperti pedang dan lembing, serta senjata jarak jauh seperti senapang dan senjata lempar. Juga dilengkapi “grappling hook” dan taktik bersembunyi, anda boleh mengharapkan banyak keunikan dan kebebasan dalam game ini.

Kredit: Team NINJA

Pre-order

Kredit: Team NINJA

Pemain yang pre-order mana-mana versi Rise of the Ronin akan menerima set Iga Ninja’s Katana and Armor dan buka Combat Styles lebih awal untuk membantu anda.

Rise of the Ronin edisi Digital Deluxe akan mempunyai base game, semua bonus pre-order, serta Iga Ninja’s Staff, Toyokuni Paired Swords, set Bando Warrior Armour dan set Japanese Formal Wear.


Sekali lagi saya ingatkan, Rise of the Ronin akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 22 Mac 2024. Pre-order akan bermula pada 14 Disember.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Rise of the Ronin
ShareTweetSend
Previous Post

Entri Baharu Francais SAW Diumumkan! SAW XI akan Ditayangkan pada September 2024!

Next Post

Siri Animasi Eyes of Wakanda Diumumkan Marvel, Fokus Pada Sejarah Wakanda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Siri Animasi Eyes of Wakanda Diumumkan Marvel, Fokus Pada Sejarah Wakanda!

Siri Animasi Eyes of Wakanda Diumumkan Marvel, Fokus Pada Sejarah Wakanda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd