Riot telah mengumumkan bahawa siri animasi League of Legends, Arcane akan kembali untuk musim 2 di Netflix. Pengumuman itu dibuat selepas episod terakhir Arcane yang lalu dan disertakan dengan teaser untuk cerita musim 2.
Berdasarkan teaser, nampaknya Vi dan Caitlyn akan kembali untuk musim depan dan kisahnya nampak akan berpusat pada mereka yang memburu Jinx. Klip itu juga mengesahkan bahawa ketiga-tiga watak tersebut akan mengekalkan pelakon suara asal mereka iaitu Hailee Steinfeld (Vi), Katie Leung (Caitlyn) dan Ella Purnell (Jinx) pada musim akan datang.
Masih tiada tarikh rasmi bila Arcane musim 2 akan keluar dan menurut Nicolo Laurent, CEO Riot Games, Arcane tidak akan keluar pada tahun depan.
Selain itu, Riot juga mendedahkan permainan lebih lanjut mengenai “Project L” yang merupakan fighting game berdasarkan League of Legends. Banyak maklumat baru telah diberikan tetapi kita masih tidak tahu bila ia akan dilepaskan. Riot juga ada mengatakan bahawa akan ada dua kemas kini baru untuk tahun depan, jadi memang takda peluang untuk kita bermain permainan ini tahun depan.
Tentang Project L
Project L merupakan 2v2 fighting game, di mana anda membina pasukan dari watak dan menggabungkan skill mereka untuk melakukan combo terbaik. Dalam video tersebut, terdapat sedikit gameplay yang menunjukkan beberapa ciri utama permainan ini. Untuk masa sekarang, hanya beberapa watak yang tersedia di Project L. Antaranya ialah:
- Ahri
- Jinx
- Darius
- Ekko
Reka bentuk permainan ini memfokuskan kepada dua benda iaitu netcode yang begus dan kawalan yang mudah dipelajari. Pereka, Tom & Tony Cannon memberitahu harapan mereka untuk Project L sebagai satu yang pemain boleh melompat ke dalam dan mempelajari set pergerakan asas watak baru dengan cepat.

Nampaknya tahun 2022 seperti tahun untuk Riot menghasilkan segala projek yang ada. Boleh lah kita sambung main game lain Riot sementara menunggu Arcane musim 2 dan Project L. Baru-baru ini, Riot baru saja melepaskan dua permainan baru, Ruined King dan Hextech Mayhem. Untuk mendapatkan liputan lanjut mengenai Riot, sila klik pada pautan ini.
Sumber: Polygon, Gamerbraves, PCgamer
@gamersantaimy
Discussion about this post