Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RIOT GAMES mengesahkan versi VALORANT untuk mobile & konsol!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2020
in Artikel, Berita, Esports, Mobile, PC
0 0
0
RIOT GAMES mengesahkan versi VALORANT untuk mobile & konsol!
Share on FacebookShare on Twitter

Developer Riot Games telah mengesahkan bahawa versi konsol dan mobile untuk game multiplayer shooter Valorant mungkin akan berlaku. Dalam sebuah temuramah bersama The Express Online, pengarah permainan Valorant, Joe Ziegler mendedahkan yang pasukan pembangunan sedang “menjelajah pelantar lain seperti konsol dan mobile.” Namun, Ziegler juga mengatakan bahawa “pasukan kini bekerja keras untuk memberikan pengalaman terbaik di PC“. Jadi ia mungkin ambil masa yang agak lama sebelum Valorant tersedia di pelantar selain daripada PC.

Valorant kini berada dalam versi beta tertutup dan Riot Games mengatakan mereka ingin menyelesaikan isu-isu besar dengan permainan sebelum melancarkan Valorant di PC sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Pembangunan pada versi konsol dan mobile hanya akan melambatkan pembangunan Valorant di versi PC.

Riot Games juga mempunyai beberapa masalah di server Valorant kerana terdapat permintaan besar untuk game barunya. Pembangun telah memberikan kod kepada beta tertutup Valorant di Twitch, dan ia berjaya mendapat berjuta-juta penonton di laman siaran langsung tersebut sehingga pasukan harus meningkatkan kapasiti server sebanyak 25% sejak dilancarkan.

Sehingga itu, anda boleh mencari “Valorant” di Twitch dan melihat gameplay nya di situ dahulu.

MUAT TURUN DISINI!!!
VALORANT
Release Date: 2020-06-02
Microsoft Windows
VALORANT adalah penembak taktikal berasaskan watak 5v5 bersaing untuk PC, yang kini sedang dibangunkan di Riot Games. Akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim panas 2020, VALORANT adalah permainan multiplayer yang tepat dan mematikan dengan pelbagai senjata, agen dengan kebolehan yang unik dan peta yang kompetitif untuk ribuan jam bermain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobilePCRiot GamesTwitchVALORANT
Previous Post

Boruto ialah anime terbaru untuk ditangguhkan kerana pandemik COVID-19!

Next Post

“Lebih banyak akan datang dalam Yu-Gi-Oh! Duel Links!” Temuramah bersama Kenichi Kataoka dari Konami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Lebih banyak akan datang dalam Yu-Gi-Oh! Duel Links!” Temuramah bersama Kenichi Kataoka dari Konami!

"Lebih banyak akan datang dalam Yu-Gi-Oh! Duel Links!" Temuramah bersama Kenichi Kataoka dari Konami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd