Baru-baru ini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menunda dua game besar ke tarikh yang baru. Mereka telah menukar tarikh pelancaran Riders Republic dari 2 September ke 28 Oktober, dan Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction pula akan menerima pelancaran pada Januari 2022 nanti. Rainbow Six Extraction sepatutnya dijadualkan pelancarannya pada 16 September tahun ini, tetapi Ubisoft memerlukan tambahan masa sebelum ianya sedia untuk dikeluarkan.
Ubisoft menyatakan bahawa mereka ingin memberikan pengalaman AAA penuh kepada pemain di Rainbow Six Extraction dengan mengubah cara bermain dan memikirkan ianya sebuah konsep permainan operasi berkumpulan. Dengan ciri unik seperti Missing In Action dan The Sprawl, setiap misi ditetapkan untuk menjadi pengalaman pertempuran menyelamat yang tegang dan serta mencabar. Pemain perlu mengetuai pasukan elit Rainbow Six dalam memerangi ancaman makhluk asing dan membunuhnya.
Syarikat tersebut juga menyatakan mereka akan memanfaatkan peluang dari waktu tambahan ini bagi menghidupkan visi Rainbow Six Extraction seperti yang dirancangkan. Mereka turut yakin ini dapat memastikan game tersebut bakal memberikan pengalaman lebih mendalam, koperatif, dan mendebarkan kepada semua pemain.
Tomorrow, things are going to get wild 🎉
Tune in at 11AM PT / 8PM CEST for the worldwide reveal of a brand-new game in the Tom Clancy’s universe.
— Ubisoft (@Ubisoft) July 18, 2021
Tambahan pula, Ubisoft telah memuat naik sebuah tweet awal pagi tadi dengan menyatakan mereka bakal mendedahkan sebuah universe baru untuk francais Tom Clancy’s. Anda boleh menonton pengumuman pendedahan tersebut di Youtube pada 20 Julai jam 2 pagi waktu tempatan.
Di samping itu, pasukan yang bertanggungjawab membangunkan game sukan lasak Ubisoft, iaitu Riders Republic menyatakan mereka juga memerlukan lebih banyak masa untuk menambah baik permainan tersebut. Untuk memastikan pasukan dapat memberikan hasil game terbaik untuk semua pemain, mereka telah membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh pelepasan Rider’s Republic ke 28 Oktober. Dengan tambahan selama 8 minggu, mereka akan cuba untuk menyesuaikan pengalaman dan memberi pemain
peluang lain untuk mencuba game ini sebelum pelancaran bagi mendapatkan maklum balas. Ubisoft telah mengumumkan Riders Republic pada bulan September 2020, dan dirancang untuk tiba pada Februari 2021. Namun Ubisoft telah menangguhkan game ini pada bulan Januari tahun ini dan menjanjikan pelancarannya pada September 2021. Rainbow Six Extraction dan Riders Republic bakal tersedia di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X dan PC, dengan versi streaming yang datang ke Amazon Luna dan Google Stadia.
@gamersantaimy
Discussion about this post