Pada setiap tahun penghujung tahun, peta terkenal Fortnite akan diliputi salji. Tetapi kali ini! Sesuatu yang lebih besar daripada salji telah muncul. Sebaliknya, ribut salji yang ganas telah muncul di peta Fortnite: Chapter 2, dan tiada siapa tahu dari mana ia datang.
Ribut salji ini nampaknya telah muncul dalam kebanyakan game mode Fortnite, dan berlaku dalam hampir setiap perlawanan. Setiap ribut salji datang dengan cepat dan tanpa amaran. Peta menjadi gelap dan salji lebat akan mula jatuh. Visi pemain dalam peta akan diterhadkan sehingga pemain hanya dapat melihat beberapa meter di hadapan mereka. Selepas beberapa minit, ribut salji tersebut akan hilang, lalu mengembalikan peta Fortnite menjadi normal.
Seperti mana-mana acara in-game istimewa di Fortnite, pemain sedang mencari jawapan kepada fenomena ini. Buat masa ini, pemain tidak menemui apa-apa maklumat mengenai ribut salji dan jika ia mengubah apa-apa dalam peta, tetapi masih ada beberapa pemain yang gigih mencari dengan harapan sesuatu perkara telah diubah.
Walau apa pun, ribut salji ini adalah tambahan yang menarik kepada Fortnite, dan akan membawa beberapa elemen yang menarik dan sukar dalam perlawanan. Kami tidak tahu berapa lama ribut ini akan bertahan, tetapi musim Fortnite akan berakhir pada bulan Februari. Adakah sesuatu perubahan besar akan berlaku dalam tempoh waktu ini?

@gamersantaimy
Discussion about this post