Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Visions of Mana – Francais Legenda Kembali Dengan Penuh Impak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Review, Microsoft, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Visions of Mana – Francais Legenda Kembali Dengan Penuh Impak!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 18 tahun sejak francais mengeluarkan game baharu dalam francais utama ‘Mana‘, jadi tidak menghairankan jika ramai peminat tidak sabar untuk bermain Visions of Mana sebaik sahaja ia dilancarkan pada 29 Ogos 2024.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi siri ‘Mana’ merupakan salah satu francais tertua di Square Enix. Malah, kali terakhir kita melihat game dalam barisan utama adalah pada tahun 2006, di mana Dawn of Mana dikeluarkan untuk platform PS2. Walaupun siri JRPG ini telah menerima beberapa entri mode (paling terkini pada 2022), semuanya terdiri daripada ‘spin-off’, ‘remaster’ atau ‘remake’ yang mengisi francais selama hampir dua dekad. Oleh itu, Visions of Mana bertindak sebagai ‘sekuel’ yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat.

Kami sudah menceritakan tentang game ini dalam previu, tetapi adakah ‘versi lengkap’ dapat memenuhi jangkaan peminat? Teruskan membaca reviu ini!

Kisah Klasik Tapi Menyayat Hati

Kredit: Square Enix

Salah satu ciri terbesar dalam sebuah JRPG mestilah jalan cerita, dan untuk Visions of Mana, ia masih mengekalkan tema “Tree of Mana“. Pokok besar ini merupakan sumber Mana, yang diperlukan untuk mengekalkan kestabilan dunia dan semua kehidupan di dalamnya. Di sebalik fungsinya yang mulia, terdapat sisi tragis di mana pengorbanan diperlukan untuk mengekalkan kitaran hidup Mana Tree.

Kita akan mengalami perkara yang sama dalam Visions of Mana, kerana game ini mengisahkan kisah pengembaraan seorang pahlawan bernama Val yang harus menemani rakannya dari kecil, yang mewakilkan diri untuk menjadi korban kepada Mana Tree. Di sebalik visual permainan yang berwarna-warni, terdapat kisah dengan tema yang berat, di mana watak perlu memikir jika perbuatan ‘korban’ ini adalah pilihan yang betul.

Kredit: Square Enix

Ternyata, game ini pun tidak teragak-agak untuk menunjukkan detik-detik tragis, tetapi pada masa yang sama, juga menampilkan adegan dan interaksi riang antara watak. Dari perspektif peminat lama, ini adalah kisah yang anda akan serta-merta faham, manakala pemain baru masih dapat menikmati kisah fantasi klasik yang ringan untuk diikuti. Khususnya, visualnya yang menarik perhatian menyumbang banyak agar penceritaan game kelihatan lebih bermakna.

Kredit: Square Enix

Semakin lama bermain, saya mendapati Visions of Mana mempunyai rasa nostalgia yang kuat dan berasa seperti pengganti kepada Legend of Mana (game ke-4 dalam francais). Selain reka bentuk protagonis yang hampir serupa, terdapat beberapa makhluk dan watak ikonik dari Legend of Mana seperti Dudbear, Niccolo, dan Li’l Cactus. Jika berharap Legend of Mana boleh mendapatkan remake, maka game ini adalah representasi paling tepat sambil mempunyai daya tarikan tersendiri.

Dunia Fantasi Paling Menawan Setakat Ini

Kredit: Square Enix

Seperti yang telah dibincangkan dalam previu, terbukti Visions of Mana adalah game yang terlampau cantik. Square Enix dengan kerjasama Ouka Studios berjaya merealisasikan dunia yang sangat menakjubkan, dan tidak pernah gagal untuk memukau saya setiap kali melawat kawasan baharu. Satu-satunya game dengan dunia dongeng fantasi yang telah meninggalkan kesan yang kuat dalam diri saya ialah Final Fantasy IX, tetapi Visions of Mana berjaya mengubah persepsi ini dengan meninggalkan impak yang sama hebat.

Kredit: Square Enix

Saya boleh mengaku bahawa ini salah satu reka bentuk dunia paling menawan pernah saya bermain dalam mana-mana RPG moden, di mana nilai produksi yang tinggi, terutamanya untuk kualiti grafik, memainkan peranan besar dalam merealisasikan dunia tersebut. Saya bukanlah jenis pemain yang terlalu mementingkan grafik, tetapi Visions of Mana berjaya menjadikan ciri ini sebagai salah satu sorotan terbesar yang menyumbang secara besar-besaran kepada keseronokan bermain, termasuk jalan cerita dan bahagian penerokaan.

Sistem Pertempuran Bukan Tarikan Terbesar

Kredit: Square Enix

Berbeza daripada kebanyakan francais JRPG oleh Square Enix yang lebih didominasikan oleh gameplay turn-based, francais Mana terkenal daripada debutnya sebagai game aksi dan masih setia sehingga hari ini kepada gameplay itu. Namun walaupun francais sudah tua, tidak banyak evolusi dilaksanakan untuk sistem pertempuran.

Visions of Mana mengekalkan majoriti elemen gameplay daripada judul-judul dahulu dengan pembentukan parti yang terdiri dariapda tiga ahli. Setiap watak boleh melancarkan serangan ‘normal’ dan ‘heavy’ serta mempunyai akses kepada pelbagai skil bergantung pada Elemental Vessel – sejenis sistem dalam game yang menghadiahkan watak dengan kuasa elemen tertentu serta mengubah kelas mereka.

Tetapi apa yang menjadikan pertempuran Visions of Mana menyeronokkan ialah fleksibiliti kepada sistem skil. Tidak kira apa elemen yang watak itu pegang, anda masih boleh mengakses skil daripada elemen lain dengan memakai peralatan menyerupai benih khas. Game ini juga menyediakan banyak slot ‘shortcut’ berguna yang memberi akses pantas apabila pemain ingin melaksanakan skil atau arahan khas lain.

Kredit: Square Enix

Jadi seperti yang telah dibincangkan dalam previu, saya rasa game ini sudah cukup kaya daripada segi mekanik dan ciri. Cuma, ia tidak sempurna 100% kerana kelemahan terbesar game ini adalah pertempurannya sendiri, bagi saya.

Selain daripada tidak mempunyai kemajuan atau evolusi, sistem pertempuran masih terasa kaku dan tidak responsif pada detik-detik penting. Sebagai contoh, kadangkala watak perlu berhenti bergerak seketika jika ingin menggunakan item, kerana jika tidak, arahan tidak akan dilaksanakan. Pada masa yang sama, kadangkala saya tidak sengaja menggunakan item dua kali kerana delay dan kawalan yang kurang responsif. Tempo pertarungan Visions of Mana agak pantas, jadi perhatian khusus sepatutnya diberikan kepada kawalan yang responsif, terutamanya kerana penggunaan item sangat penting, lagi-lagi apabila ingin menyelamatkan watak yang hampir mati.

Kredit: Square Enix

Satu lagi masalah ialah beberapa Status Effect dalam game terasa sangat menjengkelkan dan mengganggu, terutamanya ‘freeze’, di mana watak saya tidak boleh bergerak untuk jangka masa yang lama walaupun menekan butang berulang kali untuk membebaskannya.

Gameplay tidak menampilkan sistem Status Buildup, jadi serangan musuh kadangkala boleh memberikan status freeze secara automatik yang membuatkan watak tidak bergerak. Pada saat ini, anda hanya boleh pasrah dan menerima serangan musuh atau bertukar kepada watak lain yang tidak terkena efek beku. Ini tidak sepatutnya menjadi masalah jika terdapat pelaksanaan atau penanda ‘Status Buildup’ supaya pemain boleh menjangkakan detik-detik bahaya ini.

Sistem Kelas Yang Unik

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem kelas dalam Visions of Mana dikawal melalui Elemental Vessel. Game ini mempunyai beberapa elemen termasuk beberapa pilihan unik seperti Moon dan Wood.

Apa yang membuatkan sistem ini begitu menarik ialah setiap watak boleh menggunakan setiap Elemental Vessel secara bebas, dan setiap seorang juga mendapat akses kepada kelas unik sendiri. Sebagai contoh, Val boleh menjadi ‘Aegis‘ apabila melengkapkan Moon Vessel, manakala Mortley boleh menjadi ‘Nightblade‘. Sebab itu, terdapat begitu banyak kombinasi kelas watak yang boleh diterokai dalam game ini yang membuatkan setiap watak terasa begitu istimewa untuk dimainkan.

Kredit: Square Enix

Bukan itu sahaja, gaya pertempuran, pilihan senjata, dan kemahiran Ultimate juga berbeza bergantung pada setiap kelas. Malah, penampilan mereka juga akan berubah sepenuhnya, dan setiap watak akan sentiasa memakai kostum mereka dalam semua cutscene. Inilah yang menjadikan sistem kelas dalam Visions of Mana sangat menarik, kerana memberi banyak ruang untuk pemain bereksperimen, ditambah dengan kepuasan melihat kelas unik yang diperoleh setiap watak.

Kredit: Square Enix

Eksplorasi Terasa Memuaskan

Kredit: Square Enix

Diserlahkan oleh keindahan dunia, saya mempunyai masa yang seronok semasa meneroka setiap kawasan yang ditawarkan. Walaupun bukan game open-world, setiap peta cukup berstruktur dan terasa akan hidup. Anda akan temui banyak sumber untuk dikutip, cabaran platforming semasa mengumpul item seperti Grizzly Syrup, dan ujian pertarungan dalam Elemental Aeries yang memberikan ganjaran berharga. Ini belum termasuk pelbagai side quest yang diberi oleh NPC!

Kredit: Square Enix

Di samping itu, beberapa mekanik baharu menjadikan penerokaan lebih menarik dan luas. Contohnya, apabila sampai ke Fallow Steppe, pemain akan diberikan haiwan tunggang (Pikul) yang membuatkan penerokaan lebih pantas. Pada masa yang sama, kuasa Vessel Elemental boleh digunakan untuk beberapa bahagian eksplorasi pada saat tertentu.

Kredit: Square Enix

Sebagai contoh, elemen Wind boleh membuatkan watak terbang untuk mencapai kawasan yang sukar dicapai, elemen Water membolehkan watak menyelam dan bernafas di bawah air, elemen Wood boleh memberikan tempat berpijak dari tumbuhan semasa cabaran platforming, dan sebagainya. Daripada mengikuti formula yang rasanya terlalu standard dalam kebanyakan RPG, Visions of Mana merealisasikan dunia yang bukan sahaja sangat cantik, tetapi juga sangat interaktif dan sangat menarik untuk diterokai.

Pendapat

Kredit: Square Enix

Secara keseluruhan, penantian lama untuk game baharu dalam barisan utama Mana amat berbaloi!

Sama ada anda ialah peminat veteran atau pemain baru, Visions of Mana benar-benar cukup berkualiti. Walaupun lebih kagum dengan visualnya yang menakjubkan, terdapat pelbagai aspek lain yang menjadikan game ini sangat menonjol seperti penerokaan yang penuh ganjaran, sistem kelas unik yang unik, dan sensasi pengembaraan melalui kisah fantasi klasik.

Tetapi seperti yang saya bincangkan di beberapa bahagian, terutamanya dari segi gameplay, Visions of Mana tidak membawa sebarang perubahan besar dan masih mempunyai banyak isu. Selain daripada kawalan yang kekok dan respon kawalan yang bermasalah, ketiadaan sistem Status Effect turut menyusahkan pemain dengan melumpuhkan watak serta-merta. Selain itu, jalan cerita sebenarnya mudah untuk diramal, jadi saya berpendapat ia memerlukan plot yang lebih menarik atau sukar untuk diramalkan.

Kredit: Square Enix

Bagi mereka yang berminat, Visions of Mana akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 29 Ogos di seluruh dunia. Untuk pre-order, sila tekan SINI! Buat masa ini, anda boleh mencuba versi demo yang tersedia sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Visions of Mana

8 Score

Sama ada anda ialah peminat veteran atau pemain baru, Visions of Mana benar-benar cukup berkualiti. Walaupun lebih kagum dengan visualnya yang menakjubkan, terdapat pelbagai aspek lain yang menjadikan game ini sangat menonjol seperti penerokaan yang penuh ganjaran, sistem kelas unik yang unik, dan sensasi pengembaraan melalui kisah fantasi klasik.

PROS

  • Menampilkan satu dunia fantasi klasik paling mengagumkan dalam RPG moden
  • Bukan sahaja cantik, dunia juga sangat menyeronokka dan penuh ganjaran untuk teroka
  • Sistem kelas watak amat unik kepada setiap watak dengan pelbagai kebolehan dan penampilan

CONS

  • Jalan cerita mudah untuk diramal
  • Sistem pertempuran terasa kekok dan kurang responsif
  • Status Effect tanpa build up boleh membawa kepada senario yang menganggu

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuVisions of Mana
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Disangka Mati, Watak Kegemaran Sebenarnya Hidup!

Next Post

Sertai Kolaborasi Street Fighter: Duel X Street Fighter 6 dengan Luke!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sertai Kolaborasi Street Fighter: Duel X Street Fighter 6 dengan Luke!

Sertai Kolaborasi Street Fighter: Duel X Street Fighter 6 dengan Luke!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd