Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Stellar Blade (PC) – Visual EVE Kekal Mempesona, Menjemput Kita Untuk Beraksi Sekali

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
Reviu Stellar Blade (PC) – Visual EVE Kekal Mempesona, Menjemput Kita Untuk Beraksi Sekali
Share on FacebookShare on Twitter

Stellar Blade, game action-adventure yang mendapat pujian meluas hasil pembangun Korea, Shift Up, kini akhirnya tiba di platform PC, membawa pengalaman combat yang mendebarkan bersama naratif dunia pasca-apokalips kepada lebih ramai pemain.

Sebelum ini, ia merupakan eksklusif PlayStation 5 yang memukau pemain dengan visual mempesona dan gameplay penuh intensiti.

Kini, versi PC hadir dengan pelbagai penambahbaikan seperti sokongan NVIDIA DLSS 4, AMD FSR 3, paparan ultrawide, serta pelbagai kandungan tambahan termasuk 25 Nano Suit baharu dan pertarungan boss yang lebih mencabar.

Dalam reviu ini, kami akan menyelami bagaimana Stellar Blade diterjemahkan ke platform PC, melihat sejauh mana mekaniknya diubah, keindahan dunianya, serta impak segala peningkatan yang disediakan khusus untuk versi ini.

Pertarungan Terakhir Demi Kemanusiaan

Mari kita fahami dahulu jalan cerita di sebalik Stellar Blade. Game ini berlatarbelakangkan masa depan di mana Bumi berada di ambang kehancuran akibat serangan makhluk asing yang dikenali sebagai Naytiba. Namun, manusia belum berputus asa sepenuhnya.

Mereka yang terselamat telah membina koloni besar di angkasa dan menubuhkan pasukan khas bernama “Angels” (android tempur wanita) yang dihantar kembali ke Bumi untuk memusnahkan ancaman tersebut.

Namun misi ini bukannya mudah, dan ramai yang telah terkorban. EVE, protagonis utama dalam Stellar Blade, hampir menjadi salah seorang mangsa sehingga dia diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Adam ketika berdepan dengan ancaman Alpha Naytiba.

Kredit: Shift Up

Sejak itu, mereka membentuk satu pakatan: Adam membantu EVE memburu Alpha Naytiba, manakala EVE memanfaatkan kemahiran tempurnya yang luar biasa untuk melaksanakan misi-misi berbahaya yang tidak mampu dilakukan oleh Adam seorang diri.

Perjalanan mereka bukan sekadar soal memburu — mereka turut berusaha untuk memulihkan Xion, sebuah bandar terakhir yang menjadi harapan terakhir umat manusia di Bumi.

Dalam masa yang sama, mereka memburu Alpha Naytiba yang mungkin menyimpan petunjuk kepada kewujudan Elder Naytiba: ancaman sebenar yang perlu dihapuskan untuk membebaskan Bumi daripada cengkaman makhluk asing ini selama-lamanya.

Dalam pengembaraannya, EVE turut bertemu dengan pelbagai watak lain, termasuk Lily, seorang juruteknik yang menjadi rakan seperjuangannya.

Kredit: Shift Up

Sebelum kita masuk ke perbincangan mengenai prestasi dan grafik, perlu diingatkan bahawa versi PC Stellar Blade tidak memerlukan log masuk akaun PlayStation Network (PSN). Ia hanya diperlukan jika anda ingin menuntut skin kosmetik Planet Diving Suit (2nd).

Kredit: Shift Up

Untuk reviu ini, kami bermain menggunakan spesifikasi berikut:

  • Prosesor: Intel Core i5-13500
  • RAM: 32GB @3600MHz
  • GPU: Nvidia RTX 4070 SUPER
  • Monitor: 1440p

Prestasi Hebat dengan Beberapa Kekurangan Kecil

Secara keseluruhan, Stellar Blade di PC merupakan satu port yang sangat baik. Sepanjang sesi bermain menggunakan monitor 1440p bersama Intel Core i5-13500, Nvidia RTX 4070 SUPER, dan 32GB RAM pada kelajuan 3600MHz dengan tetapan Max (Very High), prestasi yang dipamerkan benar-benar mengagumkan.

Visual game ini memang cantik, dan model watak EVE kelihatan jauh lebih memukau dalam versi ini: setiap perincian pada pakaiannya boleh dinikmati dengan jelas hasil tekstur beresolusi tinggi.

Stellar Blade boleh dikatakan antara game paling tajam yang saya mainkan tahun ini, bukan jenis yang kelihatan kabur seperti kebanyakan game lain yang terkesan dengan cara engine berfungsi atau akibat tetapan anti-aliasing yang sering membuatkan visual game PC nampak lembut.

Kredit: Shift Up

Bagi pengguna kad grafik siri RTX 40, anda akan menikmati sokongan DLSS 4 bersama teknologi Frame Generation, yang membantu meningkatkan kadar bingkai dengan menghasilkan frame tambahan di luar prestasi asas.

Menggunakan tetapan DLSS DLAA bersama Max, game ini mampu berjalan sekitar 80-90 FPS dalam pertarungan boss mahupun kawasan terbuka. Beralih ke DLSS Quality pula memberikan tambahan sekitar 10-20 FPS berbanding DLAA, manakala DLSS Balance pula menambah sekitar 5-10 FPS lagi.

Namun, memandangkan ini adalah DLSS 4, perbezaan visual antara DLAA, Quality dan Balance hampir tidak kelihatan, jadi saya sarankan untuk mengutamakan prestasi. Jika mahukan prestasi lebih tinggi, anda boleh juga cuba tetapan DLSS Performance atau High Performance, tetapi kualiti grafik akan sedikit menurun.

Bukan ketara, tetapi cukup untuk dikesan jika anda benar-benar teliti.

Kredit: Shift Up

Namun begitu, seperti yang sering berlaku pada kebanyakan game PC moden, saya tidak dapat lari sepenuhnya daripada isu ‘microstutter.’ Ia bukanlah masalah besar yang berlaku berterusan, tetapi sesekali terasa sedikit gangguan yang boleh menjejaskan kelancaran gameplay.

Dalam ujian yang saya lakukan, bacaan 1% Low dan 0.1% Low memang agak teruk; sewaktu pertarungan boss, kadar FPS boleh jatuh serendah 15-20 FPS, tetapi secara purata hanya sekitar 40-50 FPS — masih boleh dimainkan pada pandangan saya.

Kemungkinan besar ia berpunca daripada saya masih menggunakan driver Game Ready versi 576.52 yang dikeluarkan sekitar Mei. Diharapkan driver baru khusus untuk Stellar Blade akan hadir tidak lama lagi bagi menambah baik prestasi dan mengurangkan isu microstutter ini.

Oh ya, setiap kali melancarkan game, proses kompilasi shader juga berlaku: tidak selama kali pertama bermain, tetapi tetap menambah sedikit masa loading, sesuatu yang mungkin akan mengganggu bagi sesetengah pemain.

Kredit: Shift Up

Penggunaan VRAM juga agak tinggi, tetapi itu sudah dijangka memandangkan saya bermain pada resolusi 1440p dengan tetapan Very High. Game ini menggunakan sekitar 9GB VRAM, yang saya anggap masih logik.

Bagi pengguna kad grafik 8GB, anda mungkin perlu bertukar ke tetapan Medium atau High pada resolusi 1080p untuk prestasi lebih stabil.

Kredit: Shift Up

Secara keseluruhannya, ini adalah port yang sangat mantap. Tiada pepijat grafik sepanjang saya bermain, prestasi konsisten pada kebanyakan masa, kecuali untuk isu microstutter yang sesekali muncul. Pendek kata, hampir sempurn, tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki.

Keyboard & Mouse Masih Kurang Selesa

Berita baiknya, Stellar Blade versi PC kini menyokong kawalan menggunakan keyboard dan mouse, lengkap dengan pilihan untuk rebind kekunci mengikut keselesaan. Namun, susunan kawalan lalai untuk KBM ini terasa kurang intuitif.

Ia sebenarnya lebih baik berbanding kebanyakan port game aksi lain di PC (semua butang penting memang berada dalam jangkauan jari) tetapi beberapa tindakan utama terasa janggal. Contohnya, butang CTRL digunakan untuk membidik jarak jauh.

Sebagai pemain PC, itu bukan posisi yang biasa, dan saya sendiri mengalami kekejangan jari kelingking sewaktu Boss Battle yang memerlukan saya membidik dengan kerap.

Tindakan seperti Blink dan Repulse Dodge juga agak kekok kerana perlu menekan gabungan arah + SHIFT atau butang Dodge, yang membuatkan pergerakan terasa tidak selesa. Parry pula diletakkan kepada butang E, yang agak kekok untuk diakses pantas.

Saya faham klik kanan tidak boleh digunakan kerana sudah diisi dengan Heavy Attack yang memerlukan aksi Hold, jadi mahu atau tidak, parry perlu menggunakan butang berasingan.

Kredit: Shift Up

Masalah kawalan ini menjadi lebih ketara kerana kawalan pergerakan dalam Stellar Blade sendiri tidak begitu tepat, terasa sedikit ‘melayang’.

Ketika melakukan platforming contohnya, ada kalanya watak terlepas sasaran, apatah lagi bila menggunakan keyboard yang hanya ada input tekan atau tidak tekan (digital), berbanding joystick yang boleh melaras tekanan pergerakan. Bila melompat ke platform kecil, memang mudah untuk tersasar.

Kredit: Shift Up

Jujurnya, saya tidak sarankan bermain game ini sepenuhnya dengan keyboard dan mouse. Ini adalah masalah biasa bagi kebanyakan game aksi third person yang asalnya dibangunkan untuk konsol. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dengan banyak game seumpamanya, kawalan KBM memang jarang memuaskan sepenuhnya.

Cara paling mudah? Sambungkan controller dan main seperti biasa, pengalaman bermain akan jadi jauh lebih selesa.

Kredit: Shift Up

Mungkin kedengaran seperti saya terlalu cerewet, tapi sebenarnya ia tidaklah seteruk mana. Kalau anda sanggup ambil masa untuk biasakan diri atau meluangkan sedikit masa untuk rebind kekunci kepada sesuatu yang lebih sesuai, anda masih boleh bermain dengan keyboard dan mouse.

Namun begitu, secara jujurnya kawalan lalai memang kurang mesra. Pendek kata, ia berfungsi, tetapi tidak memberikan pengalaman terbaik. Controller tetap pilihan utama.

DualSense Jadi Pilihan Utama

Bila bercakap soal kawalan, inilah masa paling sesuai untuk menyentuh tentang penggunaan controller. Terus terang, tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa DualSense milik PlayStation adalah pilihan terbaik untuk menikmati Stellar Blade sepenuhnya.

Menariknya, sokongan untuk Haptic Feedback dan Adaptive Trigger juga dibawa ke versi PC — kalau anda ada DualSense, memang sangat berbaloi digunakan. Ia benar-benar meningkatkan pengalaman bermain.

Setiap interaksi terasa hidup di hujung jari: dari bunyi geseran logam apabila anda menggerakkan objek berat, getaran setiap kali serangan pedang anda mengenai musuh, hinggalah ke detik merasai getaran perfect parry terus di telapak tangan.

Kredit: Shift Up

Tambahan pula, pembesar suara dalam DualSense menambah lagi suasana, terutama ketika mengaktifkan Beta Energy — seolah-olah anda sendiri yang menggenggam tenaga tersebut.

Kredit: Shift Up

Serangan jarak jauh dalam Stellar Blade turut mengambil kesempatan penuh terhadap Adaptive Trigger. Untuk senjata jenis pantas, pemicu akan bergetar pantas seiring dengan tembakan.

Jika menggunakan senjata bercas pula, anda akan rasa ada rintangan pada butang, membuatkan anda benar-benar terasa seperti sedang ‘menahan’ tembakan sebelum dilepaskan. Semua elemen ini menjadikan setiap aksi terasa lebih memuaskan.

Pendek kata, jika anda ada DualSense: gunakannya. Ia memang cara terbaik untuk menikmati Stellar Blade.

Pendapat

Secara keseluruhan, Stellar Blade di PC merupakan sebuah port yang mantap dan memuaskan dari segi prestasi serta visual. Kualiti grafiknya memang tajam dan sangat terperinci, terutama sekali pada tekstur pakaian EVE yang kelihatan lebih hidup berbanding versi konsol.

Sokongan DLSS 4 pula membantu meningkatkan prestasi tanpa memberikan kesan ketara pada kualiti visual. Jika anda mahukan pengalaman bermain dengan FPS lebih tinggi dan menggunakan kad grafik RTX siri 40 atau 50, fungsi Frame Generation boleh diaktifkan untuk menambah bilangan bingkai secara signifikan.

Kredit: Shift Up

Namun begitu, masih ada sedikit kekurangan. Microstutter memang wujud. Jarang berlaku dan tidak sampai tahap mengganggu pengalaman, tetapi tetap terasa sesekali.

Selain itu, game ini juga akan menyusun semula shader compilation setiap kali anda melancarkannya, walaupun anda sudah pernah lakukan sebelum ini, menyebabkan waktu loading sedikit lebih lama daripada biasa.

Kredit: Shift Up

Dari segi kawalan, walaupun Stellar Blade menyokong sepenuhnya keyboard dan mouse lengkap dengan fungsi rebind, susunan kawalan lalai tidak begitu mesra pengguna.

Membidik menggunakan CTRL terasa janggal, kombinasi butang untuk tindakan khas kurang selesa, dan masalah input pergerakan WASD yang terasa ‘melayang’ menjadikan segmen platforming agak mencabar untuk dikawal tepat. Sebab itu, kami sangat menyarankan untuk bermain menggunakan controller.

Ini sememangnya sebuah game yang dibangunkan dengan controller sebagai fokus utama. Dan jika anda ada DualSense, pengalaman bermain akan jadi lebih imersif dengan sokongan haptic feedback serta adaptive trigger.

Kredit: Shift Up

Stellar Blade kini boleh didapati di PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman web rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Stellar Blade (PC)

9 Score

Stellar Blade di PC menawarkan port yang mantap dengan visual tajam dan terperinci, terutama pada tekstur pakaian EVE, ditambah sokongan DLSS 4 yang meningkatkan prestasi tanpa mengorbankan kualiti, malah fungsi Frame Generation untuk kad RTX siri 40 atau 50 memberikan FPS tambahan yang ketara. Namun, sesekali microstutter dan kompilasi shader berulang semasa pelancaran sedikit mengganggu, walaupun tidak merosakkan pengalaman. Kawalan mouse dan keyboard kurang intuitif dengan pergerakan terapung yang menyukarkan platforming, menjadikan controller, terutama DualSense dengan haptic feedback dan adaptive trigger, pilihan terbaik untuk pengalaman imersif dan selesa.

PROS

  • Port PC yang solid tanpa isu pepijat atau prestasi utama
  • Prestasi purata yang sangat baik di PC
  • Visual yang sangat cantik di PC
  • DLSS 4 meningkatkan prestasi tanpa menjejaskan kualiti visual secara ketara
  • Sokongan penuh keyboard dan mouse dengan pilihan rebind untuk kebebasan yang lebih besar
  • Sokongan untuk haptic feedback dan adaptive trigger DualSense

CONS

  • Microstutter sekali-sekala dan kompilasi shader yang berulang semasa pelancaran agak menjengkelkan, harapnya boleh diperbaiki melalui patch
  • Kawalan keyboard dan mouse lalai terasa tidak intuitif, dengan pergerakan terapung, menjadikan controller sangat diperlukan

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: PCStellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Onimusha: Way of the Sword – Pandangan Intim Terhadap Protagonis Musashi & Sistem Combat!

Next Post

MSI Tambah Laptop RTX 5060/5070 Baharu Untuk Model Crosshair & Katana – Kini Di Pasaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!
Temuramah

Interviu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Di Sebalik Tabir Mencipta Roguelite Mitologi Jepun!

June 12, 2025
Previu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Cubaan Roguelite Kreatif Berlatar Budaya Jepun!
Preview

Previu Towa and the Guardians of the Sacred Tree – Cubaan Roguelite Kreatif Berlatar Budaya Jepun!

June 12, 2025
Reviu F1 25 – Kesilapan Tahun Lepas Tidak Terulang!
Review

Reviu F1 25 – Kesilapan Tahun Lepas Tidak Terulang!

Next Post
MSI Tambah Laptop RTX 5060/5070 Baharu Untuk Model Crosshair & Katana – Kini Di Pasaran!

MSI Tambah Laptop RTX 5060/5070 Baharu Untuk Model Crosshair & Katana - Kini Di Pasaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd