Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Predator Helios Neo 14 – Gaming Tapi Masih Mudah Alih!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Reviu Predator Helios Neo 14 – Gaming Tapi Masih Mudah Alih!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Mei tahun ini, Acer telah memperkenalkan tambahan terbaharu kepada barisan gaming mereka dengan Predator Helios Neo 14 baharu – yang sepatutnya memberi prestasi berkuasa dalam faktor mudah alih paling nipis.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra terkini, yang membuka pengalaman AI pada PC dan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak lagi semasa ‘bermain’ atau ‘mencipta’.

Kini selepas beberapa bulan, akhirnya Predator Helios Neo 14 (PHN14-51) sampai ke tangan kami. Jika ingin tahu peranti ini cukup handal atau tidak, teruskan membaca reviu ini.

Reka Bentuk

Kredit: Digital Braves

Sekilas pandang, Predator Helios Neo 14 (model PHN14-51) ternyata lebih nipis dan lebih padat berbanding dengan versi 16” dan 18” dalam barisan Helios, tetapi mempunyai reka bentuk sendiri yang bergaya, dan sesuai mengikut tema mudah alih.

Secara am, peranti ini memang menekankan gaya laptop gaming, dengan badan yang menampilkan skema warna hitam dan logo Predator di bahagian belakang. Logo Predator tadi pula diserlahkan oleh enam lampu LED apabila laptop dihidupkan, dan akan memaparkan logo Predator klasik apabila dimatikan.

Kredit: Digital Braves

Walau bagaimanapun, permukaannya terdedah kepada cap jari dan comot-comot, lantas memerlukan kita membersihkan laptop dengan kerap untuk mengekalkan rupa kemas itu.

Dengan berat 1.9 kg, ia sedikit lebih berat daripada laptop lain, tetapi sebenarnya masih dianggap ringan dalam kategori laptop gaming. Ini membuatkan laptop ini masih relevan untuk digunakan dalam pelbagai situasi.

Daripada segi I/O, laptop ini menawarkan pelbagai jenis port untuk memenuhi keperluan sambungan yang pelbagai. Ia dilengkapi dengan 2x port USB, 2x slot kad MicroSD, 1x bicu audio/mikrofon 3.5mm, 1x port HDMI 2.1 dan 2x port Thunderbolt 4. Selain itu, laptop ini menyokong teknologi Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2, yang memberi sambungan wayarles pantas dan stabil.

Keyboard dan Touchpad

Kredit: Digital Braves

Predator Helios Neo 14 mempunyai backlit keyboard tiga zon RGB, yang menjelmakan suasana gaming tipikal. Daripada pengalaman memakai, keyboard pun terasa cukup baik, dengan ‘actuation force’ yang rendah pada setiap kekunci, sesuai untuk sesi menaip dan bermain yang panjang. Untuk mengakses ciri AI dengan cepat, anda boleh menekan butang shortcut Copilot di sisi kanan bawah.

Kredit: Digital Braves

Ke bahagian Touchpad, ia terletak sedikit ke bawah kanan spacebar, dan cukup besar, dan responsif. Sebagai tambahan, ada butang khas untuk membuka aplikasi PredatorSense, yang membolehkan pengguna memantau dan melaraskan prestasi laptop termasuk mengubah kelajuan kipas, melihat suhu sistem dan menukar efek pencahayaan RGB di keyboard.

Paparan, Audio dan Bateri

Kredit: Digital Braves

Predator Helios Neo 14 menampilkan paparan QHD 14″ dengan resolusi 3072 x 1920. Skrin ini bukan sahaja menawarkan resolusi tinggi tetapi juga menyokong gamut warna 100% sRGB, untuk memberikan warna lebih realistik. Refresh rate pun tinggi dan mampu cecah sehingga 165Hz untuk memastikan visual game yang lancar.

Cuma, bahagian audio tidaklah begitu memberangsangkan. Walaupun pembesar suara stereo menyampai bunyi yang dengan agak kuat, ia tidak cukup tulen atau berkualiti seperti mendengar audio di headset.

Kredit: Digital Braves

Ke soal bateri, bateri 76Wh di dalam menyediakan kira-kira 6 jam penggunaan dalam keadaan normal, bergantung pada cara penggunaan. Untuk memastikan operasi yang stabil di bawah urusan intensif, laptop ini menggunakan kipas 3D AeroBlade Gen 5 dan teknologi liquid metal thermal.

Namun, badan masih boleh menjadi agak panas semasa bermain game, terutamanya di kawasan yang sering kita rehatkan tangan, jadi hati-hati.

Ujian Prestasi dan Nilai Gaming

Predator Helios Neo 14 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 185H yang mantap dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, digandingkan dengan memori sehingga 32GB DDR5 dan storan 1TB PCIe NVMe SSD.

Dalam ujian 3DMARK, Predator Helios Neo 14 mencapai skor 5,135, dengan puncak 5,498, dan skor purata 4,883. Ia mencatat skor 4,978 yang mengagumkan dalam ujian beban grafik, manakala ujian CPU mendapat skor 6,261.

Kredit: Digital Braves

Dalam ujian PCMARK 10, ia menerima skor tinggi iaitu 7,578.

Kredit: Digital Braves

Dalam ujian Cinebench (multi-core), laptop mencatat skor 19,238, dan skor 584 untuk ujian (single-core).

Kredit: Digital Braves

Apabila diuji dalam gaming, Helios Neo 14 berprestasi cemerlang dalam tetapan grafik Medium. Elden Ring berjalan dengan cukup lancar semasa adegan pertempuran, dengan refresh rate stabil pada 60-70 FPS.

Granblue Fantasy: Relink pun sangat lancar pada tetapan grafik Medium, dan mampu mengekalkan refresh rate 120 FPS yang lancar semasa eksplorasi dan pertempuran. Untuk “Call Of Duty,” game ini berjalan pada 100-120 FPS, juga dalam tetapan Medium, menawarkan pengalaman shooter tanpa lag.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan, Predator Helios Neo 14, dengan konfigurasi dalaman yang canggih dan paparan berkualiti tinggi, adalah antara laptop gaming paling bagus di pasaran setakat ini.

Sama ada untuk hal gaming atau kerja, ia menawarkan prestasi dan pengalaman pengguna yang luar biasa, dan jika anda sedang mencari laptop yang memenuhi keperluan-keperluan berikut, Predator Helios Neo 14 pasti adalah pilihan yang tidak boleh dilepaskan.

Tetapi, hakikatnya ia tidaklah 100%. Beberapa isu masih ditemui seperti isu kepanasan di badan, audio yang kurang memuaskan dan sebagainya. Jika anda masih berminat, Predator Helios Neo 14 kini dijual pada harga bermula RM7,799, dan boleh dibeli melalui Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Predator Helios Neo 14reviu
ShareTweetSend
Previous Post

Alami Saga Saiyan & Namek Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Next Post

Reviu Predator Triton Neo 16 – Campuran Prestasi, Cekap & Kuasa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Reviu Predator Triton Neo 16 – Campuran Prestasi, Cekap & Kuasa

Reviu Predator Triton Neo 16 - Campuran Prestasi, Cekap & Kuasa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd