Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Nafas Baharu Kepada Sebuah Aksi Samurai Klasik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2025
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, Remastered, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Reviu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Nafas Baharu Kepada Sebuah Aksi Samurai Klasik
Share on FacebookShare on Twitter

Reviu ini mengupas mengapa Onimusha 2: Samurai’s Destiny Remastered — sebuah klasik dari era PS2 — masih mampu memikat dalam versi terbaharunya.

Dengan anggaran sekitar 8 jam untuk menamatkan jalan cerita utama, dan sehingga 10 jam jika termasuk mini-game serta kandungan tambahan, remaster ini menawarkan pengembaraan samurai yang ringkas tetapi penuh aksi.

Bagi peminat lama seperti saya, penambahbaikan dari segi visual dan kualiti pengalaman bermain menjadikan ia satu perjalanan nostalgia yang sangat memuaskan. Manakala untuk pemain baharu, versi ini ialah titik mula yang ideal untuk mengenali siri ini tanpa mengorbankan rasa asli dan identiti klasiknya dari tahun 2002.

Jadi, tanpa berlengah lagi, ini reviu kami.

Misi Dendam Seorang Samurai

Dalam Onimusha 2, anda menggalas peranan sebagai Jubei Yagyu, seorang samurai hebat yang pulang ke kampung halaman hanya untuk mendapati ia telah musnah dan penduduknya dibunuh oleh makhluk jahat. Semasa menyiasat kehancuran itu, Jubei terdengar suara misteri yang membawanya ke sebuah gua tersembunyi.

Di situ, dia bertemu dengan Takajo — seorang wanita pelik namun anggun yang pada mulanya disangka musuh, tetapi sebenarnya berasal dari kaum kuno Oni yang telah hampir pupus akibat serangan makhluk Genma.

Kredit: Capcom

Takajo menganugerahkan kuasa kepada Jubei untuk menyerap roh Genma dan memberitahunya bahawa dalang di sebalik serangan kejam itu adalah Nobunaga Oda. Dipacu rasa dendam, Jubei pun memulakan perjalanannya untuk menjadi seorang Onimusha dan menumbangkan Nobunaga.

Namun, perjalanannya penuh rintangan — dia harus menewaskan panglima-panglima kuat seperti Ginghamphatts yang buas, Jujudormah yang penuh muslihat, serta Gogandantess, pendekar sombong yang mendakwa dirinya sebagai pahlawan terhebat sepanjang zaman.

Kredit: Capcom

Nasib baik, Jubei tidak keseorangan. Sepanjang pengembaraannya, dia akan bertemu empat watak penting yang boleh menjadi sekutunya: Oyu, pahlawan wanita yang berani dan berhati mulia; Ekei Ankokuji, sami kasar tetapi setia; Kotarō Fūma, ninja muda yang tangkas; dan Magoichi Saiga, penembak yang tenang dan bijaksana.

Hubungan yang Membentuk Jalan Cerita

Salah satu aspek paling menarik dalam Onimusha 2 ialah cara cerita boleh berubah dengan ketara bergantung pada interaksi anda dengan empat watak sokongan utama: Oyu, Ekei, Kotarō dan Magoichi.

Sepanjang permainan, setiap pilihan (sama ada memberi hadiah, memilih dialog tertentu, atau menyelesaikan misi berkait) akan mempengaruhi sejauh mana hubungan mereka dengan Jubei terjalin. Sistem ini bukan sekadar hiasan; ia benar-benar memberi impak besar terhadap cara cerita bergerak dari satu bab ke bab yang lain.

Kredit: Capcom

Terdapat lebih kurang 100 acara unik berkaitan watak yang boleh muncul bergantung kepada siapa yang anda dekati. Walaupun pengakhiran utama tetap sama, cara anda sampai ke situ boleh berubah sepenuhnya setiap kali bermain.

Siapa yang menyertai Jubei dalam momen penting, siapa yang muncul dalam babak sinematik, dan siapa yang menawarkan bantuan semasa pertempuran: semuanya ditentukan oleh ikatan yang anda bina.

Kredit: Capcom

Contohnya, dalam satu sesi permainan, Oyu mungkin menjadi sekutu rapat yang menyokong anda ketika bertarung dengan bos utama. Namun dalam jalan cerita lain, dia mungkin hanya muncul seketika, manakala Kotarō pula memainkan peranan lebih besar.

Perubahan ini tidak hanya melibatkan dialog, tetapi turut mempengaruhi kehadiran dalam babak penting, interaksi semasa bertarung, dan emosi yang terjalin di antara watak.

Kredit: Capcom

Untuk game dari tahun 2002, pendekatan ini sangat ke hadapan, menawarkan pengalaman naratif yang peribadi dan penuh variasi.

Dalam versi remaster ini, pengalaman itu diperkemaskan lagi dengan keupayaan untuk melangkau cutscene yang sudah ditonton, membolehkan anda memberi tumpuan kepada laluan hubungan baharu dan menikmati babak eksklusif tambahan yang memperkaya cerita keseluruhan.

Evolusi Sistem Combat Onimusha 2

Salah satu elemen paling dikenali dalam Onimusha 2 ialah sistem combatnya, khususnya mekanik Critical — serangan balas yang memerlukan ketepatan masa, lalu memberi kepuasan maksimum apabila berjaya.

Serangan ini bukan sahaja kelihatan bergaya dengan kesan kilatan dramatik, tetapi juga memberikan rasa puas yang sama hebat walaupun bertahun telah berlalu.

Kredit: Capcom

Versi remaster memperkenalkan pelbagai penambahbaikan tanpa mengorbankan keaslian gameplay. Antara perubahan paling ketara ialah pilihan tahap kesukaran yang kini boleh dipilih sejak awal permainan.

Jika dalam versi PS2 anda perlu mati empat kali untuk membuka mod Easy, kini pemain boleh terus memilih antara Easy, Normal, Hard, Critical (di mana setiap musuh perlu ditewaskan dengan serangan balas), serta mod baharu Hell yang ekstrem — satu sentuhan maut sudah cukup untuk menamatkan riwayat anda.

Sesuai untuk mereka yang benar-benar mahukan cabaran.

Kredit: Capcom

Bagi mengimbangi tahap kesukaran ini, sistem auto-save turut diperkenalkan. Ia sangat membantu terutamanya ketika menghadapi pertarungan bos, kerana anda akan bermula semula betul-betul sebelum pertarungan, tanpa perlu mengulangi perjalanan jauh dari save point sebelumnya.

Kredit: Capcom

Satu lagi peningkatan yang tampak kecil tetapi sangat signifikan ialah sistem weapon shortcut. Dalam versi asal, menukar senjata memerlukan anda menjeda permainan. Kini, anda hanya perlu tahan butang L2 dan tekan kiri atau kanan pada D-pad untuk bertukar antara senjata jarak dekat, atau terus ke senjata jarak jauh.

Penambahbaikan ini menjadikan aksi lebih lancar, responsif, dan memberikan kelebihan semasa pertempuran sengit, terutamanya apabila dikepung musuh atau cuba mencari peluang untuk melakukan serangan balas.

Gabungan Gaya Klasik dan Sentuhan Moden

Dari sudut visual, inilah aspek di mana versi remaster Onimusha 2 benar-benar menunjukkan peningkatannya. Model watak, kesan visual, cutscene CG, latar belakang, UI, dan font semuanya telah dikemas kini ke resolusi tinggi.

Hasilnya ialah persembahan visual yang jauh lebih bersih, tajam, dan moden, namun masih mengekalkan identiti seni asal yang menjadikannya begitu ikonik.

Kredit: Capcom

Bagi mereka yang menghargai elemen retro, terdapat pilihan untuk bertukar antara nisbah paparan 16:9 moden atau 4:3 klasik pada bila-bila masa, satu ciri nostalgia yang pasti disukai oleh peminat setia siri ini.

Kredit: Capcom

Walaupun begitu, beberapa kekangan asal masih kekal, terutama sudut kamera statik. Ada ketikanya musuh muncul di luar bingkai atau menghalang pandangan pemain, tetapi kekurangan ini juga menjadi sebahagian daripada pesona dan cabaran gameplay klasik.

Ia mungkin tidak sempurna, namun ia mengekalkan rasa autentik yang menghormati versi asal.

Mini-Game Seronok di Sebalik Kisah Utama

Dalam versi remaster ini, ketiga-tiga mini-game kini boleh diakses sejak awal permainan, memberikan lebih banyak variasi kepada pengalaman pemain tanpa perlu menamatkan jalan cerita terlebih dahulu.

Kredit: Capcom

The Men in Black menampilkan anda dalam sut hitam bergaya, diinspirasikan daripada watak Yusaku Matsuda. Dalam masa 5 minit, anda perlu melarikan diri dari sebuah kampung tanpa membunuh sesiapa: hanya menumbuk musuh untuk menjauhkan mereka dan mengumpul gulungan filem.

Jika berjaya, anda akan dihadiahkan dengan cutscene bonus yang menghiburkan.

Kredit: Capcom

Team Oni pula memperkenalkan cabaran gaya roguelike, di mana anda memilih salah satu watak utama dan bertarung melalui pelbagai peringkat. Nyawa anda akan berkurangan dari semasa ke semasa, jadi game ini memerlukan keputusan pantas dan strategi yang bijak untuk bertahan lebih lama.

Kredit: Capcom

Akhir sekali, Puzzle Phantom Realm merupakan versi lebih mencabar bagi teka-teki peti original dalam permainan utama. Menyelesaikan setiap tahap akan membuka galeri seni: sesuatu yang pasti menggembirakan pemain yang gemar mengumpul dan melengkapkan semua kandungan dalam game.

Ketiga-tiga mini-game ini bukan sahaja memberi rehat daripada aksi utama, tetapi juga menambah nilai hiburan dan variasi, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih menarik dan seimbang.

Pendapat

Onimusha 2 Remastered merupakan satu “kemas kini” yang dilakukan dengan penuh hormat dan kepekaan terhadap karya asalnya.

Ia tidak mengubah teras gameplay secara drastik, sebaliknya memperbaiki kelemahan lama untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar dan menyeronokkan: baik untuk pemain lama mahupun mereka yang baru mengenali siri ini.

Kredit: Capcom

Daripada pilihan tahap kesukaran baharu, sistem pertukaran senjata yang lebih pantas, hinggalah kepada nilai ulangan yang tinggi hasil interaksi dinamik antara watak dan mini-game tambahan, ada banyak sebab untuk kembali menyelami dunia penuh aksi ini.

Sama ada anda peminat game aksi bertemakan samurai, pengikut setia judul klasik Capcom, atau hanya ingin merasai salah satu pengalaman paling bergaya dari era PS2, versi remaster ini sememangnya layak diberi peluang.

Kredit: Capcom

Game ini boleh didapati pada PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC (Steam) pada 23 Mei 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Onimusha 2: Samurai's Destiny

8.5 Score

Onimusha 2 Remastered memperbaharui karya original, mengekalkan teras gameplay sambil memperbaiki kelemahan untuk pengalaman lebih lancar. Dengan tahap kesukaran baru, pertukaran senjata pantas, dan interaksi dinamik serta mini game tambahan, ia menawarkan nilai ulangan tinggi. Sesuai untuk peminat game aksi samurai, pengikut Capcom, atau peminat era PS2, remaster ini wajib dicuba.

PROS

  • Sangat fleksibel kerana menyokong nisbah aspek 16:9 dan 4:3
  • Ciri baharu seperti pertukaran senjata pantas, pilihan kesukaran yang pelbagai, dan sistem aut-save menjadikan gameplay lebih lancar dan mesra pemain.
  • Ciri untuk melangkau cutscene memudahkan pemain meneroka laluan berbeza dan melengkapkan perkembangan watak
  • Mod cabaran baharu yang ekstrem bagi pemain tegar di mana setiap serangan musuh adalah maut dan menguji tahap kemahiran anda sepenuhnya

CONS

  • Beberapa elemen seperti teka-teki dan mekanik gameplay mungkin terasa lapuk atau menyusahkan bagi pemain moden
  • Masalah kamera lama masih wujud, seperti musuh yang keluar dari bingkai atau menutupi pandangan

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Onimusha 2: Samurai’s Destinyreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Blades of Fire – Sebuah Blacksmith Soulslike Yang Cuba ‘Tempa’ Jalan Sendiri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Blades of Fire – Sebuah Blacksmith Soulslike Yang Cuba ‘Tempa’ Jalan Sendiri
Review

Reviu Blades of Fire – Sebuah Blacksmith Soulslike Yang Cuba ‘Tempa’ Jalan Sendiri

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
Game Baharu Hideo Kojima, Physint, Hanya Akan Tiba Sekitar 2030-an
Berita

Game Baharu Hideo Kojima, Physint, Hanya Akan Tiba Sekitar 2030-an

May 20, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd