Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Nacon Revolution 5 Pro Controller – Boleh Manfaatkan Semua Playstyle!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Reviu Nacon Revolution 5 Pro Controller – Boleh Manfaatkan Semua Playstyle!
Share on FacebookShare on Twitter

Nacon Revolution 5 Pro Controller ialah controller PlayStation dan PC, yang didakwa menawarkan ciri revolusi untuk meningkatkan ketepatan dan prestasi gaming segala pemain. Mempunyai joystick dan trigger dengan teknologi Hall Effect magnetik, ia juga menawarkan kebebasan unggul dalam pilihan customization.

Berharga RM1199, bakal pembeli mungkin tertanya-tanya sama ada pelaburan itu berbaloi atau tidak. Jadi, dalam reviu ini, kami akan menganalisis ciri-ciri Nacon Revolution 5 Pro Controller untuk melihat sama ada ia sesuai dengan gaya permainan anda.

Kualiti Reka Bentuk dan Binaan

Kredit: Digital Braves

Walaupun direka untuk PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC, Nacon Revolution 5 Pro Controller menampilkan susun atur joystick asimetri serupa dengan controller Xbox, yang sesetengah pengguna mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri jika mereka terbiasa dengan DualSense milik PlayStation.

Berkenaan butang, controller dilengkapi dengan genggaman bergetah yang memberikan keselesaan dan pegangan yang selamat. Cengkaman lebih tebal dan lebih pendek sedikit daripada yang ada pada DualSense standard, yang meningkatkan keselesaan semasa sesi gaming yang panjang.

Kredit: Digital Braves

Kemasan matte pada controller terasa premium tetapi malangnya menunjukkan cap jari, yang mungkin agak menjengkelkan bagi sesetengah pengguna.

Teknologi Hall Effect dalam joystick dan trigger mengurangkan risiko “stick drift”, isu biasa dalam kebanyakan controller standard. Controller ini juga dilengkapi dengan D-pad bulat, yang agak kekok dan sukar untuk digunakan. Walau bagaimanapun, ia juga termasuk D-pad berbentuk silang optional yang lebih mesra pengguna.

Pilihan Customization

Kredit: Digital Braves

Bahagian belakang controller menampilkan empat butang shortcut yang boleh customize dengan tindakan yang berbeza, untuk meningkatkan kecekapan gameplay. Kami boleh bertukar secara manual kepada Advanced Mode untuk mengaktifkan butang belakang.

Kami mencuba beberapa game untuk menguji Nacon Revolution 5 Pro, termasuk Elden Ring dan FC24. Saya mendapati bahawa butang shortcut amat sesuai untuk game dengan kawalan yang kompleks, seperti Elden Ring.

Kredit: Digital Braves

Biasanya, apabila menggunakan DualSense, tangan kanan saya sentiasa sibuk, jadi susah untuk saya melaraskan kamera.

Walau bagaimanapun, dengan butang belakang Nacon yang boleh disesuaikan, saya boleh menggunakan joystick kanan untuk melaraskan kamera dan pada masa yang sama menggunakan jari untuk menekan butang belakang, membolehkan saya melakukan dua tindakan dengan mudah.

Kredit: Digital Braves

Untuk hal sensitiviti, ini mempunyai kedua-dua kelebihan dan kekurangan, kerana disebabkan sensitiviti yang tinggi, butang belakang agak mudah ditekan secara tidak sengaja. Ini boleh menyebabkan tindakan yang tidak diingini. Untuk game yang lebih mudah seperti platformer, butang belakang terasa agak berlebihan kerana ia tidak memerlukan operasi yang rumit.

Controller boleh diubah suai lagi dengan aplikasi customization Nacon, yang tersedia untuk PC dan Mac (dan tidak lama lagi untuk mobile), membolehkan pengguna melaraskan dead zone untuk joystick dan trigger, menukar warna lampu LED dan memilih profil audio berbeza.

Kredit: Digital Braves

Tahap customization ini membantu pengguna “membina” controller mengikut keperluan khusus pengguna.

Ciri Utama Lain

Kredit: Digital Braves

Salah satu ciri unik Nacon Revolution 5 Pro ialah keupayaannya untuk berpasangan terus dengan headset Bluetooth, ciri yang tidak biasa ditemui dalam controller lain.

Ia juga termasuk sistem berat boleh laras, membolehkan pengguna menambah atau mengeluarkan pemberat untuk mencapai berat yang diingini. Ciri ini amat bermanfaat bagi mereka yang lebih suka rasa yang lebih berat atau ringan bergantung pada keselesaan mereka.

Prestasi

Kredit: Digital Braves

Kami mendapati prestasi The Nacon Revolution 5 Pro patut dipuji, terutamanya dalam FPS dan third-person shooter. Trigger boleh laras dan joystick boleh ubah suai memberikan ketepatan dan kawalan yang dipertingkatkan.

Controller dilengkapi dengan profil berbeza yang boleh ditukar bergantung pada game, yang mengubah sensitiviti joystick untuk ketepatan yang dipertingkatkan berdasarkan genre game.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan, Nacon Revolution 5 Pro ialah controller solid dan customizable. yang menonjol kerana pilihan yang luas dan kualiti premiumnya.

Walaupun menawarkan kelebihan ketara dari segi customization dan reka bentuk, harga yang tinggi mungkin menjadikannya kurang menarik berbanding pilihan lain seperti DualSense Edge. Bagi pengguna yang mencari pengalaman gaming customizable dan berkualiti tinggi, controller ini patut dipertimbangkan.

Berharga RM1199, Nacon Revolution 5 Pro boleh dibeli online melalui Tiny Robot atau UnityGame.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nacon Revolution 5 Pro Controllerreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Nacon Daija Arcade Stick – Untuk Peminat Yang Suka Custom Pengalaman Fighting Sendiri

Next Post

“Ingin Acer Menjadi Gaya Hidup, Bukan Sekadar IT & PC” – Q&A Bersama Andrew Hou, Presiden Acer Asia Pasifik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Ingin Acer Menjadi Gaya Hidup, Bukan Sekadar IT & PC” – Q&A Bersama Andrew Hou, Presiden Acer Asia Pasifik

"Ingin Acer Menjadi Gaya Hidup, Bukan Sekadar IT & PC" - Q&A Bersama Andrew Hou, Presiden Acer Asia Pasifik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd