Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2025
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, Review, RPG, Steam
0 0
0
Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap sedialah para peminat Gundam, kerana Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered akhirnya kembali untuk membakar semula semangat anda terhadap pertempuran mecha penuh aksi!

Pada asalnya sebuah judul eksklusif Jepun yang dilancarkan pada tahun 2012 untuk PlayStation Vita, versi remaster ini menghidupkan semula dunia ikonik Gundam SEED dengan visual yang dipertingkat dan gameplay yang lebih halus.

Sebagai pemain baharu yang ingin menyertai konflik epik antara Coordinator dan Natural, ulasan ini akan kupas kenapa versi remaster ini menjadi pilihan wajib untuk mana-mana peminat mecha yang dahagakan aksi dan rasa nostalgia.

Cerita Kurang Menonjol, Tapi Visual dan Nostalgia Jadi Tarikan

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Seperti kebanyakan game adaptasi anime yang lain, saya tidak meletakkan harapan tinggi dari segi penceritaan, dan sememangnya Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered tidak banyak menambah kepada naratif SEED dan Destiny.

Walaupun ia menawarkan tiga laluan cerita utama bergantung kepada pilihan faction — Earth Alliance Force, ZAFT, atau Archangel — kesemuanya tetap berakhir dengan konklusi yang serupa, tidak kira keputusan yang anda buat sepanjang permainan.

Malah, misi yang bercanggah dengan hasil asal dalam anime juga diselesaikan dengan pendekatan yang sama, menjadikan segala pilihan terasa tidak begitu bermakna.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini juga hampir tidak memberikan sebarang konteks naratif. Jika anda belum menonton anime, besar kemungkinan anda akan keliru, kerana game terus melemparkan anda ke dalam misi dengan sedikit sahaja teks sebagai pengenalan.

Tiada pembinaan naratif yang kukuh atau penjelasan untuk benar-benar memahami apa yang sedang berlaku. Lakonan suara juga tidak konsisten. Ada pelakon asal yang kembali, namun beberapa watak seperti Flay dan Miriallia langsung tidak disuarakan, menjadikan interaksi terasa hambar dan janggal.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walau begitu, ada juga daya tarikan tersendiri apabila melihat semula pertempuran ikonik dari sudut pandang yang berbeza. Walaupun hasil akhir cerita tidak boleh diubah, pengalaman menyaksikannya dalam bentuk game tetap memberi kelainan yang menyegarkan — sesuatu yang hanya game mampu tawarkan.

Beberapa elemen fanservice juga disampaikan dengan tepat, terutamanya pemilihan lagu-lagu daripada Gundam SEED dan Destiny yang mengiringi misi, menjadikan sesetengah babak terasa nostalgik seolah-olah anda kembali berada dalam anime itu sendiri.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dari segi persembahan, game ini memang kelihatan menarik. Saya sendiri tidak pernah bermain versi asalnya memandangkan ia eksklusif untuk pasaran Jepun, namun selepas melihat perbandingan secara visual, peningkatan grafik yang ditampilkan amat ketara: malah boleh dianggap hampir seperti sebuah remake.

Selain tekstur dan model 3D yang diperhalusi, saya menggemari kesan pencahayaan pada Mobile Suit yang kini tampak lebih bergaya dan menggerunkan berbanding versi asalnya.

Gameplay Solo yang Menghiburkan, Tapi Dihalang oleh AI Musuh yang Menjengkelkan

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sesetengah pemain mungkin mengharapkan game ini menyerupai Gundam Breakers, namun realitinya agak berbeza kerana ia lebih menumpukan kepada pengalaman singleplayer berbanding mod online.

Oleh itu, sistem gameplay serta keseimbangannya direka khas untuk menyokong permainan solo — dan saya rasa mereka berjaya melakukannya dengan baik. Ini tidak bermaksud game ini buruk; walaupun jelas menunjukkan usianya, ia masih menyeronokkan dengan tempo yang konsisten.

Game ini menawarkan pelbagai gaya pertarungan, manuver, serta EX Skill untuk diterokai.

Terdapat juga elemen seperti invincibility yang boleh dimanfaatkan untuk memperkuat serangan atau pertahanan (kadangkala terasa seperti ‘menipu’) tetapi ia masih seimbang kerana penggunaannya memerlukan banyak bar dan musuh tertentu sukar dikalahkan jika anda tidak bermain secara strategik.

Secara keseluruhan, gameplay-nya mudah difahami namun tetap menghiburkan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Namun, kelemahan terbesar datang daripada AI musuh yang sering menjadikan pertempuran sebagai ujian kesabaran.

Ada musuh yang gemar melakukan “bunny hopping” untuk mengelak serangan, sama ada serangan jarak dekat atau jauh, dan mereka begitu cekap sehingga perlawanan bukan lagi soal kemahiran, tetapi lebih kepada sejauh mana anda mampu mengejar mereka di sekitar peta.

Ia tidak begitu teruk jika dilakukan sekali-sekala, tetapi apabila ianya terlalu kerap, ia menjadi sangat menjengkelkan. Malah, terdapat bos dalam salah satu cerita utama yang benar-benar menonjolkan isu ini. Hampir semua serangan saya tidak mengena, walaupun dengan bantuan sistem lock-on yang sepatutnya tepat.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Perkara ini juga menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran dalam beberapa misi, di mana musuh boleh memberi damage yang sangat tinggi sehingga anda boleh tewas hanya dalam beberapa pukulan sahaja, tidak kira sekuat mana Mobile Suit anda.

Game ini sebenarnya menyediakan ciri “overtuning” untuk meningkatkan keupayaan Mobile Suit melebihi had biasa, tetapi fungsi ini hanya dibuka selepas anda tamatkan cerita utama. Pada tahap itu, ia terasa agak terlambat melainkan anda memang bercadang untuk terus bermain berulang kali.

Koleksi Mobile Suit yang Luas, Tapi Pilihan Customization Terhad

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Salah satu daya tarikan utama Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered ialah akses kepada lebih 100 Mobile Suit yang berbeza. Walaupun angka ini kedengaran mengagumkan, ia tidak menawarkan tahap kebebasan yang sama seperti siri Gundam Breaker.

Anda tidak benar-benar dapat menyesuaikan Mobile Suit mengikut cita rasa sendiri dari awal, sebaliknya game lebih menekankan kepada pertukaran antara pelbagai Mobile Suit dan juruterbang sambil meningkatkan statistik mereka.

Pendekatan ini bukan sahaja lebih terhad, tetapi turut mempengaruhi prestasi kerana sesetengah Mobile Suit jelas jauh lebih berkuasa berbanding yang lain.

Jadi, jika anda bercadang untuk menamatkan misi dengan menggunakan unit biasa, anda mungkin akan berdepan kesukaran kerana game secara tidak langsung menggalakkan anda untuk sentiasa mengejar unit yang lebih hebat.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walaupun masih boleh menggunakan Mobile Suit kelas rendah, anda mungkin tidak mampu mencapai S-Rank yang diperlukan untuk membuka lebih banyak Mobile Suit dan juruterbang baharu.

Namun begitu, pendekatan ini bukanlah sesuatu yang negatif sepenuhnya, kerana jelas ia adalah rekaan yang disengajakan untuk game ini: bagi memberikan pengalaman kemajuan yang lebih terarah dan mudah difahami.

Tapi jika anda mengharapkan sistem customization yang lebih mendalam dan fleksibel, maka game ini mungkin tidak akan memenuhi kehendak anda.

Reka Bentuk Misi Kurang Variasi, Tapi Masih Ada Potensi untuk Diulang Main

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Secara keseluruhan, variasi misi dalam game ini agak terhad, dengan kebanyakan objektif hanya berkisar kepada sama ada memusnahkan gelombang musuh atau mempertahankan sasaran penting. Misi pertahanan khususnya terasa agak membosankan.

Musuh akan terus menyasarkan objektif yang perlu anda lindungi, dan walaupun anda segera bergerak ke arah mereka, selalunya objek atau sekutu tersebut sudah kehilangan separuh daripada nyawa. Peringkat seperti ini lebih terasa seperti tugasan menjaga bayi.

Anda hanya perlu berdiri berhampiran objektif dan menghapuskan musuh satu demi satu secara perlahan. Tiada banyak strategi yang diperlukan, selagi anda bersabar.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Lebih mencabar lagi, setiap misi mempunyai had masa, jadi ruang untuk bereksperimen sangat terhad. Anda perlu fokus terus kepada objektif utama. Bahagian ini lebih menyerupai pengalaman arked klasik — cepat, ringkas, dan berulang.

Ia mudah menjadi membosankan, namun saya masih menghargai reka bentuk beberapa peringkat, terutama misi yang berlatarbelakangkan angkasa lepas yang memang seronok untuk diterokai.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dari segi kebolehmainan semula, terdapat Free Mode yang membolehkan anda mengulang semula misi dengan Mobile Suit berbeza. Walaupun misi yang ditawarkan sama sahaja tanpa perubahan besar, sekurang-kurangnya pilihan untuk bermain semula itu ada.

Di samping itu, terdapat beberapa misi cerita tambahan dan juga pilihan untuk melakukan overtuning pada Mobile Suit anda. Jadi masih ada kandungan tambahan untuk diteroka jika anda benar-benar menikmati gameplay-nya.

Pendapat

Walaupun ini bukanlah game Gundam yang ideal seperti yang biasa saya gemari, saya masih merasakan Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered ialah sebuah penghargaan yang cukup padu untuk peminat Gundam SEED, terutamanya dari segi skop kandungannya.

Namun begitu, aspek penceritaannya agak lemah (dengan perkembangan yang janggal serta kekurangan konteks) jadi adalah lebih baik jika anda menonton anime terlebih dahulu sebelum mencuba game ini.

Kelemahan pada sistem customization serta isu keseimbangan seperti AI musuh yang menjengkelkan juga sedikit mengecewakan, tetapi game ini tetap menyerlah dalam beberapa aspek lain seperti elemen fanservice dan koleksi Mobile Suit yang meluas untuk diteroka.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Secara keseluruhan, game ini adalah satu pengalaman yang bercampur-campur, namun masih mampu dinikmati oleh segelintir pemain… bergantung pada jangkaan masing-masing. Jangan harapkan game ini akan menyamai Gundam Breakers dari segi gaya atau mekanik, kerana pendekatannya berbeza.

Tambahan pula, game ini berfokus sepenuhnya kepada pengalaman solo tanpa sokongan Online Co-op, jadi itu juga sesuatu yang penting untuk anda ambil kira sebelum mencubanya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini tersedia di Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered

7.5 Score

Memang patut beli jika anda peminat siri Gundam SEED dan ingin mengalami adaptasi game yang agak baik untuknya atau game Gundam yang lebih mudah dengan fokus utama pada singleplayer. Anda tidak patut beli jika mengharapkan game Gundam yang lengkap dari hampir setiap aspek, terutamanya dari segi adaptasi cerita SEED sebaik anime sambil menyediakan customization mendalam dan online gameplay.

PROS

  • Skop kandungan keseluruhan agak solid dengan beberapa aspek kebolehmainan semula
  • Peningkatan drastik pada kualiti grafik
  • Gameplay mungkin terasa ketinggalan zaman tetapi masih menyeronokkan
  • Lebih daripada 100 Mobile Suit untuk dicuba yang datang dengan peningkatan yang ketara
  • Ada beberapa elemen fanservice untuk dinikmati oleh pencinta anime

CONS

  • Story mode yang sangat lemah dari hampir setiap aspek
  • Customization terhad selain penalaan prestasi, terutamanya apabila dibandingkan dengan Gundam Breakers
  • Beberapa isu keseimbangan seperti AI musuh dan inflasi damage

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remasteredreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd