Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Marvel’s Spider-Man 2 (PC) – Permulaan Bermasalah, Tapi Sekarang Bersinar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
Reviu Marvel’s Spider-Man 2 (PC) – Permulaan Bermasalah, Tapi Sekarang Bersinar!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Spider-Man 2 akhirnya tiba di PC, membawa pengalaman eksklusif PlayStation 5 kepada lebih ramai pemain. Dibangunkan oleh Insomniac Games dan dipindahkan ke PC oleh Nixxes Software dengan kerjasama Marvel Games dan PlayStation, versi ini hadir dengan penambahbaikan seperti grafik yang lebih tajam, tetapan yang boleh disesuaikan, serta prestasi yang lebih lancar.

Pemain sekali lagi akan mengawal Peter Parker dan Miles Morales, menikmati aksi web-slinging yang mendebarkan, pertempuran yang dinamik, serta jalan cerita yang penuh emosi—kini dengan kelebihan kuasa PC.

Namun, adakah port ini memenuhi jangkaan? Jom kita selami Marvel’s Spider-Man 2 di PC dan lihat sejauh mana kehebatannya.

Kali Ini Boleh Bermain Sebagai Dua Spider-Man

Dalam Marvel’s Spider-Man 2, kita kembali mengikuti kisah Peter Parker dan Miles Morales yang berusaha mengimbangi kehidupan harian dengan tanggungjawab sebagai adiwira. Peter kini bekerja sebagai guru fizik di Brooklyn Visions Academy, di mana Miles merupakan salah seorang pelajarnya.

Namun, kehidupan mereka terganggu apabila Sandman mengamuk di New York City, memaksa kedua-dua wira ini untuk bertindak dan mengembalikan keamanan. Kejadian ini kemudian mencetuskan peristiwa yang membawa ancaman baharu kepada kota itu.

Kredit: PlayStation

Ketika menyiasat kekacauan yang semakin meruncing, Peter dan Miles mendapati Kraven the Hunter telah tiba di New York, menjadikan bandar tersebut sebagai medan buruannya untuk individu berkebolehan luar biasa. Pada masa yang sama, sahabat lama Peter, Harry Osborn, kembali selepas lama menghilang, kini pulih daripada penyakit terminalnya.

Kehadiran semula Harry membawa sinar harapan tetapi juga komplikasi, lebih-lebih lagi apabila Peter bersatu dengan symbiote asing yang memperkasakan kemampuannya tetapi mula mempengaruhi tingkah laku dan hubungannya dengan orang sekeliling.

Kredit: PlayStation

Situasi memuncak apabila Peter bergelut dengan pengaruh symbiote, menyebabkan masalah antara dirinya dan Miles. Bersama, mereka perlu berdepan musuh yang lebih berbahaya, termasuk Harry yang telah berubah menjadi Venom dan mengancam untuk menenggelamkan bandar dalam kekacauan symbiote.

Sepanjang perjalanan ini, kedua-dua Spider-Men menghadapi cabaran peribadi dan mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain, berusaha melindungi orang tersayang serta kota yang telah mereka ikrar untuk pertahankan.

Kredit: PlayStation

Dari segi gameplay, Marvel’s Spider-Man 2 tidak membawa perubahan drastik, tetapi itu sebenarnya tidak perlu pun. Mekanik utama seperti aksi berayun di sekitar New York, pertempuran, dan penerokaan sudah di tahap terbaik.

Sekuel ini membina asas daripada game dahulu dengan menambah skil baharu, pelbagai sut, dan peta yang lebih luas untuk diterokai. Sensasi berayun di bandar masih terasa mengasyikkan, manakala sistem pertempuran kekal intuitif, dan menyeronokkan.

Kredit: PlayStation

Sistem dua protagonis adalah satu keputusan yang bijak. Bermain sebagai Peter dan Miles menjadikan pengalaman lebih segar, dengan keunikan kuasa masing-masing menambah kepelbagaian dalam gameplay. Sama ada menggunakan bio-elektrik Miles untuk mengejutkan musuh atau mengamuk dengan kuasa symbiote Peter, sentiasa ada sesuatu yang menarik untuk dicuba.

Pengalaman Versi PC

Kami bermain Marvel’s Spider-Man 2 di PC dengan spesifikasi berikut:

  • CPU: Ryzen 5 3600
  • RAM: 32GB @3600MHz
  • GPU: AMD Radeon RX 6800
  • Paparan: Monitor 1440p
Kredit: PlayStation

Pada awal pelancaran, port PC ini boleh dikatakan agak bermasalah. Kadar bingkai tidak konsisten, banyak gangguan grafik, dan prestasi keseluruhan terasa tidak dioptimumkan, walaupun pada sistem berkuasa tinggi. Sejujurnya, dengan spesifikasi PC saya, sepatutnya tiada masalah, tetapi realitinya game ini tidak stabil dan penuh dengan stuttering.

Nasib baik, Insomniac dan Nixxes Software pantas mengeluarkan kemas kini. Selepas beberapa patch, game kini berjalan lancar dengan tetapan Very High, termasuk ray tracing yang kelihatan sangat mengagumkan. Kadar bingkai menjadi lebih stabil, dan kualiti grafik kini setanding dengan versi PS5.

Kredit: PlayStation

Saya menguji permainan ini menggunakan tetapan Very High pada kad grafik AMD, dan berikut adalah kadar bingkai yang diperoleh:

  • Tanpa FSR: 61 FPS
  • FSR Quality: 68 FPS
  • FSR Balance: 70 FPS
  • FSR Ultra Performance: 73 FPS
  • FSR Quality + Frame Generation: 110 FPS

Prestasi Ray Tracing:

  • Ray Tracing Off: 63 FPS
  • Ray Tracing Very High: 59 FPS

Seperti biasa, FSR 3 dari AMD membantu meningkatkan kadar bingkai, tetapi perbezaannya tidak terlalu besar. Saya lebih cenderung menggunakan tetapan Quality, kerana Ultra Performance menjadikan grafik sedikit kabur. Walaupun begitu, Frame Generation benar-benar mengubah pengalaman jika anda mahukan lebih banyak FPS.

Satu perkara menarik yang saya perasan ialah game ini kini menyokong AMD Anti-Lag, sesuatu yang tidak ada dalam port Ghost of Tsushima dan Horizon Zero Dawn Remastered sebelum ini. Anti-Lag mengurangkan kelewatan input, sesuatu yang sangat berguna dalam gameplay pantas yang memerlukan reaksi segera.

Kredit: PlayStation

Dalam ujian peribadi, Marvel’s Spider-Man 2 berjalan lancar walaupun tanpa menggunakan kaedah upscaling seperti FSR. Dengan tetapan Very High, saya masih mendapat sekitar 60 FPS, lebih daripada mencukupi untuk sebuah game yang menekankan penceritaan.

Ini membuktikan bahawa port PC ini sangat dioptimumkan, kerana tidak bergantung sepenuhnya pada teknologi upscaling seperti kebanyakan game moden.

Kredit: PlayStation

Namun, masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. Saya mengalami stuttering sekali-sekala, terutamanya apabila beralih dari kawasan kurang sesak ke lokasi dengan lebih banyak elemen seperti orang ramai, objek interaktif, dan animasi kompleks seperti api.

Selain itu, masa pemprosesan shader untuk ray tracing agak lama ketika pertama kali diaktifkan. Walaupun isu ini kecil, saya harap ia akan diperbaiki dalam kemas kini seterusnya.

Sensasi Controller

Sejak awal lagi, kawalan dalam Marvel’s Spider-Man memang mantap, dan pencapaian itu diteruskan dalam Spider-Man 2. Walaupun Peter Parker dan Miles mempunyai gaya permainan yang berbeza, semuanya tetap dilaksanakan dengan sangat baik. Pada masa yang sama, bermain dengan mouse dan keyboard juga terasa sangat selesa.

Kredit: PlayStation

Pilihan butang secara lalai juga mudah digunakan dan terasa sangat optimal, seperti kebanyakan game yang dipindahkan dari PlayStation ke PC. Jadi, bagi sesiapa yang tidak mempunyai controller atau gamepad, jangan risau—pengalaman bermain masih terasa memuaskan.

Kredit: PlayStation

Namun, saya tetap lebih suka menggunakan DualSense. Ini kerana semua ciri hebat PS5 turut dibawa ke versi PC, seperti Haptic Feedback, Adaptive Trigger, dan juga bunyi daripada speaker dalam controller.

Semuanya diimplementasikan dengan sangat baik—anda boleh merasai getaran ketika mengangkat kereta, menumbuk musuh, meluncur di antara bangunan, atau menggunakan pelbagai skil. Tekanan dan maklum balas pada butang juga berubah mengikut aksi, menjadikan pengalaman lebih asyik.

Pendapat

Marvel’s Spider-Man 2 di PC menawarkan pengalaman yang luar biasa, walaupun mengalami permulaan yang bermasalah. Namun, selepas beberapa kemas kini, game ini kini berjalan dengan lancar, menampilkan visual yang menakjubkan serta gameplay yang sangat “smooth”. Jalan ceritanya hebat, gameplay masih antara yang terbaik, dan visualnya sangat memukau.

Kredit: PlayStation

Di PC, game ini benar-benar bersinar dengan peningkatan visual dan prestasi, serta sokongan DualSense yang sangat baik—menjadikannya cara terbaik untuk menikmati pengembaraan ini. Walaupun ada beberapa masalah teknikal, Spider-Man 2 tetap sebuah game yang wajib dimainkan, menawarkan kisah, gameplay, dan aksi epik.

Game ini kini tersedia di Steam dan Epic Games. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Marvel’s Spider-Man 2 (PC)

9 Score

Di PC, game ini benar-benar bersinar dengan peningkatan visual dan prestasi, serta sokongan DualSense yang sangat baik—menjadikannya cara terbaik untuk menikmati pengembaraan ini. Walaupun ada beberapa masalah teknikal, Spider-Man 2 tetap sebuah game yang wajib dimainkan, menawarkan kisah, gameplay, dan aksi epik.

PROS

  • Visual menakjubkan di PC
  • Sokongan DualSense yang sangat baik
  • Ray tracing tidak memberi kesan besar pada prestasi
  • Banyak ciri khas untuk PC

CONS

  • Masalah stuttering masih berlaku

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Marvel’s Spider-Man 2PCreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Yu-Gi-Oh: Rage of the Abyss, Selection 5 & Duel Ignition Decks HERO/Swordsoul

Next Post

Pandangan Pertama “Magic: The Gathering x FINAL FANTASY” – Koleksi Seni Daripada Sejarah FF!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt
Review

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!
Acara

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!

May 19, 2025
Asal Usul Senju Tobirama – Hokage Kedua Yang Dibayangi Kontroversi
Anime

Asal Usul Senju Tobirama – Hokage Kedua Yang Dibayangi Kontroversi

May 19, 2025
Next Post
Pandangan Pertama “Magic: The Gathering x FINAL FANTASY” – Koleksi Seni Daripada Sejarah FF!

Pandangan Pertama "Magic: The Gathering x FINAL FANTASY" - Koleksi Seni Daripada Sejarah FF!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd