Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review, Tempatan
0 0
0
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Ejen Ali The Movie 2 membawa kita kembali ke dunia penuh aksi bersama ejen animasi kesayangan ramai, menyajikan sebuah sekuel yang mendebarkan dan terus membina kejayaan filem terdahulu.

Dengan visual yang memukau, babak aksi yang hebat, serta perkembangan watak yang lebih matang, filem ini mengikuti perjalanan Ali yang kini berdepan cabaran baharu, musuh yang lebih hebat, dan tanggungjawab yang semakin besar di M.A.T.A.

Dalam reviu ini, kami menyentuh bagaimana filem ini berjaya mengimbangi elemen animasi yang berwarna-warni, sentuhan budaya tempatan, dan jalan cerita yang menarik, sambil menilai sejauh mana ia mampu memenuhi harapan tinggi daripada peminat siri dan filem pertamanya.

Ancaman Baharu dan Tekanan Menyelamatkan Cyberaya

Cyberaya sekali lagi diancam oleh kuasa misteri dan kali ini, ancamannya jauh lebih besar daripada sebelumnya. Kemunculan semula seorang penggodam berbahaya bernama Neonimus menjadikan misi lebih mencabar.

Ali telah dipilih untuk menjadi pemakai teknologi sut berperisai terkini M.A.T.A., iaitu SATRIA, yang dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan kemahiran mentalnya. Namun begitu, Ali masih dalam fasa latihan untuk benar-benar menguasai sepenuhnya potensi sut tersebut.

Dalam usaha menghentikan Neonimus dan “permainannya” yang mengancam keselamatan Cyberaya, Ali bekerja semula dengan rakan-rakannya, Ejen Bakar dan Ejen Alicia.

Tetapi ketika mereka menyangka mereka hampir menghentikan ancaman itu, mereka menyedari bahawa Neonimus hanyalah sebahagian kecil daripada konspirasi yang lebih besar. Di tempat lain, Rizwan, bekas ejen M.A.T.A., turut menyiasat pergerakan organisasi jenayah yang mengawal segalanya dari bayangan.

Dengan segala maklumat yang berjaya dikumpulkan, mereka perlu bertindak pantas sebelum Cyberaya menjadi mangsa kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan.

Sekilas pandang, filem ini mungkin kelihatan seperti animasi biasa yang mengangkat nilai persahabatan dan keberanian. Namun, dalam 10 minit pertama sahaja, jelas bahawa ia membawa sesuatu yang lebih matang dan menarik.

Jalan ceritanya tersusun kemas dan menampilkan identitinya yang tersendiri, sambil terus memberi fokus kepada perjalanan watak Ali. Ritma penceritaannya seimbang: ada unsur ringan, humor yang mengena, dan babak-babak yang menggambarkan dilema seorang remaja yang terpaksa memikul tanggungjawab besar.

Pun begitu, babak latihan Ali bersama sut SATRIA terasa agak terburu-buru; perkembangan kemahirannya kurang ditonjolkan. Sebagai penonton yang sudah mengikuti keseluruhan siri dan filem pertama, saya masih boleh memahami perkembangan watak Ali.

Tetapi bagi mereka yang baru menonton filem ini, atau tidak begitu biasa dengan siri animasi ini, mungkin akan sedikit keliru, terutamanya dengan perubahan seperti I.R.I.S yang kini digunakan oleh Alicia, bukan lagi Ali.

Jadi, bagi pengalaman menonton yang lebih menyeluruh, sebaiknya tonton dahulu tiga musim siri dan filem pertamanya. Meskipun disasarkan untuk kanak-kanak dan remaja, percayalah: filem ini sebenarnya sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur (saya sendiri hampir mencecah usia 30 dan masih seronok menontonnya).

Pendek kata, Ejen Ali: The Movie 2 adalah pilihan ideal untuk tontonan seisi keluarga dan rakan-rakan.

Lonjakan Kepada Kualiti Animasi

Seperti yang dijangkakan daripada WAU Animation, mutu animasi dalam filem kedua ini menunjukkan peningkatan yang ketara, malah kelihatan jauh lebih mantap berbanding filem pertama.

Model watak-watak telah dibuat dengan lebih terperinci; sebagai contoh, bulu Comot (kucing kesayangan Ali) kini digerakkan secara individu, mengingatkan saya kepada watak “Sully” dalam Monsters, Inc. dengan kesan bulu yang nampak hidup dan realistik.

Pergerakan animasi juga sangat lancar dan semula jadi, terutama sekali dalam babak pertarungan yang penuh aksi. Tiada pergerakan yang terasa kaku atau kekok. Malah, filem ini berjaya menampilkan gaya pergerakan ala anime tetapi dalam bentuk animasi 3D, menjadikannya lebih segar, terutama menjelang klimaks filem.

Ekspresi wajah dan bahasa badan setiap watak dipersembahkan dengan begitu jelas dan meyakinkan, membolehkan penonton betul-betul terhubung dengan emosi mereka sama ada saat gembira, teruja, kecewa mahupun marah.

Seperti yang telah disebut, WAU Animation juga berjaya menggambarkan dengan cemerlang pengalaman menjadi pelajar sekolah yang menanggung beban tanggungjawab luar biasa, hanya melalui ekspresi dan pergerakan watak yang halus namun berkesan.

Kalau ada satu filem animasi yang mampu membuatkan penonton benar-benar membayangkan diri mereka dalam dunia wataknya, inilah filemnya. Ia bukan sekadar satu lagi filem animasi, Ejen Ali: The Movie 2 adalah satu pencapaian besar untuk industri animasi tempatan.

Melihat perkembangan pesat ini, tak mustahil kita akan menyaksikan lebih banyak karya animasi bertaraf dunia dari Malaysia pada masa akan datang.

Bunyi dan Muzik yang Menghidupkan Dunia Ejen Ali

Salah satu elemen yang benar-benar mengangkat pengalaman menonton Ejen Ali: The Movie 2 ialah kesan bunyi dan runut bunyinya yang luar biasa.

Dalam dunia yang dipenuhi teknologi canggih dan alat berinovasi tinggi, pasukan bunyi WAU Animation berjaya mencipta bunyi yang bukan sahaja meyakinkan, malah membuat penonton terasa seolah-olah mereka sendiri sedang mengendalikan peralatan tersebut.

Setiap bunyi (dari butang yang ditekan hingga ke letupan) disusun rapi bagi melengkapkan suasana dan menambah intensiti setiap babak.

Runut bunyi filem ini juga patut diberi pujian. Ia menampilkan sentuhan seni daripada legenda muzik tanah air, M. Nasir, menerusi lagu tema utama bertajuk “Hanya Kamu” yang cukup menyentuh emosi.

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan lagu “Penjuara” oleh Hael Husaini serta “Teman Sejati” oleh kumpulan pop terkenal dari Indonesia, Nidji. Gabungan muzik latar dan lagu-lagu ini bukan sahaja memperkuatkan emosi dan ketegangan dalam cerita, malah menjadikan keseluruhan pengalaman menonton lebih imersif dan berkesan.

Pendapat

Ejen Ali: The Movie 2 adalah satu pencapaian besar dalam dunia animasi Malaysia, menyajikan pengalaman sinematik yang penuh dengan aksi, emosi dan sentuhan visual yang memukau, disertai rekaan bunyi yang mengagumkan. Penceritaannya membawa ketegangan, dengan pertaruhan yang lebih tinggi dan konflik yang lebih kompleks.

Animasi 3D yang ditampilkan juga sangat halus dan berkualiti tinggi, setanding dengan standard produksi antarabangsa.

Lebih menarik, runut bunyinya turut menampilkan barisan artis terkenal serantau, menjadikan pengalaman menonton lebih mengasyikkan. Sekuel ini membuktikan bahawa WAU Animation bukan sekadar terus maju ke hadapan—mereka sedang menetapkan penanda aras baharu untuk industri animasi tempatan.

Sama ada anda sudah lama mengikuti siri ini atau baru pertama kali menontonnya, filem ini menawarkan sebuah perjalanan epik yang menonjolkan kehebatan dan potensi besar bakat kreatif negara.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia bermula esok di TGV dan GSC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Ejen Ali The Movie 2

9 Score

Ejen Ali: The Movie 2 ialah filem animasi Malaysia yang cemerlang dengan aksi, emosi, dan visual serta bunyi berkualiti tinggi setaraf antarabangsa. Penceritaan kompleks, runut bunyi menampilkan artis terkenal, dan animasi 3D halus menjadikan sekuel ini penanda aras baru industri animasi tempatan. Sesuai untuk peminat lama mahupun penonton baru, filem ini mempamerkan potensi besar bakat kreatif Malaysia.

PROS

  • Animasi mengagumkan secara visual, dengan babak lawan yang hebat dan model watak terperinci
  • Ekspresi emosi kuat yang meningkatkan hubungan dengan watak
  • Rujukan bijak kepada musim dan filem sebelumnya pada babak tertentu
  • Rekaan bunyi yang imersif, terutamanya dengan teknologi dan alat futuristik
  • Runut bunyi yang mudah diingati menampilkan artis terkenal Malaysia
  • Filem yang sesuai untuk ditonton bersama rakan dan keluarga

CONS

  • Penceritaan dan plot mungkin sedikit mengelirukan, terutamanya untuk penonton baru yang tidak biasa dengan filem pertama atau siri
  • Latihan Ali dengan SATRIA terasa sedikit tergesa-gesa, memandangkan kepentingan sut berteknologi tinggi itu

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Ejen Ali The Movie 2reviu
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!
Review

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

May 21, 2025
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd