Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Formula Baru Melangkau Tradisi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2025
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Open World, PC, PS4, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Formula Baru Melangkau Tradisi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai bab terbaharu dalam francais, Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land membawa francais ini ke arah yang lebih berani.

Kali ini, Gust meninggalkan sistem combat turn-based tradisional dan menggantikannya dengan sistem real-time combat dinamik, open world yang luas, serta elemen base-building, sambil mengisahkan sebuah perjalanan bertemakan memori.

Mengikuti kisah Yumia Liessfeldt, seorang alchemist yang berusaha membongkar rahsia tentang masa lalunya, game ini menjanjikan inovasi dan nostalgia. Dengan visual yang lebih menonjol serta naratif yang dikatakan lebih matang, adakah Atelier Yumia mampu mengekalkan daya tarikan yang sama seperti tajuk lain dalam francais ikonik ini?

Kisah Semakin Matang

Kredit: Koei Tecmo

Atelier Yumia bermula dengan plot yang, sekilas pandang, masih mengikut formula JRPG klasik. Yumia adalah seorang alchemist dalam dunia di mana alchemy telah diharamkan akibat tragedi masa lalu.

Bertekad untuk membuktikan bahawa alchemy boleh menjadi kekuatan yang membawa kebaikan, dia memulakan pengembaraan untuk memulihkan keseimbangan dunia sambil mendedahkan misteri keluarganya dan kemerosotan dunia yang semakin parah.

Walaupun premisnya tidak terlalu “revolusi”, ia tetap menjadi asas yang solid untuk kisah yang akan berkembang dengan lebih kompleks.

Kredit: Koei Tecmo

Dari segi watak, kita diperkenalkan kepada Isla, teman yang ceria dan bertenaga, serta Viktor, pahlawan yang pendiam dan serius. Walaupun watak-watak ini mungkin terasa seperti archetype biasa dalam genre JRPG, banyak game mengambil masa untuk membangunkan wataknya.

Jadi, walaupun bahagian awal permainan mungkin belum cukup untuk menjana kejutan, masih ada potensi besar untuk perkembangan watak dan penceritaan yang lebih mendalam sepanjang permainan.

Sistem Combat Aksi Menggantikan Turn-Based

Sistem combat Atelier Yumia adalah yang paling aksi dalam sejarah siri ini. Lupakan pertarungan turn-based lama di mana anda hanya memilih arahan dan menggunakan item sekali-sekala. Kali ini, game ini memperkenalkan sistem combat aksi pantas yang membuatkan anda sentiasa berwaspada dan berfikir secara spontan.

Kredit: Koei Tecmo

Anda akan mengawal tiga watak utama di barisan hadapan untuk bertarung dengan raksasa, manakala tiga lagi berada di barisan belakang sebagai sokongan. Jika salah seorang ahli pasukan hadapan tewas, mereka boleh digantikan dengan ahli pasukan belakang.

Anda boleh bertukar antara watak semasa bertarung, tetapi hanya satu watak boleh dikawal pada satu masa.

Kredit: Koei Tecmo

Ciri utama pertempuran Atelier Yumia adalah positioning, dodging (mengelak), dan counter (menangkis) serangan musuh. Yumia dan pasukannya boleh bergerak bebas di medan lawan, membolehkan anda mengelak serangan secara real-time atau parry untuk memberi serangan balas.

Anda juga boleh bertukar antara serangan jarak dekat dan jarak jauh pada bila-bila masa. Beberapa musuh lemah terhadap jenis serangan tertentu, jadi anda sentiasa perlu bereksperimen dan menyesuaikan gaya bertarung.

Kredit: Koei Tecmo

Satu ciri menarik ialah bagaimana item alchemy digunakan dalam pertempuran. Dalam tajuk Atelier sebelum ini, item alchemy sangat terhad, dan anda perlu menguruskannya dengan berhati-hati.

Tetapi dalam Atelier Yumia, item alchemy berfungsi lebih seperti senjata dengan sistem cooldown, membolehkan anda melakukan serangan alchemy yang hebat tanpa perlu risau kehabisan bekalan. Ini menjadikan pertempuran lebih pantas, lancar, dan menyeronokkan.

Kredit: Koei Tecmo

Selain itu, kerjasama pasukan turut mendapat upgrade besar dengan sistem “Friend Actions”, di mana ahli pasukan boleh melakukan serangan kombo yang hebat bersama. Serangan berpasukan ini menjadi elemen penting dalam pertarungan yang lebih sukar.

Tambahan pula, sistem “Maximized Mana Surge” membolehkan anda melepaskan serangan ultimate yang kuat apabila syarat tertentu dipenuhi.

Kredit: Koei Tecmo

Walaupun begitu, sistem combat bukan tanpa kekurangan. Pada peringkat awal, pertempuran agak mudah dan boleh diselesaikan tanpa banyak strategi. Walaupun kesukaran meningkat pada mid dan end game, lebih baik jika cabaran lebih seimbang sejak awal.

Namun, secara keseluruhan, sistem combat Atelier Yumia adalah satu evolusi yang segar, menjadikan pertempuran lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini.

Dunia Luas Untuk Teroka

Atelier Yumia turut membawa peningkatan besar dalam aspek eksplorasi, memperkenalkan dunia yang lebih luas berbanding game dahulu.

Dengan pelbagai alat traversal seperti grappling hook untuk zip-line, senjata untuk mengumpul sumber dari jauh, dan—yang paling menarik—motosikal yang boleh tunggang sepenuhnya, penerokaan dunia menjadi amat seronok dan bebas, bukan sekadar tugas mengumpul bahan.

Kredit: Koei Tecmo

Dunia dalam game ini dipenuhi dengan rahsia tersembunyi, pelbagai bioe unik, dan perasaan penemuan yang sangat memuaskan. Malah, ada mekanik double-jump yang boleh ditingkatkan untuk membuka lebih banyak laluan baru, menjadikan eksplorasi lebih luas.

Variasi persekitaran dan elemen interaktif menjadikan eksplorasi salah satu aspek paling menarik dalam game ini.

Kredit: Koei Tecmo

Selain itu, eksplorasi menjadi lebih menarik dengan pelbagai teka-teki yang perlu diselesaikan. Ada teka-teki yang melibatkan padankan garisan, corak jam, mencari dan menembak kristal, atau sekadar menolak kotak ke posisi tertentu.

Kredit: Koei Tecmo

Dari segi pengumpulan sumber, game ini mengambil pendekatan yang lebih ringkas dan mudah berbanding Atelier Ryza. Yumia tidak memerlukan pelbagai alat untuk mengumpul bahan—anda hanya perlu loot, memukul, atau menembak untuk mendapatkan apa yang diperlukan.

Ini menjadikan eksplorasi lebih lancar dan bebas gangguan, membolehkan anda menumpukan perhatian kepada penerokaan dan perkembangan cerita tanpa perlu risau tentang pengurusan peralatan.

Sistem Alchemy & Synthesis Paling Bagus Setakat Ini

Sistem alchemy kekal sebagai tunjang utama siri ini, dan kali ini ia hadir dengan tahap kerumitan yang tinggi. Pemain boleh mencipta senjata, potion, serta item pertempuran dengan menggabungkan bahan dalam sistem berasaskan grid, di mana kualiti, elemen, dan efek tambahan memainkan peranan penting.

Kredit: Koei Tecmo

Walaupun anda boleh menyelami mekanik ini dengan memahami setiap formula dan mengoptimumkan setiap sintesis, game ini juga menawarkan ciri auto-crafting bagi mereka yang hanya ingin terus ke aksi. Malah, anda boleh memilih untuk menumpukan perhatian kepada stat, level, atau kualiti item yang dihasilkan.

Kredit: Koei Tecmo

Apa yang membuat synthesis dalam Atelier Yumia menonjol ialah tahap customization yang tinggi. Pemain bukan sahaja boleh mencipta item baru, tetapi juga menaik taraf dan mengubah suai item sedia ada, memberikan lapisan tambahan dalam strategi.

Rasa kemajuan benar-benar besar, kerana semakin jauh anda bermain, semakin banyak resipi baru dan bahan rare yang boleh diperoleh untuk menghasilkan item yang lebih berguna.

Kredit: Koei Tecmo

Satu elemen menarik ialah sistem Alchemy Core, yang membolehkan pemain menyusun bahan untuk mengumpul pecahan mana terapung yang boleh meningkatkan hasil sintesis.

Sistem ini memberi variasi untuk mereka yang gemar bereksperimen dengan formula, tetapi masih mudah diakses oleh pemain baru atau kasual yang tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa di dalam menu synthesis.

Kredit: Koei Tecmo

Bagi mereka yang gemar mengoptimumkan dan min-maxing, sistem ini menawarkan pelbagai kombinasi. Namun, bagi pemain kasual, sistem ini tetap mesra pengguna dengan interface intuitif dan pilihan automatik.

Kelebihan ini menjadikan synthesis Atelier Yumia sebagai salah satu yang terbaik dalam sejarah siri ini, kerana mampu memenuhi keperluan pemain veteran dan pendatang baru.

Aspek Crafting & Building?

Salah satu ciri baru dalam Atelier Yumia ialah keupayaan untuk membina dan customize perumahan. Ini bukan sekadar meletakkan beberapa perabot hiasan—anda boleh membina rumah penuh, lengkap dengan perabot, barang-barang yang berfungsi, dan elemen estetik.

Kredit: Koei Tecmo

Menariknya, keselesaan rumah yang anda bina bukan sekadar kosmetik, tetapi mempengaruhi abiliti watak dan memberikan manfaat dalam game. Ini menjadikan pembinaan (building) bukan sekadar aktiviti sampingan, tetapi sesuatu yang berbaloi untuk diterokai.

Kredit: Koei Tecmo

Bagi mereka yang suka elemen life-sim yang santai, hal ini memang sangat memuaskan. Tetapi bagi pemain yang lebih suka memberi tumpuan kepada pengembaraan, game ini juga menyediakan struktur preset yang boleh diletakkan serta-merta, lantas menjadikan ciri ini lebih fleksibel dan sesuai untuk pelbagai gaya permainan.

Kemajuan & Misi Sampingan

Dari segi kemajuan, tiada banyak perkara yang terlalu rumit untuk difikirkan. Selain menaik taraf peralatan dan item melalui synthesis, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah level watak dan Skill Tree.

Skill Tree boleh dinaik taraf menggunakan skill point yang diperoleh melalui synthesis, mengalahkan raksasa, menyelesaikan misi, atau melengkapkan teka-teki.

Kredit: Koei Tecmo

Bagi quest, anda tidak terhad kepada main story sahaja. Ada banyak side quest yang boleh diterokai, membantu anda meningkatkan level atau memperoleh ganjaran menarik. Beberapa side quest memberi fokus kepada pembangunan watak, membolehkan anda mengenali latar belakang dan personaliti mereka.

Selain itu, ada juga misi rawak yang muncul ketika meneroka dunia, seperti memburu raksasa tertentu.

Kredit: Koei Tecmo

Walau bagaimanapun, side quest ini tidak diwajibkan. Dalam 10 jam pertama, saya lebih banyak tumpu pada kisah utama pada normal difficulty, tetapi masih mampu menewaskan kebanyakan musuh tanpa masalah.

Kredit: Koei Tecmo

Walaupun Atelier Yumia menampilkan mekanik gameplay yang kadang kala rumit, ia tidak pernah terasa seperti game yang memaksa pemain untuk grinding berlebihan. Ciri-ciri seperti auto-synthesis, reka bentuk dunia yang mudah dinavigasi, dan UI yang intuitif menjadikannya mudah diakses, bahkan bagi mereka yang tidak biasa dengan JRPG.

Kredit: Koei Tecmo

Tambahan pula, elemen seperti base-building dan pendekatan open-world memberikan pelbagai aktiviti di luar pertempuran, menjadikannya titik permulaan yang mesra untuk pemain baru sambil menawarkan kompleksiti yang cukup untuk memuaskan peminat lama siri ini.

Visual & Audio

Koei Tecmo telah memberikan Atelier Yumia satu upgrade grafik yang ketara. Model watak lebih kemas, animasi lebih lancar, dan dunia permainan terasa lebih terperinci serta hidup berbanding sebelum ini. Peningkatan dalam pencahayaan dan kesan visual turut membantu memberikan suasana yang lebih imersif.

Kredit: Koei Tecmo

Secara peribadi, saya sangat menggemari reka bentuk dunia Atelier Yumia. Setiap kawasan dalam game mempunyai identiti tersendiri. Pada awalnya, anda meneroka kawasan yang subur dan hijau, dengan suasana yang cerah.

Tetapi apabila memasuki kawasan lain, suasana berubah menjadi lebih suram dan misteri, namun tetap menampilkan keindahan tersendiri. Variasi ini menjadikan dunia permainan lebih hidup dan mengasyikkan, membuatkan pemain ingin terus meneroka tanpa henti.

Kredit: Koei Tecmo

Dari segi audio, game ini menyajikan runut bunyi yang indah, terdiri daripada melodi fantasi yang ringan serta muzik orkestra yang meningkatkan emosi dalam setiap babak. Pelakon suara juga memberikan persembahan yang mantap, walaupun ada beberapa dialog yang masih mengekalkan gaya anime klise.

Reka bentuk bunyi dalam pertarungan dan eksplorasi juga menyerlah, menjadikan setiap aksi terasa lebih berat dan berimpak.

Pendapat

Bagi saya, Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & The Envisioned Land berjaya menaikkan lagi nama francais ini sambil memperkenalkan mekanik baru yang menjadikannya sebuah evolusi baharu dalam siri.

Pertempuran aksi terasa dinamik, eksplorasi lebih menyeronokkan, serta ciri crafting dan base-building menambah kepelbagaian yang memperkayakan pengalaman bermain.

Kredit: Koei Tecmo

Walaupun jalan cerita bermula dengan agak klise, masih ada potensi untuk ia berkembang menjadi sesuatu yang lebih istimewa. Watak-wataknya, meskipun terasa biasa pada awal, berpeluang berkembang kepada watak yang benar-benar berkesan.

Namun, yang paling penting adalah gameplay loop yang memuaskan—sama ada anda berlawan dengan raksasa, mengumpul bahan, atau mencipta bengkel alchemy sendiri, sentiasa ada sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan.

Kredit: Koei Tecmo

Bagi peminat, game ini wajib untuk cuba. Bagi pemain baru, ini mungkin titik permulaan terbaik. Dan bagi mereka yang pernah mengelak siri ini kerana tempo gameplay yang perlahan atau estetik yang terlalu comel, Atelier Yumia mungkin akan mengubah pandangan anda. Setakat ini, ia mampu berdiri sebagai salah satu JRPG terbaik tahun ini.

Game ini akan tersedia pada 21 Mac 2025 untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Steam, Xbox Series X|S dan Xbox One. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & The Envisioned Land

9 Score

Bagi peminat, game ini wajib untuk cuba. Bagi pemain baru, ini mungkin titik permulaan terbaik. Dan bagi mereka yang pernah mengelak siri ini kerana tempo gameplay yang perlahan atau estetik yang terlalu comel, Atelier Yumia mungkin akan mengubah pandangan anda. Setakat ini, ia mampu berdiri sebagai salah satu JRPG terbaik tahun ini.

PROS

  • Eksplorasi lebih luas dan menarik
  • Sistem combat lebih dinamik
  • Sistem synthesis masih kompleks tetapi mudah diakses
  • Mesra kepada pemain baru
  • Ciri base-building memberikan nafas baru kepada gameplay
  • Visual dan animasi menakjubkan

CONS

  • Tempo game mungkin terasa perlahan, terutama bagi pemain baru yang mudah rasa terbeban
  • Sesetengah peminat setia Atelier mungkin tidak menyukai perubahan ke pertempuran real time

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Landreviu
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece Asia Hunt 2025 – Harga Tiket & Tawaran Pakej!

Next Post

Genshin Impact Version 5.5 Akan Tiba 26 Mac, Membawa Varesa & Iansan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Laptop Pemenang Anugerah & MSI Claw Terbaru, Semua MSI Pamerkan Di COMPUTEX 2025!
Berita

Laptop Pemenang Anugerah & MSI Claw Terbaru, Semua MSI Pamerkan Di COMPUTEX 2025!

May 20, 2025
Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt
Review

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!
Acara

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!

May 19, 2025
Next Post
Genshin Impact Version 5.5 Akan Tiba 26 Mac, Membawa Varesa & Iansan!

Genshin Impact Version 5.5 Akan Tiba 26 Mac, Membawa Varesa & Iansan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd