Masih ingat dengan perkongsian demo kami rasanya dalam 2 minggu lalu untuk permainan yang dihasilkan semula iaitu Tony Hawk Pro Skater 1+2? Tony Hawk Pro Skater 1+2 (THPS 1+2) adalah pembuatan semula (remake) penyusunan dua permainan Pro Skater pertama Tony Hawk, lengkap dengan grafik moden yang lebih menyerlah dan banyak mod serta ciri permainan. Dianggap sebagai siri permainan “sukan ekstrim” terbaik sepanjang masa, francais Tony Hawk Pro Skater telah mengalami kemunduran beberapa tahun kebelakangan. Setelah gagal kembali ke akar umbi dengan Tony Hawk’s Pro Skater 5, kekecewaan sepenuhnya siri skateboard ini membuat usaha terakhir untuk tetap relevan dan menghiburkan pada siri yang dihasilkan semula ini.
Terdapat banyak nostalgia untuk dua permainan THPS yang pertama, tetapi adakah pembuatan semula ini dapat meningkatkan kenangan masa kecil atau masih merundum seperti siri-siri terbaru? Secara rasmi hadir di platform PC, PS4 dan Xbox 4 September lalu, jom usha review penuh kami kali ini untuk mengentahui sama ada THPS 1+2 berjaya menarik hati peminat termasuk kami semula ataupun tidak!
Makin Gempak dengan versi REMAKE ini!
Sebaik sahaja anda install game ini, anda akan dapat mencuba “Tutorials”. Tutorials akan membantu anda segala trick yang perlu digunakan dalam THPS 1+2. Andai kata anda ter-skip tutorial, jangan risau anda boleh bermain tutorial bila-bila masa di butang “Extra” kat menu utama.
Jujur kami nyatakan, nampak sahaja menu utama memang nampak stail gila! Victorious Vision sebagai pemaju THPS 1 + 2 nyata membuktikan mereka berjaya membuatnya menjadi seronok untuk dimainkan, menawarkan pengalaman bermain yang pantas dan kreatif serta menyaingi tajuk terbaik dalam francais. Mengabaikan baik pulih grafik dan mod serta ciri tambahan, THPS 1+2 sememangnya berjaya menarik perhatian kami dan ramai lagi peminat lain.
Sambung semula di menu utama, anda boleh melihat 3 pilihan mod untuk dimainkan iaitu “Skate Tours“, “Multiplayer” dan “Create-a-Park“. THPS 1+2 mengembalikan semua level asal permainan ini termasuk ikonik Warehouse, School yang besar dan bebas serta Mall yang nampak macam tempat Zombie~ Banyak gila pro-skater yang anda boleh pilih termasuk Tony Hawk sendiri, atau anaknya Riley Hawk juga Eric Koston!
Permainan pertama mempunyai 9 level dan permainan kedua mempunyai 10 level. Untuk membuka “secret level” “Skate Heaven” anda mesti menyelesaikan SEMUA level lain dalam THPS2 dengan 100% selesai. Tapi maaf, kami tak selesai lagi~ Hehe~ Jadi ini Skatepark yang ada:
- THPS 1:
- Warehouse
- School
- Mall
- Chicago
- Downtown
- Downhill Jam
- Burnside
- Streets
- Roswell
- THPS2:
- Hangar
- School II
- Marseille
- New York
- Venice
- Skatestreet
- Philadelphia
- Bullring
- Chopper Drop
- Skate Heaven
Seperti permainan asal, anda dapat skate dalam waktu terhad untuk setiap level anda dan meneruskan pelbagai misi objektif yang tersedia untuk membuka park seterusnya. Setiap level ada sekurang-kurangnya 10 objektif dan anda perlu menyelesaikan beberapa daripadanya (mengikut Park, ada yang 5, juga ada yang 6). Objektif yang perlu diselesaikan diantaranya seperti target high score, trick combo, atau kumpul benda seperti perkataan S-K-A-T-E juga seperti buku sekolah.
Anda juga dapat mengumpulkan Skill Point dimana ianya dapat meningkatkan keseimbangan, kelajuan dan kemampuan trick skater anda Level dan objektif dari asal telah berubah sedikit , tetapi kebanyakkan menjadi lebih baik, dengan menampilkan elemen dan rahsia interaktif baru. Beberapa peringkat bermain sebagai “competitions“, di mana anda mesti menunjukkan trick terbaik sepanjang “3 runs”. Seperti biasa, beberapa objektif dan tahap boleh mengecewakan, tetapi dengan beberapa perubahan permainan, semuanya terasa lebih mudah daripada sebelumnya.
Free Rank & Skate adalah tempat anda boleh memilih banyak Park untuk dimainkan. Untuk rank, anda boleh membuat kombo tertinggi anda sendiri dan anda akan dimasukkan ke senarai ranking THPS dengan semua pemain dalam talian. Dengan free skates, anda boleh skate ke mana-mana lokasi atau kawasan yang telah anda pilih.
Anda juga mendapat ganjaran selain Exp Point. Wang yang anda terima boleh membeli apa sahaja di shop! Di sebelah kanan menu, anda akan melihat cabaran setiap hari untuk anda selesaikan. Lakukan saja dan anda akan mendapat ganjaran.
Skate dan Kombo sebanyaknya yang kami mahukan!
Selain dari perubahan grafik yang ketara, perubahan yang paling ketara pada permainan THPS 1+2 adalah mekanik tambahan seperti reverting, wall-riding dan banyak lagi. Ciri-ciri ini, yang ditambahkan sepanjang sejarah francais Tony Hawk Pro Skater, telah dimasukkan dalam pembuatan semula untuk membantu anda memperluaskan kombo anda dan menavigasi persekitaran dengan lebih baik. Seperti biasa, anda boleh melakukan flip-trick, grap dan grinds untuk mendapatkan point besar. Trick mudah dilakukan, hanya memerlukan anda kawal dengan butang analog joystick dan tekan butang (segitiga, petak, bulat) untuk kombo dan X untuk lompat.
Okay ini adalah trick yang tersedia dan caranya:
Grab Tricks | |
Melon | Left + Circle |
Indy | Right + Circle |
Nosegrab | Up + Circle |
Tailgrab | Down + Circle |
Japan | Top Left + Circle |
Madonna | Top Right + Circle |
Benihana | Bottom Left + Circle |
Airwalk | Bottom Right + Circle |
Flip Tricks | |
Kickflip | Left + Square |
Double Kickflip | Left + Square, Square |
Heelflip | Right + Square |
Impossible | Up + Square |
Pop Shove-It | Down + Square |
Hardflip | Top Left + Square |
Inward Hardflip | Top Right + Square |
Varial Kickflip | Bottom Left + Square |
Varial Heelflip | Bottom Right + Square |
Grind Tricks | |
50-50 | No Directional |
Noseslide | Left + Triangle |
Tailslide | Right + Triangle |
Nosegrind | Up + Triangle |
5-0 | Down + Triangle |
Overcrook | Top Left + Triangle |
Crook | Top Right + Triangle |
Feeble | Bottom Right + Triangle |
Smith | Bottom Right + Triangle |
Flatland Tricks | |
Manual | Up then Down |
Nose Manual | Down then Up |
Pogo | Triangle + Triangle |
Wrap Around | Square + Square |
Handstand | Circle + Circle |
Casper | Square + Triangle |
Truck Stand | Triangle + Square |
Anti Casper | Square + Circle |
To Rail | Circle + Square |
Switchfoot Pogo | Triangle + Circle |
One Foot Manual | Circle + Triangle |
Walaupun kami tidak pasti sama ada tweak permainan atau pengalaman kami selama berjam-jam dengan siri ini, THPS 1+2 terasa sedikit lebih memaafkan daripada pendahulunya. Jatuh dari board anda dan terhempas rasa sekejap sahaja akan “glitch” dan “spawn” semula untuk sambung skate. Trick lambat atau menggelabah akan membuat kami terguling sebelum atau semasa hampir mendarat.
Jom berseronok dengan rakan anda dalam talian!
THPS 1+2 merangkumi local split-screen dan multiplayer dalam talian, jadi jika anda ingin bermain dengan rakan, ada beberapa pilihan yang baik. Walaupun multiplayer split-screen terhad kepada dua pemain skate, semua mod yang diharapkan disertakan. Anda boleh bertanding di mana-mana Park yang tidak terkunci dari permainan asalnya, serta custom-a-park. Terdapat gabungan mod permainan yang baik, termasuk mod berasaskan trick seperti Trick Attack dan Combo Challenge, serta mod yang lebih ringan seperti Tag dan Horse. Untuk diingatkan, Multiplayer dalam talian memerlukan PlayStation Plus!
Local Multiplayer
Nikmati hari-hari bermain lawan secara berhadapan dengan dua pemain tidak kira keluarga atau rakan dengan split-screen. Local Multiplayer membolehkan anda memilih Game Mode dan Park.
Quick Playlist
Pilih Senarai Quick Playlist untuk menuju ke dalam aksi dan mainkan set Game Modes dan Skate Parks yang disusun. Anda akan dipadankan dengan tujuh pemain lain. Terdapat dua Playlists yang memenuhi keperluan pemain yang berlainan:
- Jams: Untuk pertandingan yang lebih santai di mana empat pemain Skaters teratas menang.
- Competitive: Mencari pertandingan yang lebih sengit? Hanya Skater teratas yang memperoleh kemenangan dalam pertandingan Competitive.
Mod yang tersedia:
- Free Skate: Tiada sebarang emenangan dalam Mode ini, anda boleh skate sesuka hati
- Score Challenge: Pemain pertama yang mencapai skor yang telah ditentukan menang.
- Combo Challenge: Pemain pertama melakukan kombo memenuhi atau melepasi skor yang telah ditentukan menang.
- Trick Attack:Pemain dengan skor tertinggi pada akhir had masa menang.
- Combo Mambo: Pemain dengan skor kombo tertinggi pada akhir had masa menang.
- Graffiti: Tag apa jua objek di Park dengan trick/combo padanya dan mengubah objek menjadi warna yang unik bagi setiap pemain. Sekiranya pemain lain melakukan trick / kombo dengan skor lebih tinggi pada objek itu, mereka mencuri objek itu dari tagger asal dan Tag dengan warna unik mereka. Pemain dengan Tag terbanyak pada akhir had masa menang.
- Tag: One player is “It” to begin the round. Each player has their own timer, and when they are “It”, the timer counts down. The “It” player must tag any opponent to make them “It” and pause their own timer. If the timer hits zero while you’re “It”, you lose. The “It” player can perform tricks/combos to make their opponent easier to catch. The player who is “It” for the least amount of time wins.
- H-O-R-S-E (Local Multiplayer sahaja): Pemain saling mencabar untuk skor kombo tertinggi. Seorang pemain melakukan kombo dan lawan mereka berusaha untuk melebihi skor Combo itu. Pemain memperoleh satu ayat jika gagal melepasi skor lawan sebelumnya. Pemain pertama yang mendapat huruf H-O-R-S-E kalah.
Serlahkan Kreativiti dengan Create-a-park
THPS 1+2 memberi peluang kepada kita untuk mencipta park sendiri! Habiskanlah beberapa jam anda untuk menghasilkanya, kemudian latih skill anda dan kongsikan hasil penciptaan anda didalam talian ! Mencipta Park yang baru adalah mudah, anda boleh terus memilih “Create-a-park” di menu utama. Yang pertama anda lihat selepas memlilih kawasan adalah sebuah park yang kosong. Disitulah masanya anda berpeluang menjadi arkitek dalam game dan tonjolkan kreativiti anda. Lebih menarik jika anda sudah mempunyai idea untuk membuat park kerana ianya berbaloi kerana memiliki struktur logik.
Semasa mencipta skate-park anda, fokus pada bahagian utama terlebih dahulu kerana jika anda main letak apa saja jua barangan park anda akan menjadi kelam-kabut dan tidak kemas. Anda boleh memilih dari pool, rails atau pokok sekali pun kemudian letak ditempat yang anda mahukan dan ada yang anda boleh perbetulkan saiz nya. atau Skate park kami tidak siap sepenuhnya lagi, tetapi apa yang kami nak katakan, anda lakukan dengan sekreatif yang boleh supaya anda seronok skate dan kombo sehingga akhirnya, lakarlah dulu atau singgah lihat skate park pemain lain! Jika anda dah puas hati dengan apa anda hasilkan, jangan segan silu untuk kongsikannya dalam talian.Untuk mendapatkan beberapa elemen untuk taman, anda boleh mendapatkannya dengan melengkapkan peta cerita dan cabaran dan membelinya dari shop.
Skater anda jadi Slipknot weh!
Seperti yang dinyatakan di atas, anda bebas memilih pro-skater kesukaan anda untuk memulakan karier anda atau mencipta skater anda sendiri! Ya, terdapat slot kosong untuk anda isikan dengan skater anda yang dicipta sendiri. Dibawah adalah pro-skater yang tersedia didalam THPS 1+2;
- THPS Original kembali!
- Tony Hawk
- Chad Muska
- Rune Gilfberg
- Jamie Thomas
- Eric Koston
- Bob Burnquist
- Andrew Reynolds
- REMASTER – Grafiknya memang nampak realiti!
- Kareem Campbell
- Elissa Steamer
- Bucky Lasek
- Geoff Rowley
- Steve Cabellero
- Officer Dick
- Private Carrera
- Pro-skater yang baru pun ada!
- Nyjah Huston
- Leo Baker
- Leticia Bufoni
- Aori Nishimura
- Lizzie Armento
- Shane O’Neill
- Atau NEW AGE yang gila-gila
- Riley Hawk
- Tyshawn Jones
- Ripper
Untuk menghasilkan watak sendiri, pertama sekali anda boleh isi informasi Skater anda (Name, Homestown, Skater Style [boleh memilih “street” bagi mereka yang suka aksi permukaan tanah, “vert” untuk big air skating dan “park” untuk percampuran antara keduanya], Stance [goofy atau regular], Push Style [never mongo, always mongo, mongo when switch]).
Selanjutnya adalah layar Skater, di mana anda akan terus menyesuaikan watak anda. Terdapat banyak perkara yang boleh anda sesuaikan untuk mencipta watak anda, dari wajah, rambut, gear dan board anda, menjadikan watak anda yang paling hebat atau paling lucu yang anda mahukan. Terlalu banyak pilihan yang boleh dipilih, bahkan cat muka macam band “Slayer” ada juga macam “Jack Skellington Nightmare before Christmas“, atau bahkan tatu aiskrim ke tengkorang ke, atau anda masih tidak puas? Beli sahaja di shop sampai anda puas hati! Semua reka desain merepek atau normal ada disitu!
Visual, Audio, Soundtrack? Masih kekal ikut trend!
Baik pulih visual dan perhatian terhadap perincian yang ditunjukkan dalam pembuatan semula ini adalah luar biasa, dengan kebanyakan tahap memberikan penampilan baru. Tidak perlu dikatakan grafik adalah peningkatan besar pada yang asli, dengan begitu banyak perhatian telah diambil untuk setiap peta untuk memberikan mereka semua identiti yang unik. School dan School II sekarang sangat berbeza antara satu sama lain, Venice Beach mempunyai grafiti yang berganda dan Mall kelihatan seperti kawasan zombie. Ini adalah perbezaan dan perubahan yang sangat mengagumkan!
Apa yang boleh saya katakan, semua perubahan ini diberi hasil yang sangat cantik, lebih realistik, ada banyak tempat yang boleh kita skate dan melakukan kombo. Terdapat beberapa tempat seperti pengawal sekolah, atau kenderaan di jalan raya akan cuba menghentikan jalan anda untuk terus skate.
Soundtrack THPS 1+2 memang luar biasa, tetapi ada beberapa pilihan reka bentuk audio yang menambahkan sedikit kebisingan pada campuran. Soundtrack untuk Tony Hawk Pro Skater 1 dan 2 yang asli sangat baik dan Vicarious Visions telah melakukan tugas yang baik untuk meletakkan semua peminat kembali bersama dengan beberapa trek baru juga. Pemain yang mahukan pengalaman soundtrack tradisional skip trek satu persatu sehingga anda mencapai senarai main seperti Superman by Goldfinger dan Guerilla Radio oleh Rage Against the Machine. Secara mengejutkan, lagu Anthrax dan Public Enemy Bring the Noise turut ditampilkan dalam soundtrack THPS 1+2 walaupun para pembangun mengatakan lagu itu akan dihilangkan.
Selain itu, audio ketika bermain seperti kami melakukan kesalahan dan deck kami jatuh, atau kami tergolek ke , efek bunyi seperti rewind video tape agak lawak dan menarik sebenarnya sebelum kami di spawn ibarat pixel untuk kembali ke deck.
Maka terjawablah kesimpulan kami~
Setiap level, kombo, pro-skater, lagu soundtrack, arghh setiap elemen dari permainan asal memang mendapat perubahan paling tip-top untuk tahun 2020 ini! Pihak pemaju mengendalikan pembuatan semula permainan ini dengan penghormatan yang tepat sambil tetap meninggalkan sejarah asal mereka sendiri dalam kerja. THPS 1+2 menggabungkan mekanik permainan yang hebat, grafik yang mengagumkan, dan soundtrack yang luar biasa dalam pakej lengkap permainan skateboarding.
Semasa anda menyelesaikan cabaran, anda akan memperoleh pengalaman dan wang tunai untuk dibelanjakan di skate shop. Banyak cabaran juga akan membuka item kosmetik atau ikon untuk profil dalam talian anda. Ada banyak barang yang boleh dibeli, termasuk berbagai deck, roda, pakaian, tatu, dan barang-barang untuk digunakan di skate park hasil anda itu. Item tertentu di skate shop terkunci sehingga anda mencapai tahap pemain tertentu, jadi anda pasti ingin mendapatkan pengalaman itu seboleh-bolehnya. Jangan bimbang, kerana pengalaman dan wang tunai juga diperoleh melalui sesi pemain tunggal dan pemain skate berbilang pemain, bukannya dari pembelian dalam aplikasi menggunakan duit betul.
Selain itu, anda boleh melihat statistik permainan anda serta segala misi lain yang perlu anda selesaikan. Jadi disitu anda boleh melihat segala perkembangan anda.
Maka, sekiranya anda seorang veteran siri Tony Hawk Pro Skater, anda semestinya memilih untuk membeli permainan ini. Dengan harga RM179.00 untuk standard dan RM219.00 untuk Digital Deluxe Edition bagi pengguna PlayStation 4 di PlayStation Store, THPS 1 + 2 menawarkan tahap kualiti yang lebih tinggi dan jumlah kandungan yang lebih besar daripada kebanyakan permainan AAA dengan harga penuh. Pemain yang tidak pernah mencuba gelaran Tony Hawk Pro Skater juga akan menganggap ini sebagai jalan masuk yang baik, kerana kesukaran yang lebih menyenangkan dan set tutorial yang hebat menjadikannya mudah untuk pemain baru. Terdapat beberapa kekurangan, iaitu senarai main dalam talian yang tidak seberapa dan menu yang sedikit dari yang disangkakan, tetapi masalah ini mudah dimaafkan. Selagi anda menyukai idea bergerak pantas dan melakukan helah gila, Tony Hawk Pro Skater 1+2 adalah salah satu permainan pembuatan semula terbaik tahun 2020!

@gamersantaimy
The Review
Tony Hawk Pro Skater 1+2
Sebuah game REMAKE yang sangat berpuas hati weh! Tahniah Activision tahniah Vicarious Visions kerana berjaya membuat THPS 1+2 dengan sangat puas hati!
PROS
- Grafik memang hebat, terutamanya di TV dengan prestasi HDR
- Permainan asal masih dikekalkan
- Seronok membuat skatepark dengan kreativiti anda sendiri
- Semua lagu rock / punk legenda 90an anda kembali!
CONS
- Multiplayer dalam talian kekurangan ciri
- Masa Loading kadang-kadang lama untuk beberapa level
Discussion about this post