Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Werewolf: The Apocalypse – Earthblood! Bukan game serigala yang ku sangkakan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Review, Genre, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Werewolf: The Apocalypse – Earthblood! Bukan game serigala yang ku sangkakan!
Share on FacebookShare on Twitter

Werewolf: The Apocalypse – Earthblood adalah game action-RPG berdasarkan permainan “tabletop” dengan nama yang sama oleh White Wolf Publishing. Geng-geng otai yang kenal dengan klasik-klasik seperti The Masquerade – Bloodlines mesti teruja kerana Werewolf: The Apocalypse – Earthblood berlaku dalam “universe” yang sama, iaitu “The World of Darkness” di mana dunia menampilkan makhluk ghaib yang berjuang demi kuasa mutlak. Cuma kali ini, kita akan bermain sebagai Cahal, seekor serigala jadian yang dibuang oleh puaknya.

Dilancarkan hari ini pada 4 Februari 2021, ramai yang kata Werewolf: The Apocalypse – Earthblood nampak menarik walaupun bukan permainan AAA. Hahh, nasib baik saya dapat salinan PC untuk cuba! Dengan tetapan sehingga maksimum, mari kita lihat jika gameplay dan jalan ceritanya boleh menepati jangkaan peminat memandangkan game ini pun akan hadir di konsol next-gen. Mesti korang nak yang terbaik kan? Ayuh kita mulakan ulasan pendek ini!

Jalan Cerita & Naratif

Werewolf: The Apocalypse – Earthblood mengisahkan tentang Cahal, seekor serigala jadian yang dibuang oleh puaknya setelah membunuh seekor ahli anggota secara tidak sengaja. Dalam permainan, serigala jadian atau “werewolf” digelar sebagai Garou dan terdiri daripada 13 puak berlainan. Walaupun makhluk-makhluk lain seperti vampir berjaya menyesuaikan diri bersama manusia, para serigala jadian lebih suka bersendirian dan sebaliknya ingin melindungi alam semula jadi.

Alam semula jadi, yang dinamakan sebagai Gaia, telah dirosakkan oleh kejahatan manusia selama berabad-abad dan kini menghadapi masalah untuk melawan Wyrm, sejenis entiti jahat yang datang dari alam kosmos. Walaupun para Garou harus melindungi Gaia, setiap puak memiliki idea masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab ini, lantas mengakibatkan pergaduhan antara puak.

Selain itu, plot cerita mengharuskan Cahal untuk mencari anak perempuannya yang hilang lalu mempelajari bawah dia harus membantu puak lamanya yang berada dalam keadaan bahaya. Tidak lama kemudian, Cahal mendapati dirinya harus menentang syarikat Pentex. Dijadikan hamba oleh Wyrm, syarikat ini menyebabkan pencemaran dan kerosakan kepada alam semula jadi.

Latar belakang Werewolf: The Apocalypse – Earthblood tidaklah “wow” sangat memandangkan tema keseluruhan sudah biasa digunakan. Fokus utama adalah pada korporat Pentex yang ingin merosakkan ekosistem untuk mendapatkan keuntungan, tetapi jalan cerita sampingan seperti puak-puak Garou yang bergaduh sesama sendiri adalah lebih menarik kepada saya. Memandangkan setiap puak ada idea bijak sendiri, ia lebih menarik untuk melihat bagaimana mereka bersatu demi melawan Pentex dan Wyrm.

Gameplay asas & sistem pertempuran

Werewolf: The Apocalypse – Earthblood menampilkan beberapa mekanik gameplay yang mencerminkan jalan cerita dan watak. Sudah tentu yang paling ketara adalah Cahal, yang memiliki kemampuan untuk berubah menjadi serigala, manusia, atau serigala jadian di mana setiap transformasi akan mencerminkan sejumlah mekanik-mekanik unik.

Bentuk pertama adalah Homah, yang digunakan untuk berinteraksi dengan dunia tetapi juga amat berguna semasa adegan “stealth“. Bentuk manusia ini membolehkan Cahal memakai busur dan anak panah untuk membunuh musuh tanpa dilihat. Bentuk Homah juga mengkhususkan diri dalam interaksi dengan halangan alam sekitar, seperti menggodam komputer atau mematikan cawangan kuasa.

Bentuk kedua adalah Lupus, dan sebagai serigala, ia boleh bergerak dengan sangat pantas. Bentuk ini digunakan terutamanya untuk menjelajahi kawasan sekitar atau menyelinap lepas askar-askar Endron. Permainan mempunyai laluan-laluan istimewa yang kita hanya dapat masuk dalam bentuk serigala sahaja. Mengapa ia penting? Laluan ini memberi jalan alternatif kepada pemain untuk mengelakkan diri atau membunuh musuh daripada belakang. Bagi mereka yang menikmati gameplay ala-ala “stealth” seperti ini, bentuk Lupus adalah satu mekanik untuk pemain bereksperimen.

Akhir sekali ialah bentuk Crinos. Transformasi serigala jadian ini didorong oleh kemarahan, dan dapat mengalahkan hampir semua askar manusia, serta musuh-musuh kuat seperti robot gergasi, serigala jadian lain, dan sebagainya. Salah satu kelebihan bentuk Crinos adalah Cahal dapat menangkap askar musuh yang lemah lalu lempar ke musuh lain atau merobek badan mereka. Dalam bentuk Crinos, Cahal mempunyai dua gaya pertarungan berbeza yang boleh ditukar pada bila-bila masa:

  • Speed: melakukan serangan berterusan dengan pantas tetapi tidak kuat.
  • Strength: melakukan serangan dengan damage besar tetapi lembap.

Satu mekanik penting dalam game adalah pengurusan “Rage Meter“. Apabila rage meter makin bertambah, Cahal akan membiarkan kemarahan memakan dirinya lalu memasuki keadaan “frenzied” di mana dia jauh lebih kuat tetapi tidak boleh membezakan sama ada orang itu musuh atau kawan. Dalam keadaan ini, Cahal boleh menggunakan sejumlah serangan istimewa untuk melakukan damage yang lebih tinggi demi membunuh musuh dengan lebih cepat. Namun, jika Cahal ditembak oleh peluru perak (silver bullet) dalam bentuk Crinos, sebahagian daripada HP-nya akan ditolak secara kekal dalam pertarungan semasa.

Satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari keadaan “frenzied” adalah dengan membunuh semua orang dalam kawasan, walaupun mereka tidak bersalah. Akibatnya, pemain harus menguruskan rage meter dengan teliti dan memastikan atribut ini digunakan pada masa yang sesuai.

Bersama dengan mekanisme stealth dan rekonaisans, Werewolf: The Apocalypse – Earthblood juga merupakan RPG dengan Skill Tree! Ia tidaklah besar sangat atau terlalu rumit, dan setiap abiliti pun dijelaskan dengan lebih senang. Ia bergantung kepada pemain untuk menguji setiap abiliti atau power-up untuk menentukan mana yang paling sesuai dengan playstyle mereka.

Pendapat

Saya telah diberi amaran oleh rakan-rakan dalam pejabat yang sudah mencuba game ini, dan nampaknya apa yang mereka kata adalah betul. Werewolf: The Apocalypse – Earthblood mungkin keluar dalam keadaan yang tidak sempurna kerana ada banyak masalah seperti grafik yang tidak cukup kemas, animasi yang seakan-akan cacat, lakonan suara yang tidak memberangsangkan, UI yang serabut dan isu lain-lain. Memandangkan game ini sepatutnya keluar untuk konsol next-gen, saya agak terkejut.

Satu perkara yang saya boleh puji adalah tema ekologinya yang kuat. Game ini mendorong pemain untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri, daripada memilih jawapan “betul” mengikut jalan cerita. Ini adalah pendekatan yang menarik di mana Cyanide Studio ingin pemain berhadapan dengan keputusan yang mampu mengubah dunia melalui cara mereka bermain.

Mudah-mudahan, ini akan mewujudkan naratif bagi pemain di mana keputusan yang mereka buat mempunyai kesan pada plotline dan perkembangan watak dalam jalan cerita. Daripada bergantung pada naratif untuk membimbing pemain, Werewolf: The Apocalypse – Earthblood ingin mendorong pemain untuk mencari konklusi sendiri.

Walaupun ramai yang akan mengkritik graphic dan fizik permainan, secara keseluruhan Werewolf: The Apocalypse – Earthblood adalah game dengan idea yang hebat. Sudah tentu, salah satu sebab mengapa ramai yang bersemangat adalah kerana ia akan keluar pada konsol generasi baru iaitu PS5 dan Xbox Series X.

Sekiranya Cyanide dapat membetulkan kesilapan teknikal yang menghalang potensi sebenar permainan, pemain pasti tertarik dengan mekanik yang meningkatkan elem fikiran kritis dan sistem pertempuran serta elemen penerokaan yang berkualiti tinggi. Bagi mereka yang berminat, Werewolf: The Apocalypse – Earthblood kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X. Itu sahaja untuk review ini, sehingga kita berjumpa lagi!

Muat turun di sini
Werewolf: The Apocalypse - Earthblood
Publisher: Nacon
Release Date: 2021-02-04
Epic Games Store, Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Werewolf: The Apocalypse - Earthblood adalah permainan video main peranan yang akan datang yang dikembangkan oleh Cyanide dan diterbitkan oleh Nacon. Ia didasarkan pada permainan meja permainan White Wolf Publishing, Werewolf: The Apocalypse, dan merupakan sebahagian daripada siri World of Darkness yang lebih besar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Werewolf: The Apocalypse - Earthblood

6 Score

Walaupun ramai yang akan mengkritik graphic dan fizik permainan, secara keseluruhan Werewolf: The Apocalypse - Earthblood adalah game dengan idea yang hebat. Sudah tentu, salah satu sebab mengapa ramai yang bersemangat adalah kerana ia akan keluar pada konsol generasi baru iaitu PS5 dan Xbox Series X.

Review Breakdown

  • Sekiranya Cyanide dapat membetulkan kesilapan teknikal yang menghalang potensi sebenar permainan, pemain pasti tertarik dengan mekanik yang meningkatkan elem fikiran kritis dan sistem pertempuran serta elemen penerokaan yang berkualiti tinggi. 0
Tags: PCreviewulasanWerewolf: The Apocalypse - Earthblood
Previous Post

“MLB The Show 21” Blu-ray Disc & Digital Version akan tersedia pada 20 April 2021 ini!

Next Post

Lepaskan keganasan anda dengan WEREWOLF: THE APOCALYPSE – EARTHBLOOD!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Lepaskan keganasan anda dengan WEREWOLF: THE APOCALYPSE – EARTHBLOOD!

Lepaskan keganasan anda dengan WEREWOLF: THE APOCALYPSE – EARTHBLOOD!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd