Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Warhammer 40K: Battlesector pertempuran genre tabletop game yang mudah dimainkan!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 9, 2021 - Updated on August 11, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Genre, PC, Platform, Real time strategy, Review, RPG, Steam
Reading Time: 4 mins read
0 0
0
[Review] Warhammer 40K: Battlesector pertempuran genre tabletop game yang mudah dimainkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Warhammer 40K: Battlesector adalah game terbaru dari Black Lab Games dan telah diterbitkan oleh Slitherine yang pernah menghasilkan Warhammer 40K: Dawn of War. Game ini telah dilancarkan pada 15 Julai 2021 dan sudah tersedia di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam. Ia juga membawa genre pertempuran real-time action strategy dan turn-based lebih klasik untuk dimainkan.

Dalam game 40K baru ini, hanya ada dua faction sahaja kita dapat lihat iaitu Blood Angels dan Tyranid. Anda akan bermain sebagai faction Blood Angels yang terselamat di planet Baal IV, dan perlu menewaskan faction Tyranid dari membunuh tentera pemain. Jadi, kami telah berpeluang untuk mencuba game gaya tabletop yang mantap ini, dan sangat berpuas hati dengan gameplay dalam Battlesector. Tanpa membuang masa, jom baca ulasan kami mengenai Warhammer 40K: Battlesector!

Faction

Dalam game ini hanya ada 2 faction sahaja, tetapi Black Lab Games menyatakan bahawa mereka akan menambah lebih banyak faction di masa akan datang untuk memberi pemain pengalaman pertempuran lebih mengagumkan. Jadi saya akan menjelaskan maklumat kedua-dua faction untuk anda lebih mudah faham di ulasan selanjutnya.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Faction yang akan dimainkan adalah Blood Angels, iaitu Space Marine dan mereka mempunyai beberapa kebolehan unik ketika bertempur. Anda akan mempunyai tiga unit yang pakar dalam pertempuran jarak dekat, dan unit lain boleh menembak musuh dari jarak jauh. Pemilihan unit berdasarkan sistem Games Workshop terbaru, dengan semua jenis Primaris Space Marine seperti Intercessor dan Land Speeder.

Manakala faction yang anda akan lawan adalah Tyranid, dimana mereka boleh menyerang dari jarak dekat dan biasanya berlawan secara segerombolan. Walaupun mereka ini mudah untuk ditewaskan, tetapi pemain perlu bijak mengatur strategi supaya tidak kehilangan banyak unit ketika menyerang Tyranid.

Persembahan game

Dari segi grafik, Warhammer 40K: Battlesector mempunyai visual isometrik untuk memberikan pemandangan medan perang terbaik untuk dilihat, tetapi anda boleh menyesuaikan kamera dengan sudut yang diinginkan. Ini bermakna, pemain boleh zoom in untuk melihat unit dengan lebih jelas sehingga menampakkan perbezaan helmet Primaris dan Space Marine klasik. Walaupun game ini dimainkan dari jarak pandang jauh, tetapi anda masih boleh melihat setiap perincian kecil pada unit dengan melakukan zoom in.

Untuk audio pula, saya perlu berikan pujian kerana Black Lab Games memberikan ketelitian pada suara Space Marine supaya ia nampak hebat. Anda dapat mendengar suara kemarahan dan jeritan mereka setiap kali bergerak menuju kearah musuh. Malah, kesan bunyi apabila Space Marine membuka helmet mereka juga boleh didengari jika anda memakai headset.

Gameplay tabletop yang mudah untuk dimainkan

Dari segi gameplay, ianya sebuah game tabletop yang mudah untuk anda mainkan, kerana hanya perlu mengawal Space Marine bergerak kearah Tyranid dan memusnahkan mereka. Walaupun ianya membawa genre tabletop, tetapi gameplay Warhammer 40K: Battlesector lebih ke arah turn-based strategy tanpa perlu membina pengkalan dan hanya terus membawa tentera ke pertarungan. Disebabkan ianya game tabletop, jadi pemain tidak dapat menghidupkan kembali tentera mereka yang mati. Jadi, pemain perlu memastikan ahli Space Marine mereka tidak tewas ketika lawan, jika tidak anda akan menghadapi masalah kekurangan kekuatan untuk melawan Tyranid.

Dari segi formasi, tentera anda bebas bergerak kemana-mana arah tanpa perlu menuju terus ke arah musuh. Sama juga ketika menyerang, anda boleh meletakkan Space Marine di kedudukan strategik untuk mendapatkan perlindungan ketika menembak. Namun, ketika menyerang ia tidak menunjukkan peratus damage yang dihasilkan, jadi pemain perlu memastikan Tyranid betul-betul mati sebelum bergerak atau anda akan diserang balas semula.

Pemain juga perlu bijak memilih unit yang sesuai untuk menewaskan satu musuh, sekumpulan Tyranid atau mengimbangkan kedua-duanya. Dalam game ini, saya lebih suka menggunakan unit Intercessor semasa bermain dalam mod Campaign kerana ia boleh digunakan untuk menewaskan musuh dalam setiap keadaan. Walaupun unit seperti Dreadnaught dan Baal Predator lebih kuat, tetapi mereka tidak tersedia di awal permainan, jadi anda akan menjadi lebih selesa menggunakan Intercessor.

Selain itu, reka bentuk peta yang telah dipertingkatkan dari game sebelum ini memberikan suasana pertempuran lebih seronok untuk dimainkan. Mod Campaign membolehkan pemain untuk mengawal unit tentera untuk bergerak sama ada di kawasan lapang atau lorong kecil. Ini akan memberikan anda peluang untuk melakukan pelbagai taktik pertempuran dan menyusun strategi menggunakan Army Management sebelum bergerak memulakan misi.

Di samping itu, saya sangat suka dengan kemampuan yang disediakan pada hero, seperti Blood Angels untuk meningkatkan peluang serangan pada unit lain. Malah, hero juga boleh menyembuhkan unit yang cedera menggunakan kemampuan Sanguinary Priest supaya mereka dapat bertahan lebih lama ketika bertempur. Ia juga dapat menggunakan kemampuan Overwatch untuk memberikan jarak tertentu untuk menembak musuh yang cuba melepasi kawasan disetkan.

Mod Skirmish

Bagi mereka yang ingin gameplay tabletop lebih keras, anda boleh mencuba mod Skirmish dimana pemain akan bertempur dengan AI. Anda boleh menetapkan had point dan jumlah tentera yang ingin dibawa ke pertempuran. Malah, sekiranya anda tidak mahir dalam membina unit, mod ini mempunyai set yang telah siap dibina untuk anda cuba ketika bermain.

Penutup

Secara keseluruhannya, Warhammer 40K: Battlesector adalah sebuah game baru yang pasti disukai oleh peminat francais 40K. Walaupun buat masa ini ia hanya menyediakan dua faction sahaja, dan kebanyakan game 40K yang lain mempunyai lebih dari itu. Namun, anda akan dapat merasai lebih banyak lagi faction lain di DLC akan datang.

Dari segi gameplay pula, saya sangat berpuas hati bermainnya walaupun tidak pernah mencuba mana-mana game 40K lain sebelum ini. Gameplay yang mudah dipelajari memberikan saya peluang untuk bermain game genre tabletop dengan lebih yakin. Dengan mod Campaign yang mengujakan, saya jadi tidak sabar untuk mencuba faction lain di DLC seterusnya.

Saya sangat menyarankan kepada pemain yang ingin mula bermain game genre tabletop untuk mencuba Warhammer 40K: Battlesector dahulu. Anda boleh mendapatkan game ini di Steam dengan harga RM65.00 sahaja! Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Warhammer, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Warhammer 40,000: Battlesector

7 Score

Salah satu game dari francais 40K yang terbaik selepas Warhammer 40,000 Battlefleet Gothic.

PROS

  • Mesra beginner genre tabletop
  • Pemandangan visual yang terperinci
  • Gameplay yang mudah difahami

CONS

  • Kurang kandungan

Review Breakdown

  • Salah satu game dari francais 40K yang terbaik selepas Warhammer 40,000 Battlefleet Gothic. 0
Tags: Black Labs GameReview PenuhTabletopturn-based strategyWarhammer 40000: Battlesector
Previous Post

Bleach: Lima individu paling bahaya di Soul Society! Rumusan penuh “Tokki Senryoku!”

Next Post

[Panduan] Misi mencari harta karun di acara Lost Riches dalam Genshin Impact!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Panduan] Misi mencari harta karun di acara Lost Riches dalam Genshin Impact!

[Panduan] Misi mencari harta karun di acara Lost Riches dalam Genshin Impact!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd