Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review WARCRAFT III: REFORGED- adakah ianya seteruk seperti yang dinyatakan?!

Nyny.A by Nyny.A
February 6, 2020
in Artikel, Berita, PC, Review
0 0
0
Review WARCRAFT III: REFORGED- adakah ianya seteruk seperti yang dinyatakan?!
Share on FacebookShare on Twitter

Warcraft III: Reforged merupakan sebuah edisi remastered dari permainan RTS (real-time-strategy) Warcraft III: Reign of Chaos dan merupakan perkembangan The Frozen Throne dan merupakan hasil tangan Blizzard. Hadir secara rasmi pada minggu lalu iaitu 28 Januari 2020, Warcraft III: Reforged mengubah semula grafik permainan, kempen yang diubah dan ciri-ciri Battle.net. Pada yang sudah tahu, pelbagai kritikan telah diterima untuk permainan ini sejak pelancaran. Dan kali ini, kami sendiri berpeluang mencuba permainan lagenda yang diremaster ini, jom kita teruskan dengan ulasan review kami!

Warcraft III: Reforged mungkin kelihatan hebat, tetapi sebenarnya ia hanyalah lapisan baru dari permainan 2002 yang sama. Setakat ini hanya trailer sinematik yang direka semula, sinematik lain dalam permainan ini kelihatan seperti tidak dipertingkatkan tetapi itu tidak bermaksud semua kekal sama. Beberapa cutscene telah ditambah dengan animasi yang lebih baik untuk menggambarkan cerita Warcraft dengan lebih betul.

Satu kebanggaan yang dikecapi adalah pasukan dari Malaysia iaitu Lemon Sky Studios telah bekerjasama untuk aset dalam permainan bersama Blizzard. Beribu-ribu aset dalam permainan telah dimasukkan, dimodelkan dan diilhamkan oleh Lemon Sky untuk menghidupkan semula kehidupan baru ke dunia Azeroth yang kaya dan luas, dengan mengingati bahawa usaha mereka untuk memenuhi harapan yang tinggi kepada peminat yang setia dan berdedikasi dari Warcraft.

” Lemon Sky dengan bangganya telah bekerjasama dengan Blizzard dalam mencipta permainan yang kekal sepanjang zaman ini dan berharap pemain di seluruh dunia terus menyokong “Warcraft III: Reforged” selama tahun-tahun yang akan datang. Tahniah Blizzard atas pelancaran ini!”

– Lemon Sky Studios

Mari kita cerita tentang gameplay pula. Warcraft III adalah permainan REAL TIME STRATEGY (RTS) yang menampilkan sembilan kempen dengan fokus pada kawasan-kawasan tertentu di Azeroth. Setiap cerita mempunyai plot khusus, tetapi idea utama melibatkan asal usul dan ketibaan Burning Legion . Kami telah menggunakan MSI GE75 Raider 8SE untuk review permainan ini dan keseluruhan tetapan adalah dalam grafik yang tinggi. MSI GE75 menggunakan iCore i7 yang menjadi tulang kuat untuk laptop ini, Nvidia GeForce RTX 2060 yang bergerak sebagai pemproses nyata masih memuaskan hati untuk bermain dengan perjalanan yang seronok cuma server sahaja yang menjadi punca lagging.

Kempen yang diberi agak menarik dengan beberapa plot twist, watak-watak yang hebat dan dunia yang hebat. Scourge of Lordaeron adalah satu contoh yang hebat dalam hal ini, kerana kita dapat lihat seorang putera yang baik perlahan-lahan menjadi jahat. Putera yang dimaksudkan adalah Arthas, anak kepada King Terenas dan dikenali oleh pemain Warcraft sebagai Lich King. Kisah-kisah ini adalah prequel langsung kepada apa yang berlaku di World of Warcraft, jadi ini adalah cara yang baik untuk kita kenal semula pada dunia WoW.

Strategi yang menarik

Warcraft III dikenali dengan permainan strateginya yang  mendalam dan persekitaran yang menarik. Pemain boleh membina pangkalan, mengumpulkan tentera dan berperang dengan pelbagai makhluk. Terdapat empat puak yang dapat dimainkan – human, orc, night elf dan undead – yang mempunyai kempen masing-masing. Selalunya terdapat objektif utama untuk pemain kejar, tetapi dunia ini sering dipenuhi dengan pencarian sampingan yang dapat ditambah dalam perkembangan anda.

Dengan perkembangan ini, permainan berjaya dilaksanakan dengan banyak elemen RPG, seperti pokok kemahiran pahlawan dan sistem peralatan. Keindahan Warcraft III ialah semua kemajuan yang anda buat dengan wira anda tetap konsisten dalam kempen anda. Ini bermakna meneroka, melakukan pencarian sampingan dan pertanian sebenarnya terasa berbaloi cuma ianya agak kekurangan pencapaian contohnya seperti Starcraft 2, tapi sebenarnya lebih kepada tiada pencapaian langsung.

Pandangan Grafik? Masih boleh diterima

Walaupun Warcraft III adalah pengalaman menarik yang tidak dapat dinafikan, Reforged secara visual agak mengecewakan. Mungkin kerana terlalu ramai peminat berharap pembuatan semula ini akan menjadi lebih tajam grafiknya seperti permainan masa kini. 

Selain itu, unit wira pihak lawan agak sukar untuk diperhatikan semasa pertempuran. Versi lama mempunyai cahaya yang cerah, tetapi yang ini masih memiliki cahaya cuma sukar untuk dilihat dengan sekali imbas.

Pertembungan antara Sylvanas dan Arthas

Kualiti tekstur agak bercampur dan adegan terasa tidak terperinci. Ramai model ternampak seperti pixelation, menjadikan permainan kelihatan seperti ia berjalan pada resolusi yang lebih rendah. Sekiranya anda zoom pada bahagian tertentu di peta, anda akan menyedari keburukan corak yang diperletakan ke aset. Pekara ini mungkin harus digilap dan dikemaskini untuk lebih terbaik. Ini tidak selalu berlaku, kerana tekstur tertentu mempunyai gambaran yang lebih tinggi daripada yang lain. Bangunan kelihatan agak baik, bandar-bandar yakin dan menarik serta model watak berkualiti tinggi secara konsisten. Masih memuaskan hati kerana ratio permainan telah dijelaskan dan nampak lebih cantik sedikit kerana sebelum ini ia nampak agak aneh. Bukan itu sahaja, Frostmourne yang digunakan oleh Lich King juga nampak lebih terperinci.

Kandungan yang masih memuaskan 

Warcraft III boleh dimainkan secara kandungan multiplayer, sama ada membuat persaingan yang kompetitif, permainan kustom dengan kawan atau bermain melalui mod pengguna. Dalam multiplayer, anda berlumba untuk memusnahkan bangunan pemain dan unit hero. Secara umumnya,permainan ini boleh dimainkan sehingga 12 orang, tetapi terdapat mod yang boleh membawa angka ini lebih tinggi.

Juga, permainan ini boleh dimainkan dengan AI tapi haruslah berada dalam talian. Jadi mainlah sepuasnya dengan sistem multiplayer dan lebih seronok begitu kerana lebih pencabar. Juga satu lagi kelemahan dalam permainan ini ianya tidak menyokong cloudsave dan ia merupakan sesuatu yang agar mengecewakan. 

Satu lagi yang akan menarik perhatian pemain adalah pelgai peta kustom yang boleh dipilih! Antaranya kembali ke kenangan masa lalu dengan Frenzy Footman, Tower Defense, X HERO SIEGE, Tree Tag, Island Troll Tribes dan banyak lagi! Setiap daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri yang menunjukkan hasil kerja sebenar dari Blizzard Entertainment yang berbeza dari permainan lain termasuk mod-mod yang dicipta pengguna yang terdapat dalam Warcraft III: Reforged. Cuma satu sahaja, walaupun ada pokok kemahiran, tetapi ianya tiada sistem bertangga.

Bagi situasi server pula, buat masa ini server agak lagging walaupun dipecahkan kepada 3 pilihan iaitu Amerika, Europe dan Asia yang termasuk untuk server negara Malaysia. Tapi ping agak stabil walaupun server lagging. Seperti biasa, jika anda memainkan server luar dan bukan Asia, mereka secara rasmi akan menggunakan bahasa Inggeris dan Eropah, berbeza dengan server Asia, anda akan berjumpa pemain dari negara-negara jiran seperti Korea, China serta pelbagai bahasa digunakan!

Kesimpulanya

Warcraft III: Reforged masih permainan RTS terbaik untuk pengalaman terbaik. Pelbagai permainan kustom boleh pemain cuba, lagi menarik ianya mengembalikan nostalgia kita zaman awal 2000 dan nyata grafik AI nya nampak ‘oldschool’. Jika anda memang menyukai permainan RTS yang sangat sukakan tangga untuk mengejar pencapaian anda boleh membeli permainan ini, tapi jika anda bukan seorang pemain permainan RTS, atau bukan pengikut Warcraft, maka jangan lah membazir duit anda. 

Beli disini!!
Warcraft III: Reforged
Release Date: 2020-01-28
Microsoft Windows
Warcraft III: Reforged adalah edisi remastered 2002 permainan video strategi masa nyata  Warcraft III: Reign of Chaos dan pengembangannya Frozen Throne . Dikeluarkan pada 28 Januari 2020, ia menambah grafik yang diubahsuai, kempen yang diubah dan ciri-ciri Battle.net dalam talian moden.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Warcraft III: Reforged

6 Score

Warcraft III: Reforged adalah suatu pembuatan semula yang bagus, cuma jika ia digilap sedikit dan nampakkan tonasi mengikut generasi akan nampak lebih menarik. Juga segala masalah termasuk Lagging harus diperbetulkan. 

PROS

  • 8 Kempen yang termasuk 1 prolog yang menarik 
  • Pelbagai peta kustom yang dapat dimainkan

CONS

  • Server yang agak laggy termasuk server Asia 
  • Tiada Pencapaian seperti Starcraft 2
  • Tiada Cloudsave dan ia menyukarkan
  • Permainan harus dioptimumkan agar bersesuaian dengan produk yang digunakan.

Review Breakdown

  • Jika anda memang suka kejarkan tangga pencapaian anda boleh membeli permainan ini! 0
Tags: BlizzardLemon Sky StudiosRTS GameWarcraft III: ReforgedWarcraft III: Reforged Review
Previous Post

Kemaskini besar Monster Hunter World: Iceborne di PC menampilkan Rajang dan kolaborasi Resident Evil!

Next Post

Selamatkan manusia dengan aksi ninja parkour KUNAI yang kini hadir di Steam dan Nintendo Switch!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Selamatkan manusia dengan aksi ninja parkour KUNAI yang kini hadir di Steam dan Nintendo Switch!

Selamatkan manusia dengan aksi ninja parkour KUNAI yang kini hadir di Steam dan Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd