Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Valkyrie Elysium – Pertempuran yang menyeronokkan bersama Einherjar!

safwan by safwan
October 27, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, RPG, Steam
0 0
0
[Review] Valkyrie Elysium – Pertempuran yang menyeronokkan bersama Einherjar!
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan pada 29 September 2022, Valkyrie Elysium kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam. Valkyrie adalah satu francais game RPG yang dicipta oleh Masaki Norimoto dan telah mengeluarkan game pertamanya pada tahun 1999. Adakah game ini berjaya menghidupkan kembali francais Valkyrie yang dahulu?

Untuk menjawab persoalan tersebut, mari kita lihat review Valkyrie Elysium.

Jalan cerita

Dalam game ini, kiamat semakin menghampiri dan Odin menghantar seorang Valkyrie bernama Maria turun ke bumi untuk melawan semua musuh dan menghalang kiamat daripada berlaku. Di sepanjang penceritaan, dia bertemu dengan beberapa pahlawan yang gugur di mana dia boleh menghidupkan mereka semula tetapi dalam bentuk Einherjar, roh yang berjuang bersamanya dalam pertempuran.

Game ini mempunyai sebanyak 9 bab dan setiap daripadanya memiliki satu level besar di mana akan mengakibatkan 15-20 jam masa bermain. Odin memberi satu misi dan anda akan melaksanakannya. Anda akan berjumpa dengan pelbagai watak lain termasuk Einherjar sepanjang perjalanan.

Watak-watak lain semuanya tidak mempunyai sebarang perkembangan. Tetapi untuk watak utama Valkyrie, dia sendirinya nampaknya berkembang dan menjadi lebih ke arah manusia dan memulihkan emosinya. Dia yang sering membawa ketabahan sepanjang pengembaraan menjadikan Valkyrie sukar untuk dipercayai.

Untuk watak Einherjar, anda akan mendapat sedikit pengetahuan tentang mereka semasa merekrut tetapi ianya terlalu singkat. Untuk penerangan yang lebih terperinci, anda terpaksa membaca melalui biografi di dalam game dan ramai pemain mungkin tidak akan membacanya.

Secara keseluruhan, jalan cerita dalam game ini agak “cliche” dan kurang berkembang. Lagi-lagi bahagian pengakhiran cerita yang boleh diramal dan terasa agak tergesa-gesa. Namun, terdapat juga idea yang bagus didalamnya seperti Valkyrie terikat dengan Einherjar tetapi mereka tidak didedahkan dengan lama.

Pertarungan

Bergerak kepada bahagian gameplay, Valkyrie Elysium adalah game action RPG yang mengikuti level-based dengan mekanik “hack and slash”. Sebaik sahaja anda menyelesaikan setiap level, anda akan dipindahkan ke dunia hub di mana anda boleh memilih misi atau quest sampingan yang anda berminat untuk lakukan.

Apabila anda memasuki pertempuran, anda akan mempunyai saringan ringan, serangan berat, butang lompat dan “dodge”. Apa yang lebih menarik adalah anda boleh menggabungkan kesemua serangan untuk membuat kombo besar yang sekali gus memberikan damage yang besar. Begitu juga dengan level tutorial yang sangat baik dengan mengajar pergerakan asas dan penting.

Jika anda pernah bermain game seperti Devil May Cry, ia hampir sama cuma mereka mengubah kedudukan butang dan serangan yang berbeza dan bersambung diantara satu sama lain. Sebelum berpindah ke dalam dunia hub, anda akan mempunyai skrin skor di mana ia menunjukkan gred berdasarkan kehebatan kombo yang anda lakukan sepanjang level tersebut.

Tidak lupa juga, anda boleh upgrade skill di mana dalam game ini telah menyediakan tiga skill tree kepada Maria. Dengan adanya skill tree yang disediakan untuk Maria, anda boleh mendapatkan buff di mana serangan karakter akan menjadi lebih kuat daripada serangan biasa.

 Valkyrie Elysium

Untuk upgrade skill tree, apa yang anda perlukan adalah bahan (material) yang dijatuhkan musuh dan terdapat tiga jenis bahan yang anda perlukan iaitu “Offensive, Defensive” dan “Support”. Jadi, dengan adanya pelbagai jenis bahan yang dijatuhkan oleh musuh, anda boleh upgrade skill tree Maria mengikut play style yang korang mahukan.

Dengan upgrade skill ini juga, anda boleh membuka skill dan pergerakan baharu dan secara tidak langsung boleh digunakan semasa bertarung. Bukan sahaja karakter yang boleh di upgrade, senjata yang digunakan oleh Maria juga boleh di upgrade dengan menggunakan bahan yang berteraburan di persekitaran.

Magic dan Einherjar

 Valkyrie Elysium

Selain bertempur dengan menggunakan senjata, anda juga boleh menggunakan Einherjar dan Magic yang tersedia di dalam game seperti “Thunder, Fire” dan “Healing”. Magic ini bukan sahaja digunakan untuk menyerang musuh sahaja tetapi ia juga mempunyai kesan selepas menggunakannya di mana senjata yang digunakan mendapat pertalian elemen dan boleh digunakan kepada musuh.

Untuk Einherjar, mereka akan berjuang bersama anda dalam pertempuran untuk jangka masa yang singkat sebagai rakan kongsi terkawal AI. Walaupun AI tidak mempunyai sejarah yang agak baik dalam game RPG, saya boleh mengatakan dengan selamat bahawa Einherjar adalah bahagian terbaik dalam game.

 Valkyrie Elysium

Anda tidak perlu risaukan tentang mereka kerana mereka tidak akan mati dan telah pun mati. Rasanya agak puas apabila melihat mereka keluar bertarung bersama pemain untuk menewaskan musuh yang lebih besar. Secara keseluruhan, terdapat empat Einherjar dan setiap daripada mereka menggunakan unsur yang berbeza.

Terdapat satu mekanik yang begitu menarik perhatian saya di mana selepas menggunakan kemahiran sihir atau memanggil Einherjar, senjata Valkyrie akan memperoleh yang sama. Kemudian boleh digunakan terhadap musuh yang mempunyai unsur dan kelemahan yang berbeza. Sekali gus menjadikan strategi utama dalam setiap pertarungan.

 Valkyrie Elysium

Siri Valkyrie memang sangat memfokuskan kepada hubungan diantara Valkyrie dan Einherjar walaupun tidak banyak menunjukkan banyak cerita mengenainya. Namun, hubungan mereka akan menjadi lebih rapat apabila Valkyrie menggunakannya semasa bertarung.

Dunia persekitaran

 Valkyrie Elysium

Dunia Valkyrie Elysium menunjukkan semasa bumi sedang diambang kiamat yang agak suram. Anda akan melalui banyak runtuhan atau bandar, kampung dan istana yang telah ditinggalkan. Semasa bermain versi demo, saya fikir ia akan membantu menetapkan suasana yang lebih gelap untuk perjalanan cerita tetapi apa yang jadi adalah sebaliknya dan rasa lebih kosong.

Persekitaran yang ada dalam dunia Valkyrie semuanya nampak sangat terperinci tetapi apabila bermain dengan lebih lama, ia nampak berulang dan tidak bermaya. Reka bentuk persekitaran selalunya berlumpur dengan pelbagai bentuk bangunan zaman pertengahan generik berwarna kelabu kusam. Walaupun bertukar kepada suasana yang bersalji, ia masih rasa sama seperti awal.

 Valkyrie Elysium

Terdapat satu misi untuk mencari item yang hilang dengan mengikuti rama-rama. Nasiblah ada rama-rama yang boleh tolong tunjukkan jalan, kalau tidak, saya telah sesat merata kerana hampir semua bangunan kelihatan sama.

Kesimpulan

 Valkyrie Elysium

Secara keseluruhan, saya rasa Valkyrie Elysium adalah game yang baik walaupun saya banyak mengatakan perkara buruk tentang game ini. Pada pendapat saya, pertempuran dalam game ini sememangnya sangat menyeronokkan terutama sekali apabila memanggil Einherjar. Namun, ceritanya terasa tergesa-gesa, wataknya kurang berkembang dan reka bentuk dunianya terlalu membosankan.

Jika ingin bermain game ini, saya sarankan anda untuk tidak menghiraukan tentang perkara yang saya katakan dan pergi membunuh semua musuh serta selamatkan bumi sebelum kiamat.

 Valkyrie Elysium

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba action RPG yang mempunyai pertempuran pantas, saya sarankan anda untuk mendapatkan Valkyrie Elysium dan ia akan dilancarkan pada 29 September 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam.

Untuk dapatkan review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Pra-pesan Sekarang!
Valkyrie Elysium
Release Date: 2022-09-29
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Valkyrie Elysium merupakan game action RPG baharu dalam francais Valkyrie Profile.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Valkyrie Elysium
Previous Post

Persona 5 Royal Review (PC) — Port Mantap Yang Berjaya Mencuri Hati Pemain!

Next Post

Apex Legends – Memperkenalkan Legend baru Catalyst, info lengkap abiliti & asal usul!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apex Legends – Memperkenalkan Legend baru Catalyst, info lengkap abiliti & asal usul!

Apex Legends - Memperkenalkan Legend baru Catalyst, info lengkap abiliti & asal usul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd