V Rising merupakan game terbaru yang sedang hangat dimainkan. Ianya merupakan game survival RPG yang dibangunkan oleh Stunlock Studios dan masih lagi dalam akses awal. Ianya hanya tersedia di Steam buat masa ini dan terdapat dua bundle tersedia untuk dimiliki. Kami juga berpeluang untuk review V Rising ini dan akhirnya tahu mengapa ramai yang bermainnya. Ingin tahu kenapa, mari baca review kami ini.
Permulaan game
Walaupun tidak mempunyai single-player campaign, tetapi masih ada role yang menceritakan kisah tentang vampire yang ingin membina semula puak mereka yang kini diambang kepupusan. Maksudnya di sini, anda perlu melakukan banyak kerja seperti memburu, membina istana dan macam-macam sehinggalah anda menjadi Vampire Lord terhebat.
Sebelum mulakan game, terdapat beberapa mod yang dipisahkan antara PvP dan PvE. Tetapi V Rising nampaknya lebih tertumpu kepada PvP, sebab mereka telah sediakan tiga mode berbeza dengan server yang fokus pada Full Loot. Selepas memilih mode yang ingin dimainkan dan menyertai server atau realm sendiri, sudah tentu anda perlu reka watak anda pula. Tetapannya agak menarik kerana anda boleh menghasilkan vampire yang ganas tetapi kelihatan cool pada masa yang sama. Ia juga agak mudah untuk digunakan, jadi memang tidak pelik jika anda meluangkan masa yang lama untuk dapatkan rupa vampire yang diimpikan.

Gabungan ARPG dan survival
Ramai yang mengatakan V Rising seperti game Valheim yang digabungkan dengan Diablo. Tetapi apa yang dikatakan sebenarnya betul memandangkan perspektif serta mekanik survival yang digunakan dalam kedua-dua game tersebut wujud dalam V Rising. Ia sememangnya sebuah game survival daripada awal watak bangun daripada tidur sehinggalah anda memburu mangsa untuk terus hidup. Tetapi yang paling penting sekali, anda perlu membina istana anda sendiri.

Semasa memulakan perjalanan, anda perlu mengikut arahan jurnal untuk menghasilkan perisai dan senjata sebelum boleh melakukan benda lain. Selepas membina istana, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mencari lokasi sesuai untuk letakkan “Castle Heart”, senang cerita sumber tenaga utama untuk semua fasiliti. Agak lama juga masa dihabiskan boleh dihabiskan di sini kerana anda akan meluaskan lagi kawasan anda . Ia bukanlah seperti Valheim di mana anda hanya boleh membina di mana-mana sahaja kerana V Rising mempunyai border kawasan.

Sejujurnya, saya kurang gemar dengan building system V Rising kerana anda perlu hasilkan banyak barang untuk menghasilkan barang yang lebih berguna. Mungkin sebab itu ia direka lebih kepada pengalaman PvP, jadi anda tidak dikawal oleh masa dan perlu menunggu proses yang lama untuk selesaikan sesuatu seperti crafting. Tetapi nasib game ini mudah untuk kumpulkan material kerana balak dan batu mudah dikumpul tetapi agak bosan juga kalau perlu ulang berkali-kali.
Bercerita tentang combat pula, ianya agak mudah dan saya sukakannya. Anda boleh mengambil senjata dan tekan sahaja butang serang sambil bergerak tetapi kalau anda ingin menggunakan kebolehan vampire, ianya akan berkembang mengikut progress anda. Terdapat item yang boleh dibawa untuk sembuhkan diri dan memakan darah untuk naikkan Blood Pool. Animasinya agak perlahan dan pelik lebih-lebih lagi jika anda menggunakan senjata jarah jauh. Jadi kalau anda bermain secara beramai-ramai, elok gunakan sahaja senjata melee kerana ianya lebih pantas dan range-nya juga agak bagus.

Sentiasa beringat bahawa watak anda seorang vampire, sudah tentu ia lemah kepada cahaya matahari. Jika anda terdedah dengan lama, watak anda boleh mati. Memanglah anda boleh menyorok di sebalik bayang-bayang tetapi kalau ramai musuh yang ada pada waktu siang, memang susahlah untuk elak mereka ini. Yang hebatnya jadi vampire ini, anda boleh memburu haiwan hidup ataupun musuh anda untuk minum darah mereka apabila HP mereka rendah. Terdapat juga buff yang anda boleh dapat mengikut kualiti darah yang dihisap.

Bercerita mengenai ekplorasi pula, ianya hampir sama dengan game survival yang lain. Terdapat banyak perkara untuk diterokai seperti kem lanun atau tempat untuk raid. Perspektif top-down juga membantu untuk membuatkan eksplorasi ini lebih seronok. Tetapi kalau terdapat banyak lagi tumbuhan lain atau kawasan yang lebih luas untuk bina istana rasanya lebih elok memandangkan kawasan itu agak terhad.

Masalah yang timbul semasa bermain
Satu sahaja masalah saya dengan V Rising, iaitu progression system. Saya tidak suka apabila dipaksa untuk mengikut objektif utama game kerana ia hanya memberikan pengalaman yang linear walaupun boleh sahaja kita bebas dalam dunia itu. Jika anda inginkan lebih item dan progress dengan lebih baik, anda terpaksa melakukan misi dan mengalahkan boss tertentu sepanjang game. Proses untuk melawan mereka tidaklah begitu seronok bagi saya kerana kadang-kadang mereka ini muncul pada siang hari malah susah untuk dijejak selepas mereka respawn.

Game ini juga agak grindy, jadi anda perlu meluangkan masa yang banyak untuk menikmati keseluruhan kandungan game. Pada mulanya, anda tidak akan merasanya kerana semua item cuma low-tier tetapi apabila anda mula untuk hasilkan item high-tier ia akan memerlukan proses yang lama. Memang anda boleh mendapatkan bantuan untuk kumpul, tetapi ia masih lagi perlukan tenaga dan masa yang banyak, membuatkan saya rasa game ini tidak lagi seronok. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan akses kepada item yang hanya boleh didapatkan daripada progression.
Saya juga mencuba game ini dengan tetapan maksimum dengan spesifikasi seperti berikut: i5-9300H, GTX 1660Ti, and 16GB RAM. Ianya agak stabil tetapi saya sedar terdapat beberapa pemain lain yang mempunyai masalah dengan penggunaan memori kerana game ini memakan banyak RAM anda. Patutlah spesifikasi minimum game ini meminta pemain mempunyai 12 GB RAM untuk memainkan game ini. Walaupun begitu, grafik game ini tidaklah begitu gah. Harap-harap pihak pembangun akan mengoptimumkan game ini sebelum melepaskan versi akhir.

Kesimpulan
Walaupun saya tidak menyatakan banyak perkara positif mengenai V Rising, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa ia mempunyai potensi yang besar. Konsep ARPG dengan survival yang digunakan agak menarik tetapi perlukan sedikit kemasan untuk berikan pengalaman bermain yang lebih elok. Kalau progression system boleh diseimbangkan dan mode PvE dikemaskini untuk pemain solo atau kasual, rasanya V Rising akan lebih seronok. Harap-harap pelancaran akhir nanti, game ini menjadi lebih baik malah mampu bersaing dengan game hebat lain. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
The Review
V Rising
PROS
- Gabungan konsep ARPG dan survival yang bagus
- Kandungan yang banyak walaupun masih akses awal
CONS
- Kadang-kadang sukar untuk maju kerana sistem progression
- Sistem membina boleh diperbaiki sedikit
- Fokus terhadap pengalaman solo agak sedikit
Discussion about this post