Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PC) — Pengembaraan visual paling best setakat ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, PC, Remastered, Review, Steam
0 0
0
Review Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PC) — Pengembaraan visual paling best setakat ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Naughty Dog ialah salah satu nama yang paling dikenali di platform PlayStation, di mana kejayaan besar francais Uncharted telah merentasi dua generasi konsol. Kini, peminat Uncharted boleh alami semula pengembaraan Nathan Drake di platform PC yang membawakan dua entri terbaik daripada siri Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost kepada perkakasan baharu dengan pelbagai penambahbaikan yang menjadikan pengalaman memburu harta karun lebih menyeronokkan.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah review saya untuk Uncharted: Legacy of Thieves Collection versi PC.

Harap maklum, dalam review ini saya tidak akan menjelaskan tentang jalan cerita, gameplay dan mekanik game kerana semuanya sudah dibincangkan dalam review saya untuk versi PS5 yang korang boleh baca di SINI.

Spesifikasi PC saya semasa menguji game ini:

  • Ryzen 5 3600
  • 16GB RAM
  • RTX 2070
  • Monitor 1440p

NVIDIA DLSS

Seperti biasa, ciri NVIDIA DLSS datang dengan pelbagai pilihan daripada Quality, Balanced, Performance dan Ultra Performance. Anda boleh memilih bergantung pada mana yang terbaik untuk setup anda.

Ini adalah keputusan ujian bagi setiap prestasi:

  • Tanpa DLSS: 61 FPS
  • DLSS Quality: 80 FPS
  • DLSS Balance: 85 FPS
  • DLSS Performance: 90 FPS
  • DLSS Ultra Performance: 98 FPS

Framerate saya meningkat kira-kira 31% untuk pilihan Quality manakala terdapat peningkatan sekitar 60% untuk pilihan Ultra Performance.

AMD FSR 2.0

Seperti NVIDIA DLSS, AMD FSR 2.0 hadir dengan pelbagai pilihan daripada Quality, Balanced, Performance dan Ultra Performance.

Ini adalah keputusan ujian bagi setiap prestasi:

  • Tanpa FSR: 61 FPS
  • FSR Quality: 74 FPS
  • FSR Balance: 80 FPS
  • FSR Performance: 86 FPS
  • FSR Ultra Performance: 101 FPS

Framerate saya meningkat kira-kira 21% untuk pilihan Quality manakala terdapat peningkatan sekitar 65% untuk pilihan Ultra Performance.

Kelebihan DLSS & FSR

Sejujurnya, DLSS Quality lebih daripada cukup jika anda mendapat sekurang-kurangnya 60 FPS, tiada penurunan taraf visual yang ketara. Tetapi jika anda mula menggunakan tetapan Performance atau lagi tinggi, ada perbezaan yang ketara di mana game akan kelihatan kabur dan tidak cukup sharp untuk dinikmati.

Untuk AMD FSR 2.0, pilihan Quality tidak sebaik NVIDIA, tetapi apabila memakai pilihan Ultra Performance, FPS terasa sedikit lebih stabil. Walaupun lebih baik, saya melihat penurunan visual yang sangat ketara. Bukan sahaja kabur, malah tekstur dan warna lebih gelap.

Sebagai contoh, saya menyediakan perbandingan kualiti visual untuk pilihan Quality dan Ultra Performance.

Kedua-dua ciri juga disertakan dengan pilihan slider yang anda boleh laraskan sharpness daripada 0 hingga 100. Saya cuba melaraskannya daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Dan ya, apabila anda meletakkan pada nilai 0, kualiti imej keseluruhan akan kelihatan sangat kabur manakala ia nampak lebih tajam jika anda memilih 100.

Yang peliknya, saya anggap framerate akan meningkat dengan banyak apabila memilih tetapan paling rendah, tetapi malangnya tidak. Alkisahnya, tetapkan sahaja slider pada 100 selagi mampu.

Sebagai contoh, saya juga menyediakan perbandingan untuk perbezaan kualiti visual.

Sharpness – 0
Sharpness – 100

Rasanya anda tidak perlu menggunakan pilihan Ultra Performance, melainkan jika PC anda sangat kentang dan memerlukan peningkatan prestasi yang besar. Pilihan ini wujud untuk golongan gamer itu, jadi korang tidak perlu risau.

Soal controller, maklum balas haptik dan adaptive trigger

Maklum balas haptik sangat ketara apabila melakukan aksi lockpick terutamanya semasa bahagian mencari “lubang kunci yang betul”. Memang sangat memuaskan apabila dapat selesaikan bahagian ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya dengan betul, tetapi rasanya seperti kita betul-betul membuka kunci pintu orang.

Anda juga boleh merasa getaran apabila melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, menggunakan zipline, dan aksi-aksi lain. Ternyata, ini antara ciri yang sangat penting untuk game jenis adventure seperti Uncharted, supaya gameplay terasa lebih mengasyikkan.

Untuk adaptive trigger, pelaksanaannya tidak sehebat maklum balas haptik. Trigger hanya dirasai apabila menggunakan pistol. Sebagai contoh, tension butang semasa menekan butang R2 apabila menggunakan pistol amat ringan, tetapi akan menjadi lebih kuat apabila menggunakan Assault Rifle atau Turret.

Kenapa saya kata tidak hebat? Ia tidak memberi banyak beza. Pengalaman memakai semua senapang lebih kurang sama jika anda tidak memberi perhatian.

Bermain menggunakan mouse dan keyboard pun tiada masalah dan terasa sangat selesa. Pemilihan butang secara default sangat mudah digunakan dan dioptiumumkan seperti kebanyakan game port lain oleh PlayStation. Bagi anda yang tiada controller atau gamepad, jangan risau.

Cuma jika ada peluang, saya sangat mengesyorkan anda untuk menggunakan DualSense kerana ia lebih seronok dan imersif.

Prestasi

Tentang prestasi keseluruhan, saya tidak mempunyai aduan yang besar. Kedua-dua Uncharted 4 dan Uncharted: Lost Legacy berjalan dengan sangat optimum dari segi framerate. Tetapi ada satu masalah yang saya alami.

Jika bermain Uncharted: Legacy of Thieves Collection pada PC dengan CPU yang mempunyai 6 core atau kurang, anda akan menerima mesej pop-up yang meminta kita untuk install building shader.

Seperti saya jelaskan di atas, PC saya menggunakan Ryzen 5 3600 (6 core), jadi saya perlu menunggu kira-kira 30 minit~ (tempoh masa installation bergantung pada CPU anda) untuk bermain game ini.

Sebelum itu, saya cuba bermain game tanpa install shader dan hasilnya; game ini memakan 80% – 100% daripada CPU saya. Memang sakit. Selesai sahaja install shader, game ini hanya memakan 50% – 60% daripada CPU saya. Jika tidak silap, game seperti God of War, hanya menggunakan 30% daripada CPU saya.

Mengikut pemerhatian, Uncharted terlalu demanding daripada segi proses CPU. Saya tidak mempunyai masalah kerana memiliki CPU yang baik tetapi ini boleh menjadi masalah bagi orang yang menggunakan CPU kentang seperti Intel atau AMD gen lama.

Satu lagi masalah lain yang saya alami ialah game kadang-kadang akan “stutter/lag” untuk adegan pertarungan yang terlalu padat dengan orang. Sebagai contoh, pada permulaan Uncharted 4, kita dikelilingi oleh bot musuh dan dihujani dengan tembakan dan laut.

Masalah yang saya sebutkan tadi memang ketara di bahagian ini. Namun, lag ini tidak berlaku dengan kerap, dan sangat jarang muncul selepas itu.

Untuk tetapan grafik, semuanya agak standard dan simple – anda boleh melihat pilihan untuk tekstur, shadow, ambien, reflection, model dan sebagainya. Terdapat juga preset sedia ada daripada Low, Medium, High, hingga Ultra. Tiada slider khusus seperti yang mereka lakukan untuk Marvel’s Spider-Man.

Pendapat

Tidak menghairankan untuk melihat PlayStation mengekalkan standard “emas” bagi game jenis port (diadaptasikan daripada konsol PlayStation untuk PC).

Ciri AI Upscaling seperti DLSS dan FSR telah diterapkan dengan bagus dengan pengoptimuman lancar yang meningkatkan prestasi dengan baik tanpa banyak mengorbankan visual.

Sokongan untuk Adaptive Trigger dan maklum balas haptik pada DualSense di PC pula menjadikan Uncharted: Legacy of Thieves Collection berasa lebih mengasyikkan, lantas memberi pengalaman ala-ala PS5 ke PC.

Tetapi, beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan, terutamanya pada pengoptimuman untuk penggunaan CPU. Walaupun tidak begitu ketara, ia lebih baik jika ia lebih dioptimumkan seperti God of War dan Marvel’s Spider-Man yang tidak terlalu berat dari segi CPU.

Maka, tamatlah review saya untuk Uncharted: Legacy of Thieves Collection versi PC yang bakal dilancarkan di Steam dan Epic Games Store pada 19 Oktober ini. Jika berminat untuk bermain satu lagi game PS yang hebat, ini adalah satu pembelian yang bagus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCreviewunchartedUncharted: Legacy of Thieves Collection
Previous Post

GSC Fan Screening “Evangelion 3.0+1.0” akan berlangsung 22 Okt! Tiket dijual sekarang!

Next Post

DualSense Edge Akan Tersedia di Malaysia Pada 26 Januari! Berharga RM 999!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DualSense Edge Akan Tersedia di Malaysia Pada 26 Januari! Berharga RM 999!

DualSense Edge Akan Tersedia di Malaysia Pada 26 Januari! Berharga RM 999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd