Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review The Exorcist: Believer – Kisah Seram Klasik Ubah Sekuel Moden

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Review The Exorcist: Believer – Kisah Seram Klasik Ubah Sekuel Moden
Share on FacebookShare on Twitter

Mengikuti trend terkini di Hollywood yang gemar membangkitkan francais seram ikonik lama seperti Halloween dan Texas Chainsaw Massacre, The Exorcist: Believer berfungsi sebagai sekuel langsung kepada kepada filem seram klasik pada 1973 oleh William Friedkin, yang walaupun selepas 50 tahun, masih dianggap sebagai salah satu filem paling seram yang pernah dibuat.

Memandangkan filem asal 1973 diakui sebagai karya seram teragung yang bantu membentuk genre itu, ramai yang mempunyai jangkaan tinggi untuk The Exorcist: Believer. Di sini, kami diberi peluang untuk menonton filem ini lebih awal oleh United International Pictures Malaysia.

Adakah ia bagus seperti yang disangkakan? Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.

Plot cerita

Kredit: UIP Malaysia

Kisah seram ini mengisahkan Victor Fielding (Leslie Odom Jr.) yang membesarkan anak perempuannya, Angela (Lidya Jewett), sebagaia seorang bapa tunggal selepas kematian isterinya dalam gempa bumi Haiti.

Seperti mana-mana filem seram supernatural, Victor terpaksa mengalami pelbagi peristiwa aneh yang tidak dapat dijelaskan selepas Angela dan rakannya Katherine (Olivia O’Neill) ditemui; selepas hilang secara misteri selama 3 hari.

Kredit: UIP Malaysia

Apabila perkara aneh berlaku dnegan semakin kerap, Victor tidak mempunyai pilihan selain daripada menghadapi “kepercayaan” sendiri dan melawan punca kejahatan demi menyelamatkan anak perempuan dan rakannya yang dirasuk.

Rentak naratif

Kredit: UIP Malaysia

Secara am, filem ini mempunyai tempo yang lebih dan memperkenalkan wataknya dan peristiwa secara beransur-ansur sebelum memfokuskan pada segala kejadian ghaib.

Filem ini memulakan naratif dengan kisah tragis Victor hingga ke masa kini tentang hidup bersama anak perempuannya. Sebenarnya, selepas separuh daripada filem itu berlalu, barulah unsur-unsur supernatural mula diperkenalkan yang perlahan-lahan meningkatkan saspen dan seram.

Kredit: UIP Malaysia

Di saat ini ia menjadi kisah seram yang berkesan, penuh dengan jumpscare dan adegan yang membuatkan saya dan penonton lain melompat. Efek ini digandakan bersama sinematografi yang dirakam dengan cemerlang, bunyi senyap yang bikin saspen dan kesan bunyi yang menakutkan.

Walaupun begitu, saya anggap bahagian “berisiko” dalam filem ini tidak banyak kerana segmen rasuk tidaklah melampau atau seram seperti yang dilakukan filem lain, terutamanya selepas saya melihat betapa terkawal/selamat situasi yang mereka hadapi.

Watak & Perwatakan

Kredit: UIP Malaysia

Walaupun tempo perlahan, majoriti watak dan latar belakang mereka malangnya gagal dijelaskan kerana kekurangan masa. Apabila sesetengah peristiwa berlaku, beberapa watak baru mula diseret ke dalam bencana paranormal ini tanpa pengenalan yang betul, seperti jiran Victor dan seorang paderi yang namanya tidak disebut.

Malah, walaupun dua keluarga yang terlibat dalam kes kerasukan ini, (dua kes rasuk berlaku sekaligus, bukan satu), naratif masih tidak menjelaskan banyak tentang keluarga Katherine, lalu menyebabkan detik-detik emosi antara keluarga mereka terasa kurang sedih/terharu.

Kredit: UIP Malaysia

Apabila aspek keterdesakan mula memakan Victor, dia mencari dan berbincang bersama Chris MacNeil, protagonis kepasa filem klasik pada 1973, di mana Ellen Burstyn mengulangi peranannya sebagai MacNeil. Walaupun MacNeil adalah nama besar dalam francais Exorcist, kemunculannya amat singkat dan hanya berfungsi sebagai “fan service” demi memberikan motivasi untuk mendorong Victor ke jalan yang betul.

Selain ucapan motivasi, ada saat-saat di mana watak akan bermonolog panjang. Adegan-adegan ini pun terasa agak berlarutan kerana dialog yang panjang membuatkan pelakon kelihatan robotik dan kaku.

Klimaks & Tema

Kredit: UIP Malaysia

Boleh dikatakan kemuncak filem ini adalah apabila krew mula melakukan exorcism (mengusir keluar roh jahat) untuk menyelamatkan gadis-gadis yang dirasuk. Daripada mengekalkan aspek seram sepanjang masa, adegan pengusiran hantu merangkumi detik-detik “intense”, untuk menimbulkan rasa takut dan memaksa watak kita membuat pilihan yang sukar.

Satu tema penting yang Exorcist: Believer nampaknya ingin mewujudkan adalah konflik antara agama, kepercayaan, dan pegangan, lantas nama Believer.

Kredit: UIP Malaysia

Konflik cenderung berlaku disebabkan kepercayaan kerana Victor sebagai seorang insan yang tidak percaya kepada unsur ghaib manakala ibu bapa Katherine, Tony (Norbert Leo Butz) dan Miranda (Jennifer Nettles) adalah orang yang kuat agama.

Apabila kerasukan Angela semakin teruk, Victor mula merenungkan kepercayaannya sendiri dan memilih untuk mempercayai orang sekeliling, lalu menjadi tonggak utama yang mengumpulkan semua orang untuk menghentikan kejahatan yang memakan Angela dan Katherine.

Pendapat

Kredit: UIP Malaysia

Dipenuhi dengan situasi yang menakutkan, The Exorcist: Believer ialah filem seram yang patut ditonton oleh para peminat. Walaupun The Exorcist: Believer tidak setanding dengan filem orginal pada 1973, ia menepati banyak aspek dengan baik, terutamanya untuk sinematografi dan elemen jumpscare yang berkesan dan tidak dijangka.

Bagaimanapun, satu bahagian di mana filem ini gagal adalah pada detik-detik emosi. Walaupun saya lihat ada banyak usaha, ia tidak memberi kesan kerana beberapa watak hampir tidak menerima masa yang mencukupi untuk membentuk hubungan dengan penonton.

Secara keseluruhan, The Exorcist: Believer ialah filem supernatural yang aksinya bermula dengan perlahan, tetapi mampu membuatkan penonton terpaku di tempat duduk mereka apabila semakin serius.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemSeramThe Exorcist: Believer
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed Mirage Interview — Rakaman Azan Dilakukan di Singapura!

Next Post

Diablo IV Akan Hadir ke Steam 18 Oktober Ini! Akan Lancar Bersama Season 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Diablo IV Akan Hadir ke Steam 18 Oktober Ini! Akan Lancar Bersama Season 2!

Diablo IV Akan Hadir ke Steam 18 Oktober Ini! Akan Lancar Bersama Season 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd