Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review The DioField Chronicle – Strategi JRPG beraspirasikan MOBA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, JRPG, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review The DioField Chronicle – Strategi JRPG beraspirasikan MOBA
Share on FacebookShare on Twitter

Pada masa ini, kebanyakannya game di pasaran terdiri daripada game action open world atau action adventure. Untuk mengembalikan semula genre yang “populasinya” makin mengurang, beberapa pemaju membuat game klasik berdasarkan strategi. Sebagai contoh, Square Enix menghasilkan The DioField Chronicle yang membawa konsep cukup unik dengan menggabungkan banyak inspirasi daripada pelbagai permainan.

Apa yang membuatnya unik? Pertama, The DioField Chronicle menawarkan genre strategi real-time dengan inspirasi daripada MMO dan MOBA. Kami sempat mencuba game ini untuk mengalami sendiri gameplay, jadi berikut adalah review kami untuk The DioField Chronicle!

Visual lawa tapi jalan cerita membosankan

The DioField Chronicle mempunyai plot cerita yang agak standard untuk sebuah JRPG. Secara amnya, game ini berlatarkan kawasan yang dipanggil Diofield di mana Kingdom of Alletain sedang diceroboh oleh kerajaan jahat yang lebih besar kerana ia mahukan sumber sihir dipanggil Jade. Anda akan mengawal kumpulan dipanggil Blue Foxes yang diketuai oleh protagonis – Angrias dengan matlamat untuk menghentikan pencerobohan berbahaya itu.

Plot seperti itu, pada pendapat saya, benar-benar standard dan sering kami jumpa dalam game atau anime JRPG. Malah, adegan awal dalam cerita pun tidak cukup untuk membuatkan saya tertarik untuk terus memainkannya kerana nampak membosankan. Seperti biasa, kita perlu menyelamatkan orang, mengalahkan beberapa orang jahat sana sini, dan hal generik lain.

Selain itu, plot cerita pun rasa tergesa-gesa. Sebagai contoh, dalam bab pertama; satu kumpulan telah dibunuh dan salah seorang watak penting meninggal dunia. Adegan tiba-tiba terhenti dan adegan lain muncul di mana narator menjelaskan mengapa watak penting itu mati. Kita tidak akan ditunjukkan bagaimana watak lain bertindak balas dan bagaimana ia mempengaruhi keadaan sekeliling.

Kumpulan watak yang unik

Nasib baiklah jalan cerita yang membosankan dipenuhi dengan pelbagai watak unik dengan personaliti berbeza. Personaliti watak di sini adalah ala seperti drama Game of Thrones. Contohnya protagonis – Agrias adalah seorang yang berkepala keras dengan keyakinan diri yang tinggi. Fredret pula ialah kawan baik kepada watak utama yang sering bersuara tentang apa sahaja. Isca pula ialah seorang bangsawan yang baik hati.

Watak yang menarik perhatian saya ialah Waltaquin Redditch (gadis berambut putih). Apabila mula-mula muncul, dia nampak seperti seorang puteri pendiam yang baik, tetapi tidak lama selepas itu, rupanya dia adalah seorang “masochist” yang licik. Dia ketawa gembira sambil menyeru meteor untuk menghujani musuh, dam menjadi sangat teruja untuk melawan lebih ramai musuh tetapi kecewa apabila mereka terlalu lemah.

Gameplay JRPG intensif adalah sorotan utama

The DioField Chronicle mempunyai gameplay yang berbeza daripada game strategi JRPG lain kerana pemaju lebih menekankan pada strategi real-time. Dalam pertempuran, kita mempunyai empat watak atas peta. Terdapat kursor untuk memilih watak yang kita mahu kawal. Cara untuk menggerakkannya ialah dengan menekan butang dan menggariskan ke mana anda ingin watak pergi, termasuk apabila anda ingin menyerang musuh.

Setiap watak di sini mempunyai abiliti unik atau Special Attack. Efeknya berbeza-beza; ada yang menyerang AoE, memberi buff atau stun musuh sehingga tidak boleh bergerak. Setiap watak juga dibahagikan kepada empat kelas iaitu Soldiers (DPS), Cavaliers (Tank), Sharpshooters (Ranged), dan Magickers (Healer / Summoner).

Malangnya, anda hanya boleh mengawal empat watak utama dalam setiap pertarungan. Setiap watak “primary” ini boleh digandingkan dengan watak “bench”, yang pada masa yang sama boleh mengambil Special Attack yang dia ada. Watak simpanan juga akan mendapat XP dan Ability Point selepas pertarungan.

Terdapat juga sistem bernama Magilumic Orbs yang membenarkan kita melakukan Summon kuat seperti Bahamut untuk menyebabkan damage besar-besaran. Tetapi untuk melakukannya, kita memerlukan Blue Orbs yang terjatuh daripada setiap musuh yang dibunuh. Maksudnya, anda boleh menggunakannya apabila dalam keadaan terdesak atau simpan ketika melawan musuh yang sukar.

Setiap kali anda menyelesaikan misi atau pertarungan, anda akan memperoleh XP untuk meningkatkan stat watak . Terdapat juga Ability Point untuk meningkatkan skill pasif. Terdapat juga sistem untuk meningkatkan level senjata, mendapatkan skill seperti summon. Progress bab customization cukup luas, tetapi tidak begitu rumit untuk dipelajari.

Pada pendapat kami, gameplay strategi real-time seperti ini agak unik, di mana pemain benar-benar harus berfikir dengan cepat untuk menyerang, bertahan, heal, summon dan sebagainya. Apabila dapat menyelesaikan setiap pertarungan itu, rasanya sangat memuaskan kerana intensitinya begitu tinggi. Walaupun saya mengaku gameplay-nya menyeronokkan, bahagian penghujung akan terasa repetitif jika anda mengambil masa yang lama.

Kualiti visual tidak perlu dipertikaikan

Saya sangat suka gaya seni dan visual dalam game ini. Gayanya seperti ga,e fantasi klasik yang estetik dan elegan pada masa yang sama. Tidak hairanlah kerana gaya dalam game ini direka oleh Isamu Kamikokuryo yang sebelum ini terlibat dalam Final Fantasy 12. Saya juga suka gaya pakaian untuk pelbagai watak yang berada dalam gaya 1700-an di mana beberapa watak memakai sut perisai kesatria dan yang lain mempunyai sut dan bertopi mewah.

Pada masa yang sama, peta pula nampak simple dan kecil. Lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan summon, Bahamut pun nampak lebih besar daripada peta yang disediakan. Tetapi dalam hal ini, ia boleh menunjukkan betapa kuatnya summon itu memandangkan kuasanya pun boleh mengubah arus pertarungan.

Tentang soal muzik, itu pun patut diberi pujian yang positif kerana dapat mengurangkan kebosanan apabila saya merasakan gameplau semakin berulang. Ramin Djawadi dan Brandon Campbell yang sebelum ini dilihat di Game of Thrones melakukan kerja yang bagus untuk The DioField Chronicle.

Pendapat

Pertama sekali saya ingin memuji The DioField Chronicle kerana berani membawa sesuatu yang berbeza dari segi gameplay. Melihat game itu menggabungkan konsep strategi JRPG tegar dengan elemen RTS dan MOBA gaya negara barat sebenarnya menjadikan game lebih menarik untuk dinikmati. Saya juga berani mencadangkan kepada mereka yang tidak suka game strategi untuk mencuba The DioFied sebagai permulaan kamu kepada genre.

Reka bentuk daripada perspektif visual hingga ke muzik pun semuanya bagus. Malangnya, ia dikaburi oleh jalan cerita generik yang biasanya terdapat dalam banyak game dalam genre yang sama atau anime JRPG. Jika mereka boleh membuat jalan cerita yang lebih baik, game ini sudah hampir sempurna.

Bagi mereka yang berminat, The DioField Chronicle telah dikeluarkan secara rasmi dan boleh dimainkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, dan juga PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The DioField Chronicle

7 Score

PROS

  • Gameplay strategi unik dan menarik
  • Visual dan lagu yang meningkatkan keseronokan bermain
  • Visual yang cantik dan elegan

CONS

  • Jalan cerita penting pun nampak generik
  • Peta yang agak kecil

Review Breakdown

  • Pertama sekali saya ingin memuji The DioField Chronicle kerana berani membawa sesuatu yang berbeza dari segi gameplay. Melihat game itu menggabungkan konsep strategi JRPG tegar dengan elemen RTS dan MOBA gaya negara barat sebenarnya menjadikan game lebih menarik untuk dinikmati. Saya juga berani mencadangkan kepada mereka yang tidak suka game strategi untuk mencuba The DioFied sebagai permulaan kamu kepada genre. 0
Tags: JRPGreviewThe DioField Chronicle
Previous Post

IGDX 2022 Kembali Dengan Pelbagai Pemain Hebat Industri Gaming! Akan Berlangsung Oktober Ini di Bali!

Next Post

“Clash of Clans” Menyambut Pembaruan Yang Terbesar Dalam Sejarah! Dewan Bandar Tahap 15 Tersedia Sekarang – Titan Elektro Menampil Gagah!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
“Clash of Clans” Menyambut Pembaruan Yang Terbesar Dalam Sejarah! Dewan Bandar Tahap 15 Tersedia Sekarang – Titan Elektro Menampil Gagah!!

“Clash of Clans” Menyambut Pembaruan Yang Terbesar Dalam Sejarah! Dewan Bandar Tahap 15 Tersedia Sekarang - Titan Elektro Menampil Gagah!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd