Pada tahun 2008, EA mengeluarkan Dead Space pertama yang menerima ulasan positif di seluruh dunia sehingga menjadi salah satu game seram sci-fi paling digemari sepanjang zaman. Namun, francais itu tiba-tiba mati selepas keluaran Dead Space 3 dan tidak aktif selama hampir sedekad. Di sini, pencipta bersama francais Glen Schofield dan pasukan Striking Distance Studios telah mencipta pengganti bernama The Callisto Protocol yang meminjam banyak unsur daripada francais ikonik itu sambil mewujudkan identiti uniknya sendiri.
Adakah Callisto Protocol dapat menyampaikan kualiti yang sama seperti pendahulunya? Inilah review kami!
Jalan cerita penuh jump scare

Kisah game ini berlangsung di Callisto iaitu bulan Jupiter, di mana kita mengawal seorang lelaki bernama Jacob Lee yang terhempas kapalnya tanpa sengaja di planet tersebut. Ditangkap oleh pasukan keselamatan Black Iron Prison, dia dipenjarakan buat masa seketika hinggalah dikejutkan dengan jeritan yang mengerikan. Selepas melepaskan diri daripada sel., Jacob mendapati bahawa Black Iron kini dalam keadaan huru-hara dengan mayat-mayat dan kemusnahan di sekeliling.
Di sini, tanggungjawab kita adalah untuk membantu Jacob melarikan diri daripada malapetaka yang berlaku.

Secara kasar, saya rasa plotline Callisto agak simple dan mudah diramal. Malah, Jacob pun bukanlah protagonis yang berkarisma. Mungkin ada yang anggap dia dungu kerana dia hanya sedar apa yang berlaku dalam bab terakhir sedangkan setiap watak dalam game sudah tahu apa yang terjadi, dan menyampaikan maklumat ini kepadanya. Walaupun begitu, Jacob masih tidak faham.
Watak sampingan sebenarnya bagus tetapi latar belakang mereka tidak ditulis dengan baik, dan masing-masing tidak mempunyai cukup masa untuk menyerlahkan personaliti sendiri. Bagi bahagian suara, semuanya berlakon dengan baik dan persembahan setiap watak cukup bagus walaupun tempoh kemunculan mereka agak singkat.

Kesimpulan rasa cukup tergesa-gesa dan seolah-olah tidak selesai. Bukan untuk kata jalan cerita Callisto sangat 100% teruk tetapi ia tidak cukup menarik dan murah diramal.
Untuk aspek seram, tidak perlu kata jump scare sangat banyak; ada yang menyeramkan, ada yang tidak. Cuma mereka terlalu gantung pada jump scare untuk menimbulkan aspek seram.
Aksi gory melampau

Disebabkan Jacob perlu melepaskan diri, dia harus bertarung dalam pelbagai situasi yang mengancam. Di ambang kemusnahan, Black Iron Prison kini dipenuhi dengan makhluk mutasi dan semuanya boleh membunuh Jacob dalam sekelip mata.
Dari segi pertempuran, Callisto Protocol agak berbeza daripada Dead Space dalam beberapa aspek. Pertama sekali, Callisto ada penekanan pada pertempuran jarak dekat. Jacob memperoleh baton yang boleh digunakan untuk kedua-dua kombo pantas atau hayunan besar (heavy attack) yang lebih kuat tetapi lebih perlahan. Sebagai nasihat, saya sarankan korang jangan terlalu bergantung pada heavy attack – ia memang memberikan banyak damage, tetapi mudah mendedahkan Jacob kepada serangan musuh. Ingat, protagonis kita mudah dibunuh, jadi hati-hati semasa bertarung.

Selain itu, terdapat ciri block dan dodge (mengelak). Dengan memegang left stick ke kiri atau kanan, Jacob akan mengelak serangan musuh dengan lincah. Cara untuk betul-betul bermain adalah anggap Jacob sebagai peninju profesional; lakukan satu-dua kombo, elak serangan musuh, sambung kombo. Jangan lupa untuk memanfaatkan ciri block dalam keadaan terdesak. Walaupun kita akan menerima damage, sekurang-kurangnya ia tidak banyak.
Namun, tidak semuanya indah. Animasi semasa menyerang kurang konsisten. Jika kita dan musuh menyerang pada masa yang sama, musuh akan sentiasa menan, sedangkan pukulan kita sampai dahulu.

Kelebihan game ini pasti adalah adegan brutal dan gory. Perasaan memecahkan kepala atau anggota badan mutan memang puas hati, tetapi sistem melee-nya membuatkan saya sukar untuk membiasakan diri. Seperti saya kata tadi, saya jarang menggunakan heavy attack kerana kemungkinan untuk kita dibunuh sangat tinggi. Ini membuatkan mekanik itu agak sia-sia di penghujung hari.
Pertempuran jarak jauh adalah pilihan selamat

Pertempuran jarak jauh bagi saya lebih cemerlang dalam Callisto Protocol. Di sini, Jacob mempunyai pilihan senjata yang lebih standard berbanding Dead Space di mana dia menggunakan pistol, shotgun dan assault rifle untuk menahan gerombolan raksasa.
Senjata standard ini kemudian boleh dinaik taraf dan akhirnya akan membuka tembakan alternatif untuk setiap senjata. Nasib baik, senjata ini cukup kuat kerana setiap tembakan mempunyai kuasa untuk menembusi daging dan tulang, memecahkan kaki, lengan dan kepala.

Abiliti Telekinesis pula diaktifkan melalui cip GRP di lengan Jacob yang membolehkannya menarik semua jenis objek, termasuk musuh. Bersepah di hampir setiap persekitaran adalah kipas pantas supersonik, dinding berduri dan kanister letupan yang anda boleh lontar untuk menghapuskan musuh di sambil menjimatkan inventori kita.
Korang perlu menggunakan sepenuhnya semua alatan dan objek yang tersedia untuk bertahan hidup dan di sini, pertempuran rasa amat memuaskan apabila semuanya berjalan lancar.

Namun seperti biasa, masih ada beberapa isu. Masalah utama ialah sudut kamera yang kadangkala tidak tepat, lalu menyebabkan kami tersasar tembakan mudah. Ini hanya masalah kecil jika dibandingkan dengan isu-isu lain.
Reka bentuk level yang repetitif

Secara amnya, laluan ke hadapan sentiasa linear dengan beberapa koridor atau bilik menyimpang untuk kita terokai. Laluan-laluan kecil ini kadangkala menawarkan ganjaran seperti ‘contraband’ bagi upgrade kredit, atau ‘audio note’ untuk info lanjut bagi latar belakang dalam game.
Tiada sebarang teka-teki atau halangan perjalanan yang akan anda hadapi. Perkara paling “sukar” yang perlu kita atasi pun hanyalah pintu berkunci atau kotak fius yang memerlukan pemain untuk menggunakan bolong demi mencari laluan baru atau mencari kawasan sekeliling bagi mendapatkan kad kunci. Lebih kurang, semua level hampir sama dan tidak menawarkan cabaran besar.

Satu lagi kekurangan adalah mekanik mutasi di mana mutan boleh berubah ke versi lebih kuat. Sekiranya kita melakukan damage tinggi pada musuh tetapi tidak membunuhnya dengan pantas, mutan itu akan berubah dengan cepat kepada varian yang lebih kuat. Ini sepatutnya mencipta senario yang lebih mencabar, tetapi majoriti musuh akan bermutasi dalam cara yang sama jadi kita pun perlu menangani mereka dalam cara yang sama. Di situ, mereka juga mengulang mekanik sama yang mudah jadi membosankan.
Suasana sci-fi seram yang realistik

Satu bahagian yang saya boleh puji Callisto Protocol adalah pihak studio melakukan kerja yang bagus pada aspek visual dan audio, yang sejujurnya sangat menakjubkan.
Secara grafik, Callisto memberi gambaran realisme pada persekitaran, reka bentuk watak, makhluk, dan animasi. Kita dapat melihat setiap butiran termasuk peluh di dahi Jacob atau percikan darah yang terpampang di atas sutnya selepas mengharungi pertarungan brutal.

Keganasan yang dipamerkan pun sangat mengerikan dan seram seperti sesungut yang tercabut dari tubuh musuh, letupan yang menghancurkan anggota badan dan sebagai. Dari segi alam sekitar pun, Black Iron berjaya menggambarkan planet yang seram dan suram di alam angkasa.
Untuk audio, semuanya sama mengagumkan, dengan bunyi jeritan dan ngauman di latar belakang untuk sentiasa membuatkan saya berjaga-jaga terhadap setiap bahaya. Berbanding TV atau speaker, lebih baik korang bermain game ini dengan headphone untuk mendapatkan pengalaman paling mantap sekali.
Walaupun studio berjaya menangkap rupa penjara yang seram, ia mempunyai kekurangan pada ‘variasi’. Secara ringkas, kita akan meneroka koridor demi koridor, terowong demi terowong, bilik demi bilik. Kesemuanya dihasilkan dengan sempurna, tetapi mempunyai reka bentuk dan rupa yang sangat sama setiap kali, lantas boleh menjadi amat mengelirukan dan membosankan.
Mutan yang kita lawan pun tidak mempunyai banyak varian. Topik ini sudah saya sentuh di atas, tetapi ini mungkin jadi isu sebenar. Saya harapkan lebih banyak jenis musuh, tetapi kalau kita lawan musuh yang sama daripada awal hingga habis, siapa saja yang seronok kan?
Pendapat

Mungkin saya beri terlalu banyak poin negatif tetapi The Callisto Protocol bukanlah game yang teruk. Secara visual, ia memiliki semua kelebihan yang seorang peminat genre horror akan suka seperti aksi brutal, gore, keganasan dan banyak lagi. Malah ia mempunyai sistem pertempuran yang solid dan cuba memberikan sesuatu yang unik dan berbeza berbanding game lain dalam genre yang sama.
Malangnya, isu utama adalah game ini mudah menjadi bosan kerana unsur repetitif pada reka bentuk level dan musuh. Terdapat begitu banyak elemen yang menghilangkan elemen seram di dalam game – QTE yang repetitif, jump scare yang mudah diramal, dan jenis musuh yang sedikit.

Tetapi jika korang tidak kisah; The Callisto Protocol adalah game yang bagus dengan persembahan visual yang menakjubkan. Masih adalah tambahan yang padu jika korang suka bermain game seram.
Bagi sesiapa yang berminat, The Callisto Protocol kini tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

@gamersantaimy
Discussion about this post