Super Robot Wars Expansion Pack adalah DLC terbaru yang korang boleh dapatkan untuk Super Robot Wars 30. Expansion Pack ini telah tersedia sejak April lalu yang memberi misi baharu dan beberapa mecha tambahan. Sebelum itu, kami pernah review Super Robot Wars 30 semasa ia dilancarkan. Jika korang berminat untuk baca, sila klik di sini.
Tanpa melengahkan masa lagi, jom teruskan dengan review mengenai DLC Super Robot Wars 30 dari kami.
Apa Yang Baharu?

Dalam Super Robot Wars 30 DLC, terdapat 2 set yang akan diberikan untuk korang main. Bagi saya, Set 2 adalah jackpot dalam DLC ini manakala Set 1 tidak mempunyai banyak kandungan. Set 1 yang akan memberikan Mission: Expansion Pack Purchase yang mengandungi Spirit of Steel, Prana Converter dan bahagian kuasa Aos Arc serta Attacker and program kebolehan ExC Bonus.
Set 2 pula mengandungi misi, unit, serangan dan banyak lagi kandungan baharu yang ditambah untuk korang menikmati pertempuran sebenar. Inilah yang tadi saya katakan jackpot. Selepas ini, saya akan berikan korang pandangan yang lebih dalam mengenai Robo.
Untuk pengetahuan korang, terdapat satu update yang akan memberikan misi secara percuma untuk mencuba Robo baharu yang ada dalam DLC. Walaupun kebanyakan Robo hanya mempunyai akses kepada beberapa senjata asas untuk serangan, korang masih boleh mendapat pengalaman untuk mendengar BGM yang akan ada dalam DLC ini apabila korang hidupkan animasi semasa serangan.
Memperkenalkan Misi Baharu

Macam biasalah, game yang menggunakan strategi mesti nak kena bawa watak yang sesuai untuk masuk ke dalam misi. Jadi, dalam misi Expansion Pack ini korang dibenarkan membawa sehingga 14 robot semasa perlawanan. Nampak macam banyak tetapi ia adalah jumlah yang sedikit dan korang tidak akan dapat mengeluarkan semua robot kegemaran.
Jadi, korang kena fikir siapa yang korang perlukan untuk dibawa ke dalam pertempuran. Sini, saya bagi tips sikit. Korang boleh tumpukan pada Robot yang mempunyai banyak pilot di mana mereka mempunyai lebih banyak kebolehan spirit dan boleh memberikan buff kepada robot.

Korang akan dapat sekurang-kurangnya satu kuasa baharu apabila setiap misi dapat diselesaikan. Kuasa ini yang korang peroleh digunakan untuk melengkapkan bahagian kuasa dan menaikkan statistik robot tersebut. Terdapat satu ciri yang agak menari bagi saya iaitu pilot DLC berbual dengan pilot atau watak yang sedia ada dalam game. Bagi saya perkara ini sangat diperlukan untuk menampilkan lebih banyak personaliti kepada pilot DLC.
Analisis Robot Baharu
Bahagian penting dalam Super Robot Wars 30 Expansion Pack ini adalah Robot baharu. Korang akan dapat beberapa Robot yang terbaik diantara yang terbaik pernah ada dalam game. Bagi saya, ianya agak berbaloi untuk dijadikan sebahagian daripada barisan robot korang. Jom, tengok setiap satu robot dan pilot-nya.

Getter Robo
Unit Getter Robo dan pilot-nya membuat penampilan dalam DLC telah diambil daripada Getter Robo Devolution: The Last 3 Minutes of the Universe. Bagi Getter Robo terdapat tiga unit Getter 1, Getter 2 dan Getter 3 serta 3 pilot yang bernama Ryoma, Hayato dan Benkei.
Bagi saya, misi DLC baharu ini menarik kerana kita boleh lihat perbualan antara kedua-dua pilot Getter dan mempunyai animasi serangan baharu yang menakjubkan.

Ianya agak menarik apabila Getter Robo boleh berubah menjadi 3 bentuk berbeza sebelum memasuki pertempuran. Level pertama daripada custom bonus akan memberikan keupayaan untuk Getter bertukar selepas serangan. Untuk pengetahuan korang, setiap robot akan menerima custom bonus berdasarkan upgrade dan biasanya unik untuk robot yang baru mendapatnya. Ianya bermula dengan 5,10, 15 dan maksimum 20.
Jika nak dibandingkan dengan Getter pada game base yang berubah sebahagian dalam bentuk serangan, saya rasa unit yang ditampilkan dalam DLC lebih menarik kerana korang boleh mengubah keseluruhan unit. Korang yang bercadang untuk menggunakan semua unit, ianya perlu dilakukan sebanyak 3 kali untuk unit ini mencapai statistik dan kebolehan maksimum.

DLC Getter adalah salah satu Robo OP yang paling banyak dalam game kerana ia mempunyai 3 pilot utama. Pilot utama boleh mempelajari kemahiran seperti pemulihan SP dan menerima bonus Ace. G Ace akan membenarkan unit mempunyai 75% daripada jumlah SP semasa permulaan misi dan bukannya 50% yang menjadikan unit korang lebih kuat untuk setiap level yang diperolehi. Perkara yang penting untuk saya beritahu adalah Getter 2 mempunyai bonus untuk mengelak sebaik sahaja korang memperoleh 130+ moral.






Shinkalion
Sepanjang misi berjalan, Shinkalion E5 Hayabusa MkII akan bertukar menjadi Shinkalion E5 hayabusa MkII OX ALFA-X. Sejujurnya, saya menjangkakan mereka akan beri 2 Robo yang berbeza tetapi dapat 1 Robo yang diupgrade kepada ALFA-X dan menjadikan Young Hokuto sebagai Sub Pilot.
Hayato hadir dengan kebolehan pilot yang unik iaitu Shinkalion Compatibility. Kebolehan ini akan memberikan buff berdasarkan moral di bawah.
- 130+ Moral, -20% Kerosakan diambil
- 150+ Moral, + 20% Kerosakan ditangani
- 170+ Moral, + 30 penglihatan/mobiliti, + 20 kadar kritikal
Bagi pendapat saya, robot yang mempunyai berbilang pilot akan menjadi OP sedikit kerana jumlah moral yang boleh digunakan olehnya. Dengan adanya sub pilot Shashot, robot dapat akses Analyze yang akan meningkatkan kerosakan yang diambil untuk musuh sebanyak 10% dan Disrupt serta Resupply adalah semangat sokongan yang hebat. Secara keseluruhan, robot ini boleh memberikan sokongan sambil turut menyediakan firepower semasa pertempuran.




Majestic Prince: Genetic Awakening
Blue 1 Robo dari game base mendapat serangan baharu dan lebih kuat iaitu Blue 1: Full Burst Mode dalam DLC ini. Robot Red 5 boleh bertukar kepada Red 5+ melalui menu Option Part di mana ianya penambahan yang baik bagi saya. Pasukan Rabbit yang terdiri daripada Blue 1, Purple 2, Rose 3, Gold 4, Black 6 dan Red 5+ akan mempunyai serangan kombinasi baharu dan dipertingkatkan.

SRWX

Salah satu Robo percuma jika korang membuat Pre-order game telah mendapat serangan baharu iaitu SRX – SRX Full Burst. Serangan baru boleh mempunyai lebih 10 ribu kuasa jika korang menaik taraf senjata sepenuhnya. Bagi pendapat saya ianya agak buruk apabila animasi akan berakhir dengan siluet logo Banpresto yang cukup jelas. Animasi serangan adalah ringkas tetapi sangat kemas. Itu sahaja yang saya boleh katakan.
Dygenguar
Salah satu Robo original untuk siri Super Robot Wars. Dalam game ini, Dygenguar datang menunggang Trombe, Aussenseiter. Korang akan mempunyai Sanger sebagai Pilot utama, dan Ratsel sebagai sub pilot. Kedua-dua pilot mempunyai spirit Valor. Berbanding dengan Robo lain yang korang peroleh, Dygenguar tidak mempunyai kebolehan pilot yang unik dan kurang sub pilot berbanding Robo yang lain.



Ultimate Dancouga
Ultimate Dancouga daripada siri Dancouga: Super Beast Machine God sudah lama tidak menyertai siri ini. Tambahan pula, semua pilot untuk robot ini mempunyai spirit Valor yang akan memberikan 200% kerosakan di mana ia adalah kerosakan yang besar dalam beberapa pusingan.
Dalam masa yang sama, korang boleh tambah moral dengan cepat kerana semua pilot turut mempunyai akses kepada Spirit di mana ia akan menambah 10 moral apabila digunakan. Jadi, korang boleh tambah sejumlah kerosakan yang besar jika digabungkan dengan kerosakan dari Valor tadi.
Pilot utama, Shinobu hadir dengan kemahiran juruterbang yang unik iaitu Wild Instinct.
- 130+ Moral, + 20% Diuruskan Kerosakan, +20 hingga ketepatan akhir
Dengan mempunyai 130+ Moral, ia membolehkan Dancouga bergerak sebanyak dua kali setiap pusingan. Selain daripada kerosakan yang diberikan, saya sungguh gembira apabila melihat semua animasi yang update untuk salah satu mecha terawal yang mengambil bahagian dalam membentuk dunia Super Robot Wars.





Scopedog
Perkara pertama yang ingin saya beritahu mengenai Scopedog adalah pilotnya yang mempunyai 2 kemahiran unik.
- Abnormal Survivor – Di bawah 30% HP, + 20 Acc, EVC, CQB, RNG, DEF dan SKL
- Precision Strike – Berikan 150% kerosakan pada pukulan kritikal
Scopedog ialah salah satu robot yang lebih kecil yang korang akan dapat daripada Expansion Pack ini, robot yang mempunyai saiz kecil akan mengambil kerosakan tambahan daripada Robo yang lebih besar melainkan pilot telah “mengabaikan kemahiran saiz”.
Dengan Scopedog HP dan Armor yang lebih rendah, ia tidak hebat dalam mengambil kerosakan. Ini bermakna bahawa agak mustahil untuk mencetuskan Abnormal Survivor pada kesukaran yang lebih tinggi. Memberikan lebih banyak kerosakan pada pukulan kritikal adalah hebat, tetapi kerana kebanyakan serangan senjata memerlukan peluru, yang bermaksud tanpa sokongan yang betul, Scopedog mungkin kehabisan peluru dengan cepat. Secara keseluruhannya terdapat robot yang lebih baik dalam Expansion Pack ini.



Pendapat Saya
Untuk menghabiskan base game sahaja mungkin sudah memakan masa sehingga 60 Jam. Apabila tibanya Expansion Pack baharu ini, ia berkemungkinan akan tambah sebanyak 60 Jam lagi untuk menghabiskannya. Hal ini kerana ianya mempunyai tambahan misi DLC dan mereka juga menampilkan level difficulty baharu iaitu Super Expert + Mode.
Selain itu, Expansion Pack ini hanya boleh dimainkan selepas korang menghabiskan base game sahaja. Jadi, ianya akan mendorong korang untuk bermain dan menghabiskan game sebanyak yang mungkin serta ia akan memerlukan banyak masa untuk diluangkan dalam game ini. Tetapi jangan korang jangan risau, masa yang korang luangkan pada game ini adalah berbaloi dengan apa yang diberikan.

Punya banyak mereka keluarkan robot baharu, mengapa Char tidak mendapatkan Gelgoog atau Sazabi? Mengapa Banagher tidak mendapatkan Gundam Unicorn? Dimanakah Judau dan ZZ Gundam? Pilot ini sangat penting kepada siri Super Robot Wars tetapi tiada seorang dapat signature mecha. Itu sahaja aduan yang saya ada berkenaan Expansion pack ini.
Walau apa pun, ini adalah review kami berkenaan Super Robot Wars 30 Expansion Pack. Kalau korang mahukan robot yang lebih berkuasa untuk menyelesaikan misi, saya recommend untuk korang dapatkan Expansion Pack ini. Super Robot Wars 30 telah tersedia untuk PS4, Nintendo Switch dan PC sahaja.

@gamersantaimy
Discussion about this post