Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Street Fighter 6 – Raja baru fighting game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Street Fighter 6 – Raja baru fighting game!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun tanpa sekuel, akhirnya francais Street Fighter kembali dengan entri terbaru – Street Fighter 6! Walaupun tidak ada banyak pembaharuan secara visual, tetapi Capcom telah melaksanakan banyak perubahan kepada gameplay supaya semua dapat menikmati game ini, tidak kisah pemain veteran atau pemain baru.

Dengan segmen single-player bersama sedikit unsur RPG, dan skema kawalan baharu yang memudahkan pemain baru, game ini umpama ‘nafas segar’ kepada francais. Bak kata tajuk saya, Street Fighter 6 layak menjadi raja baru di dalam genre fighting game tetapi apa yang membuatkannya begitu bagus? Teruskan membaca review saya!

Senarai watak yang disediakan

Sebanyak 18 watak tersedia untuk bermain semasa pelancaran Street Fighter 6, yang terdiri daripada;

  • Blanka
  • Cammy
  • Chun-Li
  • Dee Jay
  • Dhalsim
  • E. Honda
  • Guile
  • Jamie
  • JP
  • Juri
  • Ken
  • Kimberly
  • Lily
  • Luke
  • Manon
  • Marisa
  • Ryu
  • Zangief
Kredit: Capcom

World Tour – Cipta watak sendiri

Kredit: Capcom

World Tour ialah mode single-player dan antara tambahan paling baharu di dalam game. Walaupun ini adalah fighting game, jangan pandang rendah pada kandungan World Tour. Game fighting pertama yang saya rasa benar-benar mempunyai Story Mode adalah Devil Within dalam Tekken 5 tetapi World Tour jauh lebih bagus dan menarik serta dilaksanakan dengan baik sehingga layak dikeluarkan sebagai spin-off sendiri.

Perkara pertama yang kita akan lakukan dalam World Tour ialah membuat watak original sendiri. Terdapat pelbagai pilihan customization, di mana pemain dapat memilih jenis badan, tona kulit dan warna rambut. Malah, anda juga boleh mengubah tekstur muka sekali.

Kredit: Capcom

Dari situ, watak ciptaan kita akan dibawa ke Metro City untuk belajar di bawah Luke. Selepas bahagian tutorial, kita akan bertemu dengan pesaing aka rival iaitu Bosch. Seperti mana-mana protagonis di awal permainan, watak kita tidak cukup kuat, jadi naikkan level dan mempelajari lebih banyak abiliti istimewa daripada “watak legenda” di seluruh dunia, termasuk Chun-Li, Ryu, Manon dan lain-lain.

Mengikut naratif, plotnya agak ringan, sekurang-kurangnya semasa permulaan. Secara am, watak kita akan sibukkan diri belajar pelbagai abiliti dan set baharu dan berlawan dengan orang di sekitar jalanan. Lama-kelamaan, watak kita dan Bosch akan terlibat dalam konspirasi yang melibatkan seluruh watak-watak ikonik lain, terutamanya antagonis utama, JP.

Kredit: Capcom

Jika perlu memberi contoh, dunia World Tour boleh disamakan seperti game Yakuza dengan unsur RPG. Semua orang sekeliling adalah musuh dan sebaik sahaja bertemu NPC, mereka pasti ingin berlawan kita. Ini termasuk samseng tipikal, gadis sekolah, tukang masak piza dan lain-lain.

Apa yang menarik adalah pertarungan ini bukan 1v1, sebaliknya kita sering perlu bertarung lebih daripada satu musuh sekaligus. Jika menghadapi masalah, anda boleh menghubungi watak legenda yang dapat membantu anda dalam pertarungan.

Kredit: Capcom

Selesai sahaja berlawan, anda akan memperoleh EXP untuk meningkatkan level yang menguatkan nilai ofensif, nyawa, pertahanan, dan lain-lain. Bagi menguatkan watak kita, game ini menawarkan skill tree dengan laluan bercabang untuk membina watak mengikut playstyle. Namun, kita hanya boleh memilih satu laluan daripada setiap cabang skill tree.

Keseronokan sebenar dalam mode ini sebenarnya adalah semasa bergaul dengan watak legenda. Walaupun bermula di Metro City, anda akan menerima tiket kapal terbang untuk terbang ke negara lain bagi bertemu watak ikonik baharu. Setiap watak akan menerima anda sebagai pelajar dan pemain boleh belajar gaya pertarungan mereka.

Di sini, anda boleh customize watak ciptaan dengan gaya pertarungan dan skil berbeza. Sebagai contoh, kita boleh memiliki serangan asas Ken tetapi skil Sonic Boom milik Guile.

Kredit: Capcom

Satu lagi adegan menarik adalah semasa watak-watak legenda ini meluangkan masa untuk bercakap dan melepak bersama kita. Walaupun ia bukan perbualan yang ‘deep’ tetapi ia cukup menyeronokkan kerana kita dapat belajar lebih lanjut tentang kisah peribadi mereka. Kisahnya simple, tapi lebih seronok apabila lagi intim dengan watak kegemaran.

Kredit: Capcom

Sistem pertempuran – lagi agresif dengan Drive Gauge

Kredit: Capcom

Sama seperti Tekken 8, Street Fighter 6 mengambil banyak langkah untuk menjadi lebih agresif, dan banyak perkara ini berkaitan Drive Gauge, bar hijau di bawah nyawa anda. Dalam game tipikal, kita selalunya perlu mengisi meter yang kosong, tetapi Drive Gauge bermula dengan penuh dan akan semakin berkurangan bila digunakan oleh pemain. Drive Gauge akan isi semula perlahan-lahan tetapi boleh diisi dengan lebih cepat apabila bermain secara agresif.

Kegunaan Drive Gauge:

Kredit: Capcom

Drive Rush – Membolehkan pemain memecut ke hadapan, untuk menutup jurang daripada jauh. Ini mewujudkan situasi di mana anda boleh bertukar daripada defensif kepada ofensif dengan cepat. Anda boleh menunggu pihak lawan untuk melakukan kesilapan lalu menangkap mereka dengan Drive Rush sebelum memulakan kombo.

Overdrive – Overdrive menggantikan skil EX daripada game lama Street Fighter. Ini merupakan versi ‘kuat’ kepada serangan standard, dan banyak watak boleh mencampurkan skil OD ke dalam kombo untuk memaksimumkan damage.

Drive Parry – Sistem Parry yang sangat mudah untuk pemain dan dilaksanakan dengan memegang dua butang medium. Terdapat dua versi Drive Parry – (1) anda memegang butang Parry yang menelan meter Parry, dan (2) Perfect Parry di mana masa menjadi perlahan jika anda timing parry dengan betul. Setiap parry yang berjaya akan mengisi Drive Gauge.

Drive Impact – Ini adalah serangan kuat yang mampu memecahkan Block, dan boleh mencampak pihak lawan ke belakang. Walaupun dengar seperti hebat, ia tidak begitu efektif kerana pihak lawan boleh mengelak, parry, atau grab untuk membatalkan skil ini.

Drive Reversal – Digunakan untuk menolak musuh yang terlalu agresif. Tidak ramai yang menggunakannya kerana berisiko untuk meletakkan jarak terlalu jauh antara kita dan pihak lawan.

Burnout – Burnout akan berlaku apabila kita kehabisan Drive. Watak akan bertukar warna kelabu, dan semua pergerakan watak akan menjadi lebih perlahan.

Kredit: Capcom

Jadi adakah game ini masih mudah untuk beginner? Jawapan saya separuh ya, separuh tidak.

Walaupun gameplay lagi agresif dan kawalan lebih mudah (akan dijelaskan di bawah), saya anggap Street Fighter 6 masih sukar untuk dimainkan. Ini kerana konsep umum Street Fighter adalah untuk membuat keputusan yang tepat, bukan sekadar hafal kombo. Anda perlu komited pada setiap keputusan yang dibuat, dan mahir setiap mekanik yang ditawarkan dalam game untuk benar-benar menguasai gameplay.

Nasib baiklah kawalan baharu memudahkan pemain untuk belajar.

Kredit: Capcom

Pilihan accessibility dan skema kawalan ‘simple’

Kredit: Capcom

Daripada banyak-banyak fighting game di pasaran, Street Fighter 6 mempunyai pilihan accessibility paling banyak. Jika anda mahu pengalaman yang mudah atau spesifik, sila ubah suai kawalan mengikut keselesaan. Antara pilihan accessibility yang ditawarkan termasuk:

Negative Edge – Ini ialah ciri ikonik yang memanjangkan tempoh timing.

Modern Controls – Menukar skema kawalan SF6 daripada susun atur 6-button kepada 4-button, dengan input lagi mudah dan kombo automatik. Berfungsi lebih lancar untuk orang yang menggunakan controller, dan membolehkan anda bersaing secara kompetitif walaupun baru belajar bermain.

Dynamic Controls – Khas untuk perlawanan ‘Local Vs’ sahaja. Ini merupakan mode di mana butang yang kita tekan dibantu sepenuhnya oleh AI. Pemain hanya perlu spam butang dan AI akan menentukan pergerakan seterusnya.

Sound-based mode – Mode untuk orang yang tidak dapat melihat. Sejenis bunyi akan dimainkan untuk memberitahu jarak musuh dan jika serangan kita terkena atau tidak.

Training Mode – SF6 mempunyai banyak alat latihan untuk bantu mengasah kemahiran anda seperti frame data, timing dan juga pilihan untuk memperlahankan masa jika anda perlu melatih input spesifik. Disebabkan itu, tutorial dalam SF6 berfungsi dengan lagi cekap berbanding game lama – untuk mengajar anda.

Kredit: Capcom

Pendapat

Kredit: Capcom

Akhirnya, cukup terbukti bahawa Capcom berjaya menghasilkan satu lagi game berjaya. Daripada awal beta lagi, Street Fighter tidak pernah menggagalkan harapan pemain, dan sebaliknya sentiasa melebihi jangkaan semua orang.

Dengan mode single-player dan multiplayer yang mantap, gameplay yang menurut legasi francais sambil memperkenalkan elemen baharu dan kawalan mesra-pemain untuk gamer baharu, Street Fighter 6 merupakan ‘full-package’ dan mempunyai segala-galanya yang diingini oleh seorang peminat fighting game.

Jika anda peminat tegar Street Fighter, memang wajib korang cuba. Tetapi jika anda baru sahaja ingin berjinak dalam dunia fighting game, ini merupakan pengalaman pertama yang bagus. Secara keseluruhan, Street Fighter 6 adalah pengalaman definitif untuk fighting game generasi ini.

Kredit: Capcom

Street Fighter 6 kini tersedia secara rasmi di PS5, PS4, Xbox Series dan PC melalui Steam sejak 2 Jun. Baca segala berita kami tentang SF6 di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Street Fighter 6

9 Score

Jika anda peminat tegar Street Fighter, memang wajib korang cuba. Tetapi jika anda baru sahaja ingin berjinak dalam dunia fighting game, ini merupakan pengalaman pertama yang bagus. Secara keseluruhan, Street Fighter 6 adalah pengalaman definitif untuk fighting game generasi ini.

PROS

  • Sistem Drive Gauge yang fleksibel dan pelbagai guna
  • Mode solo World Tour yang menarik dan menambah perspektif baharu pada francais
  • Terdapat banyak aktiviti untuk dilakukan walaupun anda tidak bermain online
  • Kombo dan kawalan automatik yang mesra kepada pemain baru

CONS

  • Kamera World Tour yang kadang-kala bermasalah
  • Gameplay masih perlu pemikiran teknikal jika ingin menjadi lebih bagus dalam permainan

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: fighting gamereviewStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Koleksi UT Uniqlo Pokemon Masters EX kini tersedia di Malaysia!

Next Post

shopDisney Asia Akan Mulakan Jualan “Twice Upon a Year Sale” Bermula 15 Jun hingga 26 Jun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
shopDisney Asia Akan Mulakan Jualan “Twice Upon a Year Sale” Bermula 15 Jun hingga 26 Jun!

shopDisney Asia Akan Mulakan Jualan "Twice Upon a Year Sale" Bermula 15 Jun hingga 26 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd